Sabtu, 23 Ogos 2014

Kaitan METABOLISME dan KURUS

Apa itu metabolisme?

Metabolisme bermaksud perubahan atau transformasi iaitu dari segi fungsi tubuh ianya bermaksud perubahan jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh bagi mengekalkan fungsi asas tubuh. Segala aktiviti termasuk proses pernafasan dan sistem badan memerlukan tenaga.

Metabolisme bagi setiap individu adalah berbeza dan bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut. KOmposisi tersebut adalah berdasarkan jumlah otot dan lemak di dalam badan kita. Tisu otot akan menukarkan tenaga atau kalori bagi mengekalkan fungsinya berbanding lemak.

Maka,

BANYAK TISU OTOT = TINGGI METABOLISME

berbanding,

BANYAK LEMAK = RENDAH METABOLISME

Perkara yang mempengaruhi Metabolisme adalah seperti berikut :-

  • Komposis badan -> Tinggi nilai berat OTOT = Tinggi METABOLSIME, JIka berat 2 individu sama



  • Genetik -> Tinggi dan langsing = Tinggi METABOLSIME, Ini kerana bergantung kepada struktur tulang dan bentuk badan berbeza



  • Umur -> UMUR meningkat = METABOLISME menurun, Keperluan kalori akan berkurangan apabila usia meningkat.


Tahukah Anda?

1 paun otot akan membakar 35 - 50 kalori

manakala,

1 paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.


[caption id="attachment_3812" align="aligncenter" width="300"]otot vs lemak otot vs lemak[/caption]

Basal Metabolic Rate (BMR) atau kadar metabolisme asas juga bergantung kepada otot badan. Bagaimana cara mengira BMR?

BMR Lelaki = Kadar metabolisme asas individu (LELAKI) = (tinggi dalam cm x 6.25) + (berat dalam kg x 9.99) - (umur x 4.92) + 5

= (tinggi dalam cm x 6.25) + (berat dalam kg x 9.99) - (umur x 4.92) + 5

Contoh:

Jika seorang lelaki itu mempunyai ketinggian 178cm, berat 78.6kg dan umur adalah 37tahun, kadar metabolisme asas bagi dirinya adalah :

= (178 x 6.25) + (78.6 x 9.99) - (37 x 4.92) + 5
= 1112.5 + 785.214 - 182.04 + 5
= 1720.674 kalori/hari

Ini bermaksud lelaki itu memerlukan nilai minimum 1720.674 kalori dalam satu hari bagi kadar metabolisme asas.

BMR Wanita = (tinggi dalam cm x 6.25) + (berat dalam kg x 9.99) - (umur x 4.92) - 161

Contoh:

Jika seorang wanita itu mempunyai ketinggian 178cm, berat 78.6kg, dan umur adalah 33 tahun, kadar metabolisme asas bagi dirinya adalah :

= (178cm x 6.25) + 78.6 x 9.99) - (33 x 4.92) - 161
= 112.5 + 785.214 - 162.36 -161
= 1574.354 kalori/hari

Ini bermaksud wanita itu memerlukan nilai minimum 1574.354 kalori dalam satu hari bagi kadar metabolisme asas.

Itu pentingnya tahu pengambilan kalori seharian kerana jika kalori yang diambil melebihi dari BMR, maka kalori itu akan ditukarkan kepada lemak. Bila lemak bertambah maka berat juga bertambah!

Tips tingkatkan METABOLISME


  • Kerap makan - Makan kerap akan membuatkan sistem badan untuk terus berfungsi dimana akan meningkatkan metabolisme badan. Jika tidak makan, ianya hanya akan membuatkan kita makan banyak kerana lapar dan akan membuatkan fungsi badan menurun.



  • Senaman - Senaman membantu membakar kalori dan meningkatkan otot



  • Minum air secukupnya - Kurangnya air mengakibatkan metabolisme menurun. Kandungan badan utama juga adalah air!



  • Makanan pedas - Kandungan capsaicin dapat membantu membakar kalori



  • Teh hijau/oolong -> Mengandungi Polifenol yang membantu meningkatkan metabolisme badan.



  • Supplement -> Supplement DIet membantu memingkatkan kadar metabolisme badan, VITAMIN C dan KALSIUM juga dapat membantu dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.


[Kelvin Zahri, Mathed.UTM]

 

JADI?

Bagaimana misi anda dalam mengurangkan berat badan? Adakah betul pengambilan kalori anda atau main hentam sajaa labuu..

[caption id="attachment_3810" align="aligncenter" width="300"]Diet YOYO - DIet tidak sihat Diet YOYO - DIet tidak sihat[/caption]

--> Itulah FUNGSI dan konsep setiap item dalam SHAPE-UP SET!
BAKAR -> Buang -> Bina!

[caption id="attachment_3811" align="aligncenter" width="300"]Bakar-Buang-BIna Bakar-Buang-BIna[/caption]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular