Khamis, 5 Februari 2015

Resepi dan Tips Masak Sambal Tumis Power

Salam & Selamat Sejahtera.

Ok kali ni nak share lagi satu tips dan resepi hehe. Resepi aje pulak kan ekeke.

Ok ni saya dapat tips dan belajar style mak mertua. Maklumle dah setahun lebih jadik co-chef haha.

Saya share dulu ye resepinya. Resepi ni boleh buat sambal bilis atau sambal udang petai.. goreng telur bersambal pun ok.. ayam sambal boleh tapi ada additional bahan. So ni fokus sambal bilis/udang dulu la ye.

Bahan-bahan :-

Bilis atau udang *Digoreng dahulu

Bawang merah dikisar
Cili giling dikisar
Air asam jawa
Garam & Gula
Petai kalau nak letak

Hiasan
Bawang besar potong bulat
Lada merah & hijau *kalau bilis tak letak pun

Cara-cara :-

1. Panaskan minyak dan tumis bawang kisar dan cili giling. Masukkan gula dan masak sehingga naik bau. Jangan lupa kacau.
2. Bila dah naik bau dan masak, masukkan air asam jawa.
3. Masuk petai dan masak sehingga lembut
4. Masukkan bilis atau udang dan kacau sebati. Tambah garam.
5. Masukkan bawang dan lada merah dan hijau. Kacau rata dan siapppp!

TIPS MASAK SAMBAL

Ok ni tips yang saya belajar dari mak mertua. Ada dua tips bila nak masak sambal.

1. Untuk dapatkan warna sambal tu merah tengok langkah 1. Terus masukkan gula masa tumis bawang dan cili. Haaa
2. Takde guna bawang putih! Yang ni ai is lupa sebabnye hehe.

Ok yang ni saya korek balik tips dari Azlita Masam Manis.

1. Pilih cili kering yang merah sahaja
2. Gunakan bawang merah bukan bawang besar
3. Gunakan minyak yang banyak dan mesti lama
4. Gula mesti banyak!

Alamakk takdak gambar la pulak hehe. Ada kot tapi malas nak korek gallery hehe. Kita gugel jao kasi terliuq naa hehe.

[caption id="" align="aligncenter" width="243" caption="Sumber : incik Gugel"]image[/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="259" caption="Sumber : Incik Gugel"]image[/caption]

Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular