Khamis, 25 September 2014

Cabaran 30 Hari Blogging | Tips Kemas Rumah

salam.

ok untuk day-4 : Tips kemas rumah.
saya xdelah tips beria bagai haha sebab kadang2 berterabur jugak list-to-do hari-hari.
Tips ni saya dapat dari buku 'Eat That Frog!' Best buku ni.
Eat that frog ni maknanya katak kan hudoh dan geli kan.. haha kesian katak.
Buat sesuatu yang kita tak suka dulu baru yang suka.. sebab kalo buat yang suka dulu maka yang tak suka tu terus kekal la kat situ.

So dalam hal kemas rumah, Pagi-pagi lepas subuh saya akan basuh baju dulu, sementara tu lipat baju. Haaaa lipat baju la benda paling saya tak suka. kalo tak buat akan jadi gunung kinabalu! So lepas tu baru jemur baju, vacum dan mop rumah. Bila dah setek kemas rumah baru la lega nak siapkan anak2, masak dan buat kerja lain.

So tips ni simple je. Kalo skip je satu kerja maka akan jadik bertambah lak keje.. Saya kalo miss satu mesin baju maka bertimbun la baju kotor. saya basuh baju ikut turn. hehe. Ada dua bakul. satu untuk saya dan incik somi dan satu lagi lil ANS. So akan gilir2 basuh baju. Lipat pun sama. Dah angkat mesti terus lipat kalo tak terus buat memang mengundang masalah haha. yela.. lipat baju la katak paling hodoh dan geli! haaa betapa tak suka nya lipat baju. ekeke. Sampaikan kena panggil part time maid semata2 lipat baju dan gosok baju wakakaka. Yang lain takpe. sebab mendatangkan faedah haha. Terbakar kalori ai gitu ekeke.

So tu jela tips kemas rumah saya. "Eat that frog!"
ehh betulkan ni tips kemas la kan? haha apa2 jela :p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular