Isnin, 23 Februari 2015

Aucchh! Sembelit ketika hamil?

Sembelit ketika hamil?






Sembelit ialah masalah biasa semasa hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Ini diakibatkan oleh tekanan oleh uterus yang semakin membesar ke atas rektum, serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda.

Sesetengah pil zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk. Namun jauhi dari mengambil ubat berbentuk julap!

Walaupun sembelit bukan lah satu masalah yang besar namun jika berlarutan maka boleh menyebabkan masalah serius dan juga buasir.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan sembelit ketika hamil adalah :-

✔ Kurang air. Ini terjadi apabila sukar untuk makan disebabkan alahan.
✔ Kurang pengambilan makan berserat/fiber. Sama seperti kekurangan air yang disebabkan alahan, ada yang tiada selera untuk makan atau hanya akan memuntahkan makanan kembali.
✔ Rasa kerisauan
✔ Kurang pergerakan fizikal. Pergerakan sedikit terbatas kerana ada yang mengalami sakit belakang, lemah bilamana asyik muntah dan sebagainya.
✔ Penghasilan hormon progestrone yang banyak. Hormon ini akan melambatkan proses memproses makanan.
✔ Rahim membesar. Rahim membesar juga mengakibatkan tekanan kepada usus sehingga menggangu pergerakan najis ke usus besar dan rektum.

Tips yang boleh digunakan bagi mengelakkan sembelit berlaku :-

Diet
✔ Minum air secukupnya. Air kosong sekurang-kurangnya 2-3L dan jus buah-buahan. Jus prun juga dapat membantu.
✔ Makan makanan berserat tinggi seperti roti bijian, bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran. Bagi mengelakkan kembung dan angin, boleh tambah ke dalam diet secara beransur-ansur.

✒ Bersenam
✔ Berjalan, berenang, menunggang basikal dan senaman ringan juga boleh membantu mengurangkan sembelit tambahan dapat membuatkan berasa lebih cergas dan sihat.

Wanita hamil biasa dibekalkan suplemen pranatal yang mengandungi zat besi. Namun suplemen tersebut yang mengakibatkan sembelit maka pilih yang terbaik antaranya VITA-LEA with Iron Formula.

Antara yang boleh diambil semasa hamil adalah semestinya SET HAMIL SHAKLEE yang terdiri daripada VITA-LEA with IRON FORMULA, B COMPLEX with FOLIC ACID, SR VITA C, ESP, OMEGA GUARD & OSTEMATRIX!

Namun, saya akan fokus untuk mengelakkan SEMBELIT ya.

OSTEMATRIX –》Berfungsi melancarkan pembuangan air besar serta mengurangkan sembelit yang boleh memudaratkan lagi luka dibahagian dubur. Selain dari membekalkan kalsium secukupnya untuk bayi dan anda, juga dapat memberi tidur yang lena dan mengurangkan bengkak air.

[Jangan lupa PROMO BELI 6 PERCUMA 1 ATAU BELI 2 DISKAUN 5%]

✒ OMEGA GUARD –》 Baik untuk sendi dan otot. Omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak kerana kesakitan yang teruk ketika proses pembuangan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut.

So, kepada wanita hamil pastikan diet yang sihat bagi memastikan kandungan sihat dan aktif begitu juga anda ya! Selamat menempuh alam kehamilan ;)

Sumber : BabyCenter, DrZubaidi



Posted from WordPress for Android

Jumaat, 20 Februari 2015

Fast Reading Technique | Read & Solat by 4

Salam & Selamat Sejahtera..

Ok ni cerita agak basi haha. Tapi nak share jugak. Rasanya takde kot cite pasal AafiyaNajya yang dah skolah secara detail kot.

Bulan lepas 24 jan Little Caliph (LC) anjurkan program teknik membaca untuk anak-anak baru yang join LC tapi ada je yang dah join pun pergi lagi.

Program ni diadakan di Multimedia University, Cyberjaya (MMU). Program start kul9am. Kul 815am dah boleh register. Banyak LC rupanya yang join hehe. Nilai, salak tinggi, semenyih semua ada.

So kami di ajar untuk mengajar anak-anak kaedah yang sama agar anak-anak tak terpesong atau konfius.





Teknik yang femes digunakan iaitu teknik fonik. Pengasasnya Puan Faridah yang bukukan kaedah ni. Katanya follow buku anakku. Ntah fatin pun tak sure buku ni hehe

image

Pagi tu pergi sorang je sebab incik somi jaga anak-anak. Asalnya dia nak pergi tapi last minute cancel sebab malas le tu nanti dia kena ajar ekeke.

Pembukaan ada budak 5yo kalo tak silap baca 1 surah lupa surah tu tapi ada record. Kagum gila. Terus whatsapp kat incik somi. Hehe. Puan fari pun best! So xdak la ngantuk sorang-sorang kan. Haha.

Kaedah ni sama macam buku iqra tu. Sebutan tu sekali dengan gaya. So mudah la anak-anak nak ingat. Balik dari program tu try ajar AafiyaNajya tapi langsung tak nak ikut. Geram haha. Puan fari tu suruh ajar setiap hari 5min dan rekod kat page belakang. So nanti teacher tau la kita ajar ke tak.

Lepas 2 minggu ajar tapi tak rekod sebab risau AafiyaNajya macam tak lancar. Tambah bila kita ajar dia tak fokus langsung. Memang takleh jadi cikgu haha. Pastu giveup! Ekeke. Ntah cane bukak buku tu teacer dia ada rekod haha. Dah banyak page rupanya. Haha. Amazing! AafiyaNajya boleh ingat dan kenal tu. Haihh mama ajar dia buat dek je! Mesti teacher dia pikir mak budak ni malas haha

Masa program tu kami dapat pouch bag untuk isi buku dan flash card. Orang lain memang dapat yang baru tapi LC pajam ni dah siap2 potong flash card masukkan dalam plastik dan kat buku tu macam dah belajar.

Jom kita tengok buku dan flash card macam mana. Flash card ni ada 2 jenis. 1 yang ada gambar kat belakang. Gambar gaya macam mana nak kenal huruf tu.

image



Macam gambar ni a -- sebutan aaaa. Tu gaya bukak tangan sambil menjerit aaaaa
Kalau b -- ba. Gayanya pukul bola (ke panggil apa ek) ba ba ba
Kalau c - ca. Ganyanya menari tangan cacaca cacaca.
Haaa gitu.
Nanti fatin share video AafiyaNajya buat gaya dengan sebutan k ;)

[caption id="" align="aligncenter" width="500" caption="Flash card"]image

[/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="500" caption="Flash card"]image

[/caption]

Depan gambar ni ada tulisan a, ba, ca, da dan lain-lain kecuali huruf e, i, o, u.

[caption id="" align="aligncenter" width="500" caption="Sebutan lain yang takde gambar belakang"]image

[/caption]

image

Ni contoh ga. Gaya gigil. Tapi kadang-kadang saya confused jugak sebab AafiyaNajya akan sebut yang ganda sambil buat gaya. Macam bila baca CABA - dia akan sebut CACA-BA. Kalau Ma - gayanya "Mmmma delicious Alhamdulillah". Dia akan sebut penuh sampai Alhamdulillah. Haha nak menangis mama ni haaa.

[caption id="" align="aligncenter" width="500" caption="Latihan suku kata"]image

[/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="500" caption="Latihan suku kata"]image

[/caption]

Ada 8 buku. Buku Read Easy 1 -8. LC akan bagi satu-satu sebab takut hilang. Hehe. Flash card CA pun dah hilang cano? Setiap buku ada teknik-tekniknya. InShaAllah nanti fatin share lagi tapi takde detail sangat la sebab takde buku lagi.

Bila last, ada persembahan bacaan dari budak-budak LC. Ada 5yo dan ada 6yo. Memang pandai! Baca buku, baca surah-surah lazim, bm bi semua pandai. Nanti fatin share jugak video2 budak baca surah tu. Inshaallah.

[caption id="" align="alignnone" width="500" caption="Lagu si ulat bulu "]image[/caption]

Ok kami pun kena nyanyi lagu ulat bulu ni ikut versi A E I O U. Haha kelakar. Selain parents kena naik atas buat gaya aaaa, ba ba ba dan lain- lain macam budak 4yo & 5yo baru belajar gitu. Then parents yang berasal dari pantai timur, nogori pun kena naik sebab dialek masing2 kan lain-lain.

So far sangat best. Inshaallah next year kalau ada lagi untuk next batch nak pergi bawak incik somi! Hehe. Dan boleb ajar AarifaNaura jugak. Sekarang dia dah boleh ikut tau! Terkujat mama ni ha! Bila ajar kakak dia oun sebut dan bila sebut ca dia boleh sebut cacaca cacaca sambil gerak tangan 😅. AarifaNaura memang dah lama boleh follow A - Z, one two sampai ten tapu takdela ingat ikut turutan. So senang kerja mama hehe. Ajar kakak adik pun dapat!


Posted from WordPress for Android

Khamis, 19 Februari 2015

#ShakleeEffect | Kulit makin lebut, Jerawat pasir hilang dan tumit pecah makin baik

Salam & Selamat Sejahtera.

Ok kali ni fatin nak sharw satu lagi shaklee effect yang menggunakan set kecantikan.



4 bulan pertama KONSISTEN GLA & VITA E. kemudian hanya ambil ESP & VITA C. Perubahan sangat ketara dan cepat - KULIT MUKA LEMBUT, JERAWAT PASIR HILANG, TUMIT KAKI TAK PECAH. Yang penting SABAR DAN KONSISTEN!




Haaa tu dia. Basically, yang ambil SET ASAS SHAKLEE pun akan dapat merasai perubahan sebab dalam set asas ni ada B complex, SR Vita C dan Vita-Lea.

Set kecantikan pula banyak pilihan iaitu SR Vita C, Vita E, GLA, Collagen Powder, ESP, Vivix dan Coq Health. Untuk luaran mestilah Set NutriWhite atau Enfuselle bergantung kepada jenis kulit.

Paling penting fatin nak tekankan, sebelum mulakan apa-apa program kecantikan mahupun kurus pastikan anda detox dulu agar penyerapan vitamin dapat diserap secara optimum dan hasilnya barulah tip top! ;)

Rabu, 18 Februari 2015

#ShakleeEffect | 7 tahun derita muka ladang jerawat. Kini muka menjadi telur rebus dikupas

Salam dan selamat sejahtera.

Fatin nak share #ShakleeEffect pada pengguna yang mengambil VITAMIN KECANTIKAN. Ramai yang berpuas hati dengan hasilnya walauoun ada yang lama dan ada yang cepat. Semua ni bergantung kepada penerimaan badan kita sebab masing-masing kehidupan berbeza kan?

Jom kita layan Shaklee Effect dari Master Farizan aka Master Cik Jan (MCJ).

[caption id="" align="aligncenter" width="500" caption="Master jan "]image
[/caption]

7 tahun derita muka ladang jerawat. Kini muka menjadi telur rebus dikupas.

Masalah jerawat menghantui Master Farizan atau lebih dikenali sebagai MCJ selama 7 tahun! Bukan jangka masa yang singkat. Siapa tak stress kan? Memang stress dan sedih bila baik satu keluar sepuluh jerawat kan walaupun pelbagai rawatan dilakukan!

Bukan itu sahaja, lagi stress bila MCJ telah tersalah pilih produk yang akhirnya jerawat makin berleluasa dan teruk :oops: Peristiwa yang tak akan dilupakan MCJ pada tahun 2006. Biasala kan kita sebagai wanita mesti berusaha nak cantikkan wajahkan? Bila dah tersalah rawatan maka MCJ berusaha mencari rawatan lain pulak. Atas saranan kawan-kawan MCJ, beliau mencuba rawatan facial pulak dan sekali lagi MCJ tersalah langkah di mana setelah rawatan tersebut beliau mengalami masalah jerawat yang lebih teruk dan pastinya MCJ sangat menyesal!

Akibat dari masalah itu juga, MCJ alami kulit muka yang berparut seperti kawah bulan! Parut yang sukar dan lambat hilang. Bukan setakat stress tapi MCJ hilang keyakinan diri kerana malu dengan muka berjerawat.

Bukan MCJ je yang stress dan tak berkeyakinan, rasanya semua wanita mesti bermasalah sama jika menghadapi masalah jerawat atau kulit muka.

APA MCJ AMALKAN SAMPAIKAN DARI LADANG JERAWAT BERTUKAR TELUR REBUS??

Untuk kecantikan dalaman --》MCJ amalkan Vitamin C , Shaklee Collagen Powder, GLA Complex dan Vitamin E.

Untuk kecantikan luaran --》MCJ menggunakan Set Nutriwhite ( Gentle Deep Foaming Cleanser, Soothing Radiance Whitening Softener, make up remover, Daily Defense Whitening Essence dan Overnight Renewal Whitening Cream).

Fatin nak share sikit TIPS agar kesan tu adalah OPTIMUM!

1. Pastikan air kosong 3L sehari agar badan tidak kekurangan air.
2. Kurangkan kaffein atau tinggalkan terus sebab kaffein boleh mengganggu penyerapan nutrisi dalam badan.
3. Detox! Kalau boleh sebelum mulakan apa-apa pengambilan vitamin, lebih baik lakukan detix terlebih dahulu agar semua nutrisi dapat diserap dengan baik!

Nak cuba?

Jom BOIKOT ESP!

Salam & Selamat sejahtera.

Boikot

ESP!







Haaa penangan ESP sampaikan kena boikot ESP! Hehe. Ni kalau anda sedang berpantang ataupun menyusu mesti mengalami masalah ini.

2-3 hari lepas tiba-tiba salah seorang sideline shaklee fatin bertanya kat mana nak beli sparepart pam susu sebab dah bengkak sedangkan baru je minum malam semalam lepas 2 hari takde susu.

[caption id="" align="alignnone" width="500" caption="Penangan ESP"]image[/caption]



Tadi beliau ada up status tersebut dan ada yang share kisah ESP masing-masing ;) so fatin pun tak lepas nak share jugak weeee


[caption id="" align="alignnone" width="500" caption="#ShakleeEffect ESP!"]image[/caption]



Yezzaaa.. sampai 15oz sekali pam! - Nadiah Hasan

Anak 1y6m masih menyusu - Azlya Adelia

Esp memang menambah nambah susu ibu sampai demam dibuatnya - anurul Ellyssa

Dapat fully BF anak ke-3.. sekali oam dapat 15oz dan susu pekat - Syikin yazid

Dan pengalaman fatin pulakkkk macam kat gambar atas tu ☝

Kisahnya lepas bersalin kan masa nak naik wad lepas 2 jam tersadai je kat LR tiba2 doc kata AarifaNaura gula rendah haihh! So kena masuk nicu. Fatin hari kedua dah boleh keluar. Esp dah start amek. Memang càrgas sebab duk ulang alik g nicu. Nak tidur sana katil penuh. Bila balik umah je bengkak sebab dah takde tukang hisap 😅

Kat sana pun cepat je penuh dan terus je pam nak kasi kat AarifaNaura bekal kat nicu. Pernah 1 hari tu nurse nampak duk pam dan dia tanya nape tak direct feed je. Bitau la dah bengkak sakit pam dulu dan susu xnak kuar bila dah bengkak teruk. Terus nurse tu datang picit kasi keluar susu tersumbant tu. Sakit hanya Allah yang tahu hehe. Hari ke 3 dapat katil dan hari ke 5 dah boleh kuar. Alhamdulillah.

ESP terus menjadi sahabat baik bila dah start keje. Hari2 pam memang full botol 5oz medela tu dan biasa pam 3x. Kadang2 je bila skip pam maka kurangla dah tak pam kan haha.

Ada kisah ku di sini :) --》klik.




Jom kita baca macam mana ESP dapat membantu si ibu yang sedang menyusu bayi?

ESP --》Protein soya non-GMO yang terdiri dari semua asid amino yang diperlukan untuk pembinaan sel tubuh dan berfungsi mempercepat penghasilan susu ibu.

✔BERTENAGA

ESP protein soya non-GMO yang mempunyai Index Glisemix rendah yang dapat membantu mengekalkan tenaga yang berpanjangan. Dalam penyusuan, kalori dapat dibakar dari 200-500 sehari. Itu pentingnya pemakanan yang secukupnya bagi menampung keperluan kalori harian agar tidak cepat letih. Sebab tu ibu menyusu cepat lapat hehe

"Seorang ibu akan menghasilkan 600-1000 ml (20-35 oz) dalam masa 24 jam ~ bergantung kepada umur, saiz dan permintaan dari bayi. Dan setiap 1000 ml susu yang terhasil akan memerlukan 1000 kalori untuk tenaga dalam susu dan tenaga ini digunakan untuk menghasilkan susu. Ini belum dihitung kalori yang diperlukan utk tenaga oleh tubuh si ibu" - Farah Sarakids.

✔Sumber PROTEIN

Protein merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu selain kalsium. Protein dapat membantu pembentukan sel dan penting dalam pertumbuhan bayi. Susu ibu mengandungi protein yang sempurna untuk bayi dan sumber protein tersebut diperolehi dari pemakanan si ibu. So itu pentingnya protein bagi ibu menyusu.

✔Kulit CANTIK & GEBU

BONUS bagi ibu-ibu menyusu! Kenapa? Ini kerana protein diperlukan untuk membaiki tisu dan penting dalam pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan. Protein juga bahan utama yang digunakan untuk "menggantikan" sel-sel mati dan membantu penghasilan kolagen. So itu sebab kulit si ibu lebih cerah, gebu dan mantap!

Jumaat, 13 Februari 2015

Resepi | Daging Black Pepper

Salam

Ok kita share lagi resepi yang saya masa ya hehe jangan marah naa ;)

Ok semalam saya buat Daging Black Pepper. Actually daging ni incik somi dia beli ngan kawan dia. Smoked beef katanya. Yang salah poto g ke apa ntah. Last 2 week beli tapi tertinggal kat sgmerab. Last week baru amek. Pastu lupa nak masak haha.

So biasa nak masak apa kalo dah takde idea incik gugel la penyelamat. Kalau tanya incik somi mesti jawapannya "apa-apa je boleh" haha stress dengar 😅

Gugel resepi daging.. nampak blackpepper CMG. Terus la tinggg! Jom cekidaut.

Bahan-bahan :-

Daging
Tepung gandum
Halia ditumbuk halus
Bawang putih ditumbuk halus
Sos tiram
Kicap
Lobak merah
Garam & Gula
Sedikit air
Bawang besar potong bulat
Cili merah dan hijau - saya tambah
Daun bawang

Cara-cara :-

1. Rebus daging sehingga empuk dan toskan.
2. Gaul daging dengan tepung gandum & secubit garam.
3. Goreng daging tersebut sehingga perang dan toskan.
4. Tumis bahan yang ditumbuk (halia & bawang putih) sehingga wangi.
5. Masukkan sos tiram & kicap
6. Masukkan lobak dan masak sehingga lembut - saya tambah.
7. Masukkan daging dan air sedikit. Biarkan pekat dan masukkan garam, gula, bawang besar dan cili.
8 . Tabur daun bawang.

Siappp :)

Kira derhaka tak ni? Kalo ye ampunnn CMG 😐

TG Nik Aziz Nik Mat, 1931-2015

image



Inna lillah Wa Inna ilayhi rajiun

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنهi وأكرم نزله ووسع مدخله واغفر لنا وله ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان و لا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا ربنا إنك رؤوف الرحيم

لله ما أخذ ولله ما أعطى وكل شيءٍ عنده بمقدار نسأل الله تعالى أن يتقبله في الشهداء إنه ولي ذلك والقادر عليه

TGNA kembali ke rahmatullah pada jam 940 malam semalam. Sangat terkejut walaupun menjangkakan tapi hati masih kelu dan sebak.

Dari pagi semalam lagi dapat berita dari adik ipar yang ke sana bersama baba untuk meeting sempat ziarah TGNA yang dikatakan nazak dan menggunakan bantuan pernafasan.

Doktor pun mintak bawak balik sebab dah tak boleh buat apa dan akan pergi bila-bila masa. Yang sangat terharu Allah menjemput TGNA pulang pada malam Jumaat yang baraqah. Allahuakbar.

"Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.” - HR. Ahmad no. 6582 dan At-Tirmidzi no. 1074

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat 

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

‪Harga‬ sebuah perjuangan.

Pemergiannya sama tarikh dengan Hassan Al Banna, pejuang islam di Mesir pada tahun 1949.

Wallahualam

Khamis, 12 Februari 2015

OsteMatrix | Gabungan mantop untuk sendi, penyusuan, senggugut dan migrain

Gabungan mantop OSTEMATRIX

Kenapa OsteMatrix best? Kerana kombinasi antara OsteMatrix dengan Vitamin berikut :-

✔ AJHT --》Mengekalkan tulang rawan yang sihat dan OsteMatrix mengekalkan tulang yang sihat

✔ GLA Complex --》Melegakan kekejangan, sakit belakang serta menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan.

✔ B complex --》Magnesium dapat membantu sistem saraf,pengecutan otot dan saraf,menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering di hadapi oleh penghidap Migrain manakala B Complex mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain serta dapat mengurangkan stress dan depressi.

✔ Alfafa Complex --》Membantu meningkatkan penghasilan susu (milk booster) serta OsteMatrix membantu mengelakkan susu berkurang ketika haid kerana ianya dapat membantu penghasilan darah, tulang, gigi yang sihat

Ahad, 8 Februari 2015

3 PERBEZAAN HEBAT Multivitamin Shaklee

Shaklee Difference | Vita-lea Iron Formula

💊Multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia.

💦Dicipta pada tahun 1915
💦Asalnya dikenali sebagai VITALIZE-MINERAL dan disingkatkan kepada VITA-MIN. Peningkatan teknologi telah mengubah  bentuknya dari cecair kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai VITA-LEA.
💦Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral sepertimana disarankan oleh RDA.
💦Diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

💊Tablet VITA-LEA disaluti dengan serbuk SPIRULINA.

💦Dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks iaitu EXPLO-TAB.
💦Merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.
💦Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

💊The best multi-vitamin

💦Vita-lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BESY MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.
💦Berdasarkan ujian klinikal membuktikan dengan pengambilan Vita-lea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
💦Menjalani lebih 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan kutulenan dan potensi produk dan disokinf oleh 7 kajian klinikal.





Promo! Promo! Promo!

Jangan lupa promosi bulan ini! Jom terjah di sini --》http://bit.ly/1HHQtpu

Sabtu, 7 Februari 2015

Resepi Bawal masak berempah

Salam & Selamat sejahtera..

Haaa kali ni fatin nak share resepi lagi. Gian nak share resepi pulak ye.. haha

Ok ni last week call mami tanya dia masak apa then dia cakap ikan masak berempah! Ting!! Idea datang nak mengkopi jugak sebab dah xde idea nak masak apa ikan bawal dalam peti ais. Hehe.

So semalam buat la bila incik somi beli bawal lagi. So cekidauttt

Bahan-bahan :-

Ikan bawal *ikan lain tak sure apa yang best hehe*
Garam & kunyit *kalau nak goreng dulu*
Bawang merah - dikisar
Bawang putih - dikisar
Cili giling/kisar
Rempah ikan
Cuka
Gula
Garam
Bawang besar - potong 4 jangan kasi putus
Cili merah atau hijau

Cara-cara :-

1. Goreng ikan dahulu dan ketepikan
2. Tumis bahan kisar dan cili sehingga naik bau
3. Masukkan rempah yang diletakkan sedikit air dan masak sehingga rempah dan bahan kisar betul-betul masak
4. Tambah cuka dan kalau kering boleh tambah air sikit. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. Sedang-sedang aje hehe
5. Tambah garam,gula dan bawang besar
6. Masukkan ikan dan biar mereneh sekejap untuk sebati dengan kuah.
7. Hias dengan cili merah atau hijau
Siapppp untuk dihidang

Saya punya agak pekat sebab terlebih bawang pastu malas tambah air dah haha. Cili pun segan je nak kembang ekeke

[caption id="" align="aligncenter" width="500" caption="Ikan bawal berempah"]image[/caption]



Selamat mencuba hokay

Khamis, 5 Februari 2015

Resepi dan Tips Masak Sambal Tumis Power

Salam & Selamat Sejahtera.

Ok kali ni nak share lagi satu tips dan resepi hehe. Resepi aje pulak kan ekeke.

Ok ni saya dapat tips dan belajar style mak mertua. Maklumle dah setahun lebih jadik co-chef haha.

Saya share dulu ye resepinya. Resepi ni boleh buat sambal bilis atau sambal udang petai.. goreng telur bersambal pun ok.. ayam sambal boleh tapi ada additional bahan. So ni fokus sambal bilis/udang dulu la ye.

Bahan-bahan :-

Bilis atau udang *Digoreng dahulu

Bawang merah dikisar
Cili giling dikisar
Air asam jawa
Garam & Gula
Petai kalau nak letak

Hiasan
Bawang besar potong bulat
Lada merah & hijau *kalau bilis tak letak pun

Cara-cara :-

1. Panaskan minyak dan tumis bawang kisar dan cili giling. Masukkan gula dan masak sehingga naik bau. Jangan lupa kacau.
2. Bila dah naik bau dan masak, masukkan air asam jawa.
3. Masuk petai dan masak sehingga lembut
4. Masukkan bilis atau udang dan kacau sebati. Tambah garam.
5. Masukkan bawang dan lada merah dan hijau. Kacau rata dan siapppp!

TIPS MASAK SAMBAL

Ok ni tips yang saya belajar dari mak mertua. Ada dua tips bila nak masak sambal.

1. Untuk dapatkan warna sambal tu merah tengok langkah 1. Terus masukkan gula masa tumis bawang dan cili. Haaa
2. Takde guna bawang putih! Yang ni ai is lupa sebabnye hehe.

Ok yang ni saya korek balik tips dari Azlita Masam Manis.

1. Pilih cili kering yang merah sahaja
2. Gunakan bawang merah bukan bawang besar
3. Gunakan minyak yang banyak dan mesti lama
4. Gula mesti banyak!

Alamakk takdak gambar la pulak hehe. Ada kot tapi malas nak korek gallery hehe. Kita gugel jao kasi terliuq naa hehe.

[caption id="" align="aligncenter" width="243" caption="Sumber : incik Gugel"]image[/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="259" caption="Sumber : Incik Gugel"]image[/caption]

Selamat mencuba!

Selasa, 3 Februari 2015

Resepi Ayam Bakar Sempoi

Salam.

Lama tak menyelit resepi di sini ye.. hehe.
Ok just nak share resepi.Ayam Bakar Sempoi. Haha sebab tak tau nama best apa dan cara-cara main hentam je so sempoi dah la kan hehe

Cekidauttt






Bahan-bahan :-

Ayam
Kentang - potong wedges
Sayur - Brokoli/Tomato/Carot etc *ikut suka

Bahan perapan :-
Cajun spice/mix spices
Lada hitah -dikisar
Garam

Cara-cara :-

1. Panaskan oven 150°C. Nak guna magic pan pun boleh.
2. Perap ayam dengan bahan perapan. Ok ni agak-agak je ye takde sukatan haha. Dah macam aunty aini ajar gordon ramsay kan hehe
3. Bakar selama 1jam atau sehingga masak. Letak sekali kentang/carot/tomato/brokoli. Make sure sayur yg cepat masak angkat bila dah nampak masak macam brokoli & tomato. Takpun steam je sekejap sayur2 ni.
4. Siapppp

Haaa kan sempoi ja tu hehe.

Selamat mencuba!

Isnin, 2 Februari 2015

Fabulous Feb Promo!

Salam semua.

Dah Febuari kan? Ok so this month ada 4 item promo! Ada yang BELI 6 PERCUMA 1, TWIN PACK LESS 5% & BELI 3 PERCUMA 1.






Item-item tersebut adalah seperti berikut :-

VITA-LEA
--》Refer link : http://bit.ly/169o4XY

OSTEMATRIX
--》Refer link : http://bit.ly/1z3QFd5

VITA-LEA KIDS
--》Refer link : http://bit.ly/1EYvJom

ADV JOINT HEALTH TABLET (AJHT)
--》Refer link : http://bit.ly/1wTQWtn

BELI 6 PERCUMA 1 & TWIN PACK

VITA-LEA
Beli 6 + 1 -》Harga Runcit : RM 532.50 (JIMAT RM88.75)
Twin Pack -》 Harga Runcit : RM 168.70

OSTEMATRIX
Beli 6 + 1 -》Harga Runcit : RM 366 (JIMAT RM61)
Twin Pack -》 Harga Runcit : RM 115.90

BELI 3 PERCUMA 1

VITA-LEA KIDS
Beli 3 + 1 -》Harga Runcit : RM 333 (JIMAT RM84)

AJHT
Beli 3 + 1 -》Harga Runcit : RM 372 (JIMAT RM93)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular