Khamis, 15 Januari 2015

14 Jan | Selamat Ulang Tahun Sayang

Salam..

14 Januari tarikh istimewa buat sang suami. Hehe.
Selamat ulang tahun sayang - 1st dedikasi untuk beliau tahun 2009 haha.

Alhamdulillah dah bertambah usia dan kita dah sama series. 30's! Hehe. Benda yang paling kritikal tiap kali birthday ialah pikir nak bagi hadiah apa. Ikutkan incik somi takde pun takpe tapi yelaa wife mana duk diam kan? Nak beli wallet dia baru je beli..nak beli perfume pun dah mintak atai belikan kat uk tu.. apa lagi? Baju? Bab ni kena bawak dia dan kalo bawak dia komfem dia cakap tak payah. Kena terus je beli! Teringat la dia duk mencari selipar harian sebab crocs dia yang dah bertahun tu dah haus kat tapak. Punya la lama kan haha.

So mula mintak adik @ esah carikan sebab tengok kat website macam takde yang menarik. Teringat yang kat giant nilai tu bahagian luar ada kedai clarks, timberland etc. So 2 hari sebelum p la tengok. Dugaan nak buat sepraisss haha. Dah sampai sana incik somi call bitau dia kat rumah sebab balik cari barang dia kakaka. Masa tu bawak AafiyaNajya. Balik tu dia bercerita kat papa pasal hadiah. Haaa sudah!

Esoknya pergi lagi tapi sebelum amek AafiyaNajya kat skool. Malas bawak dia kang bocor rahsia hehe. Problem hari ke 2. Kunci rumah tertinggal dalam kete! Call incik somi bitau soh balik hantar kunci sebab nak keluar. Naseb ada kunci spare haha. Hadoii! Hadiah setel!

Malam incik somi main futsal kat taman rumah ni. So amek peluang buat kad. Haha pening layan 2 ANS nak buat macam-macam nih!

image

image

image

Setel buat kad AafiyaNajya konon-konon nak tunggu papa. 5minit tunggu dah tdo haha.
Bangun subuh dia pun bangun nak bagi kat papa.

image

Kebetulan 14.1 memang negeri sembilan cuti. So petang keluar amek tupperware yang beli ngan kak nor di kota kemuning. Lepas tu incik somi ajak p jusco bukit tinggi klang. Haha tempat datinf dulu. Incik somi bitau AafiyaNajya "Dulu mama selalu ajak papa dating kat situ" aikkk??! Haha

G situ takde tempat best nak belanja incik somi makan. G black canyon je. Ajak p nandos taknak pulak.

image

Pastu p tengok wayang.. taken 3. Hoihhh kali ni AarifaNaura memang takleh control. Dia bising je keje haha. 1jam terakhir duk ajak keluar masuk. At last duk je luar takut orang marah haha. 15minit nak habes kot dia penat dan ngantuk. Selamatttt. Tidur sampai pagi! Haha.

image

Sekian citenya.. nak tepek screenshot fb ai sket..jangan maraaa ye.

image

Lebih-lebih kita dah wish depan-depan ye hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular