Ahad, 8 Mac 2015

Resepi | Homemade creamy pineapple popsicles

Salam & selamat sejahtera.

Musim batuk selsema demam masih berbaki. ANS masih ada batuk-batuk berkahak sikit. Tengah scroll TL kat FB nampak kat health digest share makanan yang boleh kurangkan mucus.

image



Biasa duk buat bubur letak tulang ayam dan bawang putih banyak2 dan sup ayam. Bila tengok ni nak try lain pulak yang boleh ANS makan.

Try gugel dan pinterest nampak pineapple popsicles. Ada yang jenis creamy dan ada yg berais. So baik amek yang creamy la kan baik jugak untuk tekak kan?

Nanti boleh try buat pear pulak. Labu macam ermmmmm haha. Masak biasa best la nak buat aiskrim kang membazir je takde orang makan.

So here we go!






Bahan-bahan :-
1. 1 biji nenas
2. 1 cawan susu
3. 1 sudu besar madu


image



Cara-cara:-

1. Nenas potong cube dan masukkan dalam freezer semalaman. Pastikan isi je jangan amek sekali batang tengah tu.
2. Masukkan semuanya dalam blender/food processor dan blend sehingga smooth dan pekat.


image



3. Masukkan dalam acuan aiskrim dan simpan dalam freezer semalaman atau sehingga beku. Boleh tambah susu atau madu sehingga rasa sedap!


[caption id="" align="aligncenter" width="500" caption="Ni yang dapat buat. 2 batang + 1 bekas kecik hijau dah siap makan"]image[/caption]



4. Siappppp ;)


[caption id="" align="aligncenter" width="500" caption="Acuan ni tinggal 3 je. 1 patah 2 lagi penutup hilang haha"]image[/caption]



[caption id="" align="aligncenter" width="500" caption="Sebelum di ngap oleh model ai"]image[/caption]



[caption id="" align="aligncenter" width="500" caption="Model ai menikmati pineapple popsicles"]image[/caption]



Tips :-

1. Make sure dah takde batang tengah dan mata nenas ketika nak blend
2. Guna blender yang ada penapis atau tapis dulu sebelum masuk acuan
3. Guna nenas yang manis atau nenas madu




Posted from WordPress for Android

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular