Khamis, 12 Jun 2014

Asma | Cegah dengan Omega 3 dan testimonial

☞ Asma - Omega 3 bantu cegah

Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.

Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.

Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan.

Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia.
Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.

Pengurus Besar Total Health Concept, Jagdev Singh berkata, kajian Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) dan Persatuan Thorasik Malaysia mendapati asma adalah penyebab utama kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana sakit.
Statistik menunjukkan lebih dari 53 peratus kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana masalah paru-paru dari September hingga November 2001.

Malah, ibu bapa juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk kos perubatan seperti ubat, lawatan ke doktor dan penginapan di hospital.

``Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.

``Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan,'' katanya.

Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.
Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.

``Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA).

``Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya,'' jelasnya.

Tambah Jagdev, antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.

[Credit : utusanonline]

•○•○•○•○•○•○○○•○•○•○•○•○•○•○•○•○•○•

☞ Omega-3 --> OmegaGuard Shaklee.

"Omega-3 asid lemak yang dikenali untuk mengurangkan keradangan. kerana asma adalah penyakit yang disebabkan oleh keradangan saluran udara yang membawa kepada saluran udara hyper-responsif dan saluran udara mengecil, dan kerana orang Eskimo yang makan dalam jumlah yang besar ikan mempunyai kadar yang rendah asma, penyelidik teori thst fidh minyak mungkin mendapat manfaat penghidap asma "- Livestrong

Kenapa Omega Guard Shaklee?

✔ Minyak ikan terbaik di dunia yang terdiri daripada 7 asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain. 


✔ Melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dibawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat didalam kebanyakkan jenis ikan.



✔ 50% lebih pekat dari mana-mana produk dipasaran. 


•○•○•○•○•○•○○○•○•○•○•○•○•○•○•○•○•○•

☞ Testimonial - Omega Guard sebagai pemanas dada yang sejuk bagi anak asthma!



Pengalaman sendiri :-

1- AafiyaNajya memang asthma teruk. Selalu demam dan amek neb setiap bulan. Sekarang Alhamdulillah makin berkurang tapi masih berjaga2 sebab bila sejuk mesti semput. 

2- AarifaNaura Alhamdulillah clear dari Asthma. Mungkin sebab dia minum susu saya je dan saya amalkan omega guard dari kandungan 4bulan kalo tak silap sampai sekarang. Alhamdulillah.

Sangat berbaloi amalkan Omega Guard ni boleh kurus sekali! 

Mencegah lebih baik dari merawat dan health is wealth!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular