Ahad, 7 September 2014

Home Progress | Kontraktor

salam..

Dah lama tak bercerita tentang Rumahku Surgaku :o) Semua dah berabuk haha. 90% dah complete nak masuk pun takde hal tapi tulah bila duk rumah free sekarang ni susah nak yakinkan diri dan family sana haha. Nak bercerita setiap progress terbantut sebab bila terbaca kat FB yang bahaya jugak duk share keadaan rumah.. beli itu beli ini.. berapa kos itu kos ini.. so simpan jela dulu hehe.

Plan nak masuk bulan 6. Pastu Ramadhan pulak.. Sekarang takde orang kat rumah sekarang dan masyu ale lak buat ayat sedih jangan la pindah lagi sebab takde orang nak masak nanti T_T. So drag lagi. Kebetulan Ramadhan bukak bazar kan..so memang tak sempat nak pindah la. InShaAllah paling awal bulan September ni masuk dan palinggggggg lambat December! Ni dah deal ngan incik somi. haha

Sekarang tinggal langsir je baru start nak buat. Tempah dengan kawan husband. Kain beli kat MK, Nilai. Bab langsir ni sebenarnya sedih jugak sebab nak pattern lain tapi wife kawan husband tu tak reti plok doh. tau yang biasa je. Nak tempah dengan kedai beli kain tu, incik somi dah segan lak member dia tu kalo tak jadik haha. so terima jela seadanya. Tapi tapi tapi... Kain incik somi kena follow i mau macam mana dan paling penting best! haha. Inilah style kami berdua. bertolak ansur gitew ekeke. so deal! takde gaduh2 tak suka ekeke. Ni sebabnya pengalaman Wallpaper la! haha nanti rajin story lain :p

ehhh sebenarnya nak bercerita mereka yang terlibat dengan pembikinan rumahku surgaku. cewahhh. Ni pun sebenarnya dari incik somi yang post kat group Zeta Park. Yang ni major la.. yang minor saya tambah. Jom cekidauttt.

SW Plaster Ceiling & Construction - plaster ceiling dan wiring
Home Progress | Plaster Ceiling dan wiring
Komen : hasil kerja ok tapi harga mahal dan byk hidden cost

Three kim metal works - grill/awning
Home Progress | Grill
Komen : harga berpatutan dan hasil kerja memang terbaik

Intech kitchen - kitchen cabinet/wardrobe
Home Progress | Kitchen Cabinet Wardrobe belum ada entry. inshaallah menyusul kalo rajin haha
Komen : harga sederhana, hasil kerja memuaskan. sangat rekemen! Bos yang baik hehe..silalah cari jeff ye :o)

A-Home automation - alarm/cctv
Komen : harga antara yg murah, kerja juga memuaskan

Tinted - Yang ni lupa lak uncle tu nama apa. tapi kebanyakannya semua buat ngan uncle ni. Kiranya kami orang terawal la buat tinted dan uncle tu bagi dal

Top Ten Lighting Sdn. Bhd. & Houses Lightings Enterprise - Lampu/kipas/Door Bell
Home Progress | Lighting
Komen : Harga yang berpatutan

JM Home Appliances - Hob/Hood/Oven/Microwave/Sanitary Fittings - Sink, tap, Tower rail etc
Home Progress | Home Appliances
Komen : Harga Murah dan best!

Tomato Kidz & Midah Electrical & Furniture
Home Progress | Bilik anak dara
Entry katil Master Bed xdok la ye.. hover lak nak tunjuk semua haha.
Komen : Tomato Kidz so far ok. Midah untuk katil masterbed pun sangat berbaloi harga. Beli king size tapi dapat harga queen size! Bab survey serah kat incik somi. memang tip top lah! hehe

Deep Living - Sofa
Yang ni pun takde entry khas. hehe. ada la cite sikit tapi entry mana ntah malas nak korek. Beli masa expo kat PWTC.
Komen : Harga ok dan kualiti bagus. Yang best dapat free gift lebih haha

Suan Lee Hardware Sdn Bhd - Cat
Home Progress | Memilih warna
Komen: Yang kedai hardware biasa je kat nilai. So far harga memuaskan la. Yang pembantu kedai ni selalu je bagi kitorang discount kaw2 punya haha. tak tau la betul ke idaknya. Banyak kali g beli sebab asyik salah je beli warna. tiba2 takk cantik ekeke.

So setakat ni jela kot apa yang kami guna untuk rumahku surgaku. So far memuaskan hasil kerja mereka. Kita tunggu jela bila dah guna semua ni.. haha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular