Jumaat, 20 Februari 2015

Fast Reading Technique | Read & Solat by 4

Salam & Selamat Sejahtera..

Ok ni cerita agak basi haha. Tapi nak share jugak. Rasanya takde kot cite pasal AafiyaNajya yang dah skolah secara detail kot.

Bulan lepas 24 jan Little Caliph (LC) anjurkan program teknik membaca untuk anak-anak baru yang join LC tapi ada je yang dah join pun pergi lagi.

Program ni diadakan di Multimedia University, Cyberjaya (MMU). Program start kul9am. Kul 815am dah boleh register. Banyak LC rupanya yang join hehe. Nilai, salak tinggi, semenyih semua ada.

So kami di ajar untuk mengajar anak-anak kaedah yang sama agar anak-anak tak terpesong atau konfius.





Teknik yang femes digunakan iaitu teknik fonik. Pengasasnya Puan Faridah yang bukukan kaedah ni. Katanya follow buku anakku. Ntah fatin pun tak sure buku ni hehe

image

Pagi tu pergi sorang je sebab incik somi jaga anak-anak. Asalnya dia nak pergi tapi last minute cancel sebab malas le tu nanti dia kena ajar ekeke.

Pembukaan ada budak 5yo kalo tak silap baca 1 surah lupa surah tu tapi ada record. Kagum gila. Terus whatsapp kat incik somi. Hehe. Puan fari pun best! So xdak la ngantuk sorang-sorang kan. Haha.

Kaedah ni sama macam buku iqra tu. Sebutan tu sekali dengan gaya. So mudah la anak-anak nak ingat. Balik dari program tu try ajar AafiyaNajya tapi langsung tak nak ikut. Geram haha. Puan fari tu suruh ajar setiap hari 5min dan rekod kat page belakang. So nanti teacher tau la kita ajar ke tak.

Lepas 2 minggu ajar tapi tak rekod sebab risau AafiyaNajya macam tak lancar. Tambah bila kita ajar dia tak fokus langsung. Memang takleh jadi cikgu haha. Pastu giveup! Ekeke. Ntah cane bukak buku tu teacer dia ada rekod haha. Dah banyak page rupanya. Haha. Amazing! AafiyaNajya boleh ingat dan kenal tu. Haihh mama ajar dia buat dek je! Mesti teacher dia pikir mak budak ni malas haha

Masa program tu kami dapat pouch bag untuk isi buku dan flash card. Orang lain memang dapat yang baru tapi LC pajam ni dah siap2 potong flash card masukkan dalam plastik dan kat buku tu macam dah belajar.

Jom kita tengok buku dan flash card macam mana. Flash card ni ada 2 jenis. 1 yang ada gambar kat belakang. Gambar gaya macam mana nak kenal huruf tu.

image



Macam gambar ni a -- sebutan aaaa. Tu gaya bukak tangan sambil menjerit aaaaa
Kalau b -- ba. Gayanya pukul bola (ke panggil apa ek) ba ba ba
Kalau c - ca. Ganyanya menari tangan cacaca cacaca.
Haaa gitu.
Nanti fatin share video AafiyaNajya buat gaya dengan sebutan k ;)

[caption id="" align="aligncenter" width="500" caption="Flash card"]image

[/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="500" caption="Flash card"]image

[/caption]

Depan gambar ni ada tulisan a, ba, ca, da dan lain-lain kecuali huruf e, i, o, u.

[caption id="" align="aligncenter" width="500" caption="Sebutan lain yang takde gambar belakang"]image

[/caption]

image

Ni contoh ga. Gaya gigil. Tapi kadang-kadang saya confused jugak sebab AafiyaNajya akan sebut yang ganda sambil buat gaya. Macam bila baca CABA - dia akan sebut CACA-BA. Kalau Ma - gayanya "Mmmma delicious Alhamdulillah". Dia akan sebut penuh sampai Alhamdulillah. Haha nak menangis mama ni haaa.

[caption id="" align="aligncenter" width="500" caption="Latihan suku kata"]image

[/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="500" caption="Latihan suku kata"]image

[/caption]

Ada 8 buku. Buku Read Easy 1 -8. LC akan bagi satu-satu sebab takut hilang. Hehe. Flash card CA pun dah hilang cano? Setiap buku ada teknik-tekniknya. InShaAllah nanti fatin share lagi tapi takde detail sangat la sebab takde buku lagi.

Bila last, ada persembahan bacaan dari budak-budak LC. Ada 5yo dan ada 6yo. Memang pandai! Baca buku, baca surah-surah lazim, bm bi semua pandai. Nanti fatin share jugak video2 budak baca surah tu. Inshaallah.

[caption id="" align="alignnone" width="500" caption="Lagu si ulat bulu "]image[/caption]

Ok kami pun kena nyanyi lagu ulat bulu ni ikut versi A E I O U. Haha kelakar. Selain parents kena naik atas buat gaya aaaa, ba ba ba dan lain- lain macam budak 4yo & 5yo baru belajar gitu. Then parents yang berasal dari pantai timur, nogori pun kena naik sebab dialek masing2 kan lain-lain.

So far sangat best. Inshaallah next year kalau ada lagi untuk next batch nak pergi bawak incik somi! Hehe. Dan boleb ajar AarifaNaura jugak. Sekarang dia dah boleh ikut tau! Terkujat mama ni ha! Bila ajar kakak dia oun sebut dan bila sebut ca dia boleh sebut cacaca cacaca sambil gerak tangan 😅. AarifaNaura memang dah lama boleh follow A - Z, one two sampai ten tapu takdela ingat ikut turutan. So senang kerja mama hehe. Ajar kakak adik pun dapat!


Posted from WordPress for Android

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular