Selasa, 17 Jun 2014

TIPS | Susu Perahan

Biasanya penyimpanan susu ibu lebih sinonim dengan ibu bekerjaya. Sejak dari pantang lagi mereka sudah bersiap sedia membuat bekalan untuk si comel sebagai persediaan selepas cuti berpantang tamat.

Berikut adalah garis panduan yang boleh dijadikan maklumat berguna kepada para ibu agar bayi tetap menerima khasiat susu ibu biarpun tidak menyusu secara terus dari payu dara ibu.

Sentiasa menggunakan susu yang paling awal diperah.
 
Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah dicairkan.
 
Lalukan susu perahan beku di bawah aliran air paip untuk mencairkannya.
 
Bila sudah cair, rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu penyusuan sahaja).
 
Untuk lebih mudah dan menjimatkan masa, gunakan pemanas botol elektrik yang kini banyak dijual dipasaran. 
Warmer lebih digalakkan berbanding air panas/suam kerana berkemungkinan suhu air panas/suam akan merosakkan khasiat susu ibu.
 
Jangan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau atas dapur kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.
 
Jangan cairkan susu beku dalam suhu bilik.
 
Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa satu jam (tidak boleh disimpan semula).
 
Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi dua lapisan. Goyangkan bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan lapisan lemak yang terpisah itu.
 
Pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis susu di bahagian dalam pergelangan tangan sebelum diberi kepada bayi.
 
Elakkan memanaskan susu di awal pagi dan memasukkan ke dalam termos kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.
 
Susu beku yang sudah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, itu pentingnya pemerhatian/melatih anak dijaga oleh pengasuh sebelum memulakan kerja bagi mengetahui kuantiti yang diperlukan anak supaya susu perahan tidak membazir.
 
Bekalan susu yang dibawa untuk anak seharusnya sentiasa sejuk. Gunakan cooler bag dan ice pack sebelum dimasukkan kembali ke dalam chiller.
Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.

Tip Penyimpanan Susu Perahan

Di tempat kerja

Simpan susu perahan di bahagian sejuk peti ais (Chiller), jangan dibekukan (jika ada peti sejuk). Jika tiada, simpan sahaja dalam beg penyejuk susu ibu (Cooller bag & ice pack) yang banyak terdapat di pasaran. Ia untuk memastikan kandungan antibodi terpelihara dari proses pembekuan.
✒ Simpan semua alatan pam di dalam bekas dan masukkan kedalam  peti sejuk bagi mengelakkan bakteria membiak pada pam. Sekiranya ingin dibasuh setiap kali mengepam lagi baik.
 
Sampai di rumah

Simpan susu perahan dari tempat kerja semaksima yang boleh di bahagian sejuk (bukan dibekukan) untuk kegunaan pada keesokan hari. Simpan susu selebihnya di bahagian beku peti ais untuk stok seterusnya.

Seeloknya labelkan bekas perahan susu dengan nama bayi, tarikh dan masa pemerahan sebagai memudahkan anda menggunakan susu yang awal terlebih dahulu.

Tinggalkan sedikit ruang udara di dalam bekas penyimpanan untuk membolehkan proses pengembangan berlaku jika susu dibekukan.

Jangan lupa membersihkan dan mensteril semua bekas penyimpanan susu ibu termasuk aksesori pengepam.
[Credit : PaMa]
=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=
Untuk ibu bekerjaya yang ingin DIET sila KLIK --> Set Kurus
Untuk ibu bekerjaya yang ingin mengekalkan dan menambah susu badan sila KLIK --> Set Menyusu 
✐ PM untuk ORDER/INFO lanjut : https://www.facebook.com/messages/HealthyBeautyByANS
✌ LIKE facebook kami : https://www.facebook.com/HealthyBeautyByANS
↻ Layari BLOG kami untuk INFO berkenaan produk : www.healthybeautybyans.blogspot.com
☏ Call/SMS/Watsapp : 0123956467
✍ Email : healthybeautybyans@gmail.com
# Instagram : fatinarina_hbbans
> COD Area : Nilai, Bangi, Putrajaya dan sekitar
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular