Isnin, 5 Mei 2014

Resepi | Kuih bakar aka Bingka pandan

Salam~ 

Rabu lepas saje try buat kuih bakar. Feberetku hehe.
So gugel la resepi.
Jumpa resepi Che Mat Gebu.
Sebenarnya mak mertua memang terer buat kueh ni dan bila ada majlis pape komfem buat. Xpun bila pose pun akan buat.
Pernah la belajar tapi tak salin resepi haha
Mama ni pun xde sukatan betul sebab dia belajar ngan tok pun camtu.
Agak2 je katanya haha.
So si amatur ni kena la gugel resepi lagipun mama xde masa tu p ziarah fak chok dah tenat kat bukit jelutong.
Fakchok dah meninggal pagi khamis tu.
Al fatihah.

Semua ke sana hari tu so bawak la kueh tu p bukit jelutong, rumah kak ya.
Jom layan resepi dulu.

Resepi : Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)


2 cawan tepung gandum, diayak
1 cawan gula halus
3 biji telur gred A
600 ml santan (cm guna 200ml santan kotak + 400ml air)
250 ml jus pandan (5 helai daun pandan, potong kecil dan kisar dengan 250ml air, tapis)
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh garam
1/4 camca teh pewarna hijau makanan
Bijan secukupnya untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sapu tin kek berukuran 8inci x 8inci x 2 1/2inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, biar berlebih dibahagian kanan dan kiri tin, tujuan untuk memudahkan  kueh diangkat keluar. Lenser dengan mentega. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, pukul telur dan gula dengan whisk hingga hancur, masukkan santan dan jus pandan, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga licin. Tambah garam, pewarna hijau makanan dan mentega cair. Kacau rata2 dan tapis. Ketepikan
  3. Panas kan acuan dalam oven selama 10 minit, kemudian keluarkan dan tuang bancuhan kuih bakar (kacau dulu sebelum dituang). Bakar 10 minit, keluarkan dan tabur bijan rata2. Sambung bakar lagi 40 - 50 minit atau hingga masak (bila cucuk dengan lidi sate, keluar bersih) dan permukaannya perang (cm tukar oven pada fungsi grill dan bakar 5-6 minit lagi hingga permukaan kuih sedikit berkerak)..
  4. Sejukkan kueh sekejap longgar2kan dari tin, gunakan spatula dan keluarkan, biar sejuk sepenuhnya sebelum dipotong..
The hijau - adunan :p

Taraaaaa sodap la jugak ekeke


Tiba masa pengadil bagi ulasan haha.
Berdebar wehhh bila mama makan dan komen. 
Haha macam masuk masterchef je.
1st mama cakap hijaunya :p
Pastu dia tanya guna susu ke?
Saya cakap la guna santan kotak, malas nak mesin kelapa.
Dia sambung laaa kan mama dah pesan kat bibik kalo fatin nak guna kelapa parut mama dah siap susun kat peti ais tu.. 
Senyum kambeng le saya. 

Pastu kena soal la guna api berapa °c, telur bape bijik bla bla bla..
Next kena follow resepi mama nih hehe
Sejak jadik surirumah ni banyak la jugak belajar masak ngan mama.
Kalo tak tau buat ayam masak merah, masak hijau, masak kicap, tomyam, sup, goreng sayur..tu je kot hahaha
Sebab dulu tu je suka makan.
Kari ke gulai ke sampai skang tak berani.
Kurma ke apa pun sama.
Asyik tengok je :p
Inshaallah sebelum pindah nak belajar banyak lagi..
Nasi lemak, nasi ayam, rendang bla bla..

Nape xbelajar ngan mami?
Haaa sebabnya lain benor mama ngan mami masak.
Dah nak isi perut suami kan..harus la belajar masakan yang dia makan sokmo kan dari kecik ;p
Tapi nanti kena biasakan resepi mami jugak..
Tak kisah sebenarnya incik somi aye ni haha

Ehh terpanjang lak :p
Tenkiu mat gebu untuk resepi hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular