Isnin, 20 April 2015

8 Cara Menjaga & Membersih Hati secara Alami

[caption id="" align="aligncenter" width="500"] love ur liver[/caption]

8 Cara Menjaga & Membersih Hati secara Alami

Hati adalah organ dalaman terbesar di dalam badan dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan metabolisme yang normal dan detoksifikasi badan secara semulajadi.

Jom kita rawat & jaga hati kita secara alami.

1 . Bawang putih

Bawang putih banyak mengandungi sulfur yang mengaktifkan enzim dalam hati yang bertanggung jawab untuk membersihkan racun dari tubuh. Bawang juga mengandung allicin dan selenium, dua nutrisi yang terbukti membantu melindungi hati dari kerosakan akibat racun dan membantu dalam proses detoksifikasi.

2 .  Teh Hijau

Teh hijau kaya akan kandungan catechin, jenis antioksidan yang telah terbukti untuk menghilangkan akumulasi lemak dalam hati dan membantu fungsi hati.

3 . Sayuran hijau

Sayuran hijau berdaun seperti bayam, sawi, dan kubis juga meneutralkan logam berat dalam tubuh yang masih bersisa di hati serta membantu melancarkan aliran cairan hempedu.

4 . Walnut

Kacang ini  mengandung glutathione dan juga merupakan sumber omega – 3 yang membantu untuk mendetoksifikasi hati serta adalah makan otak.

5 . Avocado

Avocado mengandung glutathione yang secara aktif yang dapat meningkatkan kesihatan hati dengan melindungi beban beracun dan meningkatkan daya pembersihannya.

6 . Lemon dan oren

Lemon dan oren kaya akan vitamin C dan antioksidan alami, dua pembersih hati yang kuat. Seperti bawang putih, lemon/oren juga mengandung senyawa yang meningkatkan produksi enzim detoksifikasi hati.

7 . Kunyit

Kunyit merupakan salah satu makanan yang paling kuat untuk mempertahankan hati yang sihat, yang secara aktif melindungi hati terhadap kerosakan beracun dan rosak. Kunyit juga meningkatkan produksi cairan hempedu, menyusutkan pembesar saluran hati dan meningkatkan fungsi hati.

8. Shaklee DTX Complex

DTX Complex menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati yang sihat dengan satu formula unik herba-herba dengan antioksidan dan aliran hempedu yang diperkaya*.

Gabungan unik bahan botani dalam Shaklee DTX Complex menyokong kesihatan dan fungsi hati dengan dua cara:

(1) Ekstrak biji benih Milk Thistle, biji benih Schizandra Chinensis dan cendawan Reishi mempunyai ciri-ciri antioksida, menawarkan perlindungan untuk sel-sel hati dan dipercayai dapat meransang sintesis protein bagi pemulihan dan pembentukan semula sel-sel hati*.

(2) Pati Dandelion, Kunyit dan Artichoke membantu mengekalkan aliran hempedu normal, menyokong satu daripada organ (hempedu) yang diperlukan untuk mengeluarkan sebatian-sebatian toksik daripada tubuh*.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular