Rabu, 24 September 2014

Cabaran 30 Hari Blogging | Tempat makan best

Salam.

Ok next 3. Tempat makan paling best. Ada 1 tempat best yang kitorang duk pegi semenjak duk ulang alik setel umah kat pajam ialah kedai makan batang benar.

[caption id="attachment_3946" align="aligncenter" width="550"]Kedai makan batang benar Kedai makan batang benar[/caption]

Ada 5 kedai kat situ. 1 nasi ayam batang benar, nasi berlauk apa ntah, nasi kukus ayam dara pokjak, dessert chef fauziah & abc & coconut shake.

Kami selalu makan nasi kukus. Best giler! Sejak dulu lagi suka nasi kukus. Sebelum ni duk makan nasi kukus ayam dara kat Azzahrah, Bangi. Ni nak pindah pajam jumpa lak kat batang benar. Kedai2 ni memang penuh memanjang kalo lunch hour. Nasi kukus ni harga rm6. Ayam memang besar2 dan ada sayur sikit, kuah kari camtu & sambal belacan.

Kedai nasi berlauk tu pun selalu gak makan. Ada masakan nogori la.. sup tulang, bakar2. Dan nasi ayam kt try sekali je sebab tak gemar hahaha. Ada itik sekali kot.

Yang dessert tu macam2 ada. Taglinenya harga tepi jalan rasa apa ntah haha lupa. Abc dan coconut shake tak pernah try. Xtau la share ngan dessert ke apa.

So sesapa nak try boleh gugel. Kat foursquare ada yg dah checked-in. Kalo dari tol lekas, exit kat traffic lite amek kiri jumpa traffic lite simpang 3 lepas TL sikit je belah kanan. Kalo dari tol nilai, menghala ke batang benar sebelum traffic lite belah kiri. Best!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular