Isnin, 26 Mei 2014

Resepi | Ketupat Sotong

Salam.

Semalam saya buat ketupat sotong.
Orang pantai timur biasanya suka makan ke memang suka makan? Haha
Ntah.
Saya x berapa gemar.

Buat pun sebab kak intan suruh.
Mama pun tolong belikan sotong besar.
Buat la pagi semalam pas breakfast dengan kak ina..

So saja nak share resepi ;)

Bahan2:-

♤ Sotong besar lebih kurang 1 jengkal @ kurang sket. *jangan kecik sangat nanti makin kecut*
♤ Beras pulut
♤ Santan
♤ Bawang merah - mayang halus
♤ Halia - mayang halus
♤ Halba

Cara2:-

.Cuci sotong dan buang kulit merah tu.
.Basuh beras pulut dan rendam dengan santan yang dah letak garam sikit.
.Rendam dalam sejam. Lagi lama lagi lemak ;)
.Dah sejam masukkan dalam sotong.
.Anggar la jangan penuh dan jangan kurang sangat.
.Cucuk ngan lidi kat atas bahagian kepala tu tak nak bagi keluar. *refer gambar bawah*

.Masak santan cair dan masukkan sotong.
.Masukkan bawang merah, halia dan halba.
.Masukkan santan pekat.
.Bahagian ni ada je yang terus masak sotong dengan santan pekat xmasukkan santan cair sebab nanti air soto g keluar jugak.
.Tapi make sure pulut tu masak.
.Kalo sotong kecik je boleh terus masak. Kalau besar macam saya guna semalam kena masak dulu pulut tu kalu tak, pulut tak masak sikit kat tengah.
*semalam memang ada yang tak masak kat tengah even masak dah lama gila*
.Bila sotong dah kembung maknanya dah masak tapi better check la dulu hehe.

Tadi mama cakap basi. Memang la basi kalo tak simpan dalam peti semalaman.
Santan kan sensitif.
Campur pulut lagi.
Mungkin sebab xmasak pulut betul2 kot..

K bai.

1 ulasan:

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular