Sabtu, 7 Februari 2015

Resepi Bawal masak berempah

Salam & Selamat sejahtera..

Haaa kali ni fatin nak share resepi lagi. Gian nak share resepi pulak ye.. haha

Ok ni last week call mami tanya dia masak apa then dia cakap ikan masak berempah! Ting!! Idea datang nak mengkopi jugak sebab dah xde idea nak masak apa ikan bawal dalam peti ais. Hehe.

So semalam buat la bila incik somi beli bawal lagi. So cekidauttt

Bahan-bahan :-

Ikan bawal *ikan lain tak sure apa yang best hehe*
Garam & kunyit *kalau nak goreng dulu*
Bawang merah - dikisar
Bawang putih - dikisar
Cili giling/kisar
Rempah ikan
Cuka
Gula
Garam
Bawang besar - potong 4 jangan kasi putus
Cili merah atau hijau

Cara-cara :-

1. Goreng ikan dahulu dan ketepikan
2. Tumis bahan kisar dan cili sehingga naik bau
3. Masukkan rempah yang diletakkan sedikit air dan masak sehingga rempah dan bahan kisar betul-betul masak
4. Tambah cuka dan kalau kering boleh tambah air sikit. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. Sedang-sedang aje hehe
5. Tambah garam,gula dan bawang besar
6. Masukkan ikan dan biar mereneh sekejap untuk sebati dengan kuah.
7. Hias dengan cili merah atau hijau
Siapppp untuk dihidang

Saya punya agak pekat sebab terlebih bawang pastu malas tambah air dah haha. Cili pun segan je nak kembang ekeke

[caption id="" align="aligncenter" width="500" caption="Ikan bawal berempah"]image[/caption]



Selamat mencuba hokay

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular