Sabtu, 21 Jun 2014

Resepi | Kuih Lopes

Salam.

Semalam belajar buat kuih lopes ngan mak mertua.
Selama ni duk makan je kan 😆
Kuih feberet harus la belajar.
Nanti dah duk sendiri tak yah mengagau g beli kan.
Hehe
Meh kita share cara2 buat. Sonang je rupenye ekeke

Bahan-bahan :-

Beras pulut. [Agak2 la nak buat banyak mana. Semalam buat 1kg dapat 70 biji]
2 sudu Air kapur
5-6 helai daun pandan
Kelapa parut + garam
Daun pisang potong dalam 2 inci lebar

Cara-cara :-

Basuh beras dan toskan.
Blend daun pandan dan rendam beras tu dan campur air kapur dan pewarna hijau sikit bagi nampak comel.
Rendam dalam 1/2 - 1 jam dan toskan bagi kering sikit.
Isi beras dalam daun pisang tu buat bentuk 3 segi.
Make sure hujung tu tertutup ye.. tu kalau daun pisang yang besar lagi baik.
Rebus 1-2jam atau sampai masak la.
Dah siap bukak daun pisang dan terus gaul dengan kelapa parut.
Siappp.

Manisan pulak.

Bahan-bahan:-

Gula kabung
Air
Daun pandan

Cara-cara :-

Masak bahan2 ni sampai pekat sikit.
Tapi terpulang nak pekat ke cair.
Dah siap tapis.

Dah siap semuanya boleh la makan.. tau tak nak makan cane? Hehe.
Kuih lopes ni memang feberet mak mertua buat bila ada kenduri 😊
Selamat mencuba 😆

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular