Rabu, 18 Jun 2014

BabyWearing | Do & Dont

Salam~

Babywearing (BW) @ jom gendong!
Saya start BW masa AarifaNaura 1 bulan lebih kot. Dah nak dekat habes pantang.
1st saya beli MeiTai dari Manjaku online.
Tak tau pun ada apa jenis haha main tibai je.
Then saya join group BW kat FB. So baru la tau Do & Dont. 

Best BW ni sebab masuk je AarifaNaura lena. Penat woo nak tidokan dia berlengan je hehe.
Kuar semua muscle ekeke..
Mei tai saya beli ni tali kain yg panjang. Nak pakai pun gugel je youtube. Bika join group BW baru tau Mei Tai saya beli ni FAKE! Wakaka. Harga tak ingat..murah je kot.

Apa yang tak best sebab guna tali je dan ikat. Takut tengah nak belit2 tu terlepas ke apa kan so gugel jenis2 lain lak.
Rupanya ada bayak jenis. Yang senang jenis soft structure carrier (ssc).
Mula2 nak beli boba air tapi tak dapat approval dari incik somi sebab dia kata better p try sendiri.
Kang beli online tak selesa ke apa..membazir je.
*tau2 je bini dia ni camtu kan *

So kami pun pergi fabulousmom.
Semua try dan terpikat dengan Petunia ergobaby.
Amek yg SSC sebab senang ada buckle dan tebal sikit yang kat pinggang dan nak galas tu. Apa nama ntah hehe.
Memang berbaloi. Cuma anak AarifaNaura ni kecik so macam kedalam la sikit.
Ada jual sekali insert tapi tak beli pun.
Hati2 beli SSC sebab ada yang FAKE!
Ada yang tak kisah sebab nak pakai kejap je tapi bagi saya kalau kejap pun time pakai kejap tu la tiba2 buckle tu pecah.. cane? Ada rasa menyesal tak dengan keputusan beli yang murah sebab nak pakai kejap je?
Atas masing2 pendapat la ye.. hehe

Nak BW ni pun mesti tau cara kedepan boleh ke tak..
Jenis macam mana dan sebab apa tak boleh.
Sekarang AarifaNaura pun macam tak suka sangat ngadap mama je sebab dia kan kecik macam termasuk ke dalam haha.
Sangat senang tau BW ni. Pergi mana2 jalan banyak2 pun takdela penat lengan.
So biasanya dia akan lena dalam tu.
Cuma belom pernah try menyusu dalam tu hehe.

Sekarang duk cuba pakai kain batik lepas.
Haaa yang ni lagi best. Boleh berfesyen gitu..
Kain batik kut warna baju dengan ring pun sedondon haha.
Ritu balik ganu ada tengok kat pasar payang tapi kain tak bape menarik nak dibeli 
So mama mami umi maka di luar sana..try la BW.
Best!
Jangan terasa orang cakap macam bibik ke macam indon ke apa..
Yang penting anak kita selamat dalam kendongan kita 

Jom tengok sebab2 tak boleh carry baby secara facing out.
Sumber : BW FB Group

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular