Isnin, 26 Mei 2014

MIGRAIN boleh rosakkan otak!

Migrain boleh rosakkan otak

Secara tradisi migrain dianggap sebagai gangguan tumor tanpa kesan jangka panjang kepada otak.
Kajian Universiti Copenhagen mendapati 10 hingga 15 peratus penduduk dunia terjejas

Copenhagen: Migrain atau sakit kepala yang teruk boleh menyebabkan kerosakan otak secara kekal, lapor penyelidikan terbaru.

Pakar mendapati migrain, yang menjejaskan 10 hingga 15 peratus penduduk dunia, meningkatkan risiko luka otak, kecacatan jirim putih dan perubahan isi padu otak berbanding mereka yang tiada penyakit itu.

Keputusan menunjukkan migrain dengan simptom meningkatkan risiko luka otak jirim putih dengan 68 peratus dan migrain tanpa tanda awal meningkatkan risiko kepada 34 peratus, berbanding mereka tanpa migrain.

Penulis kajian, Dr Messoud Ashina dari Universiti Copenhagen, berkata:
“Secara tradisinya, migrain dianggap sebagai gangguan tumor tanpa kesan jangka panjang kepada otak.

“Kajian kami dan analisis meta mencadangkan bahawa gangguan itu mungkin secara kekal mengubah struktur otak dengan pelbagai cara.”

Dr Ashina melakukan 19 kajian untuk melihat sama ada mereka yang mengalami migrain mempunyai risiko peningkatan luka otak, kecacatan senyap atau perubahan isi padu otak dalam imbasan otak MRI berbanding mereka tanpa keadaan itu.
Keputusan menunjukkan migrain dengan simptom meningkatkan risiko luka otak jirim putih dengan 68 peratus dan migrain tanpa tanda awal meningkatkan risiko kepada 34 peratus, berbanding mereka tanpa migrain.

Kecacatan otak meningkat

Risiko untuk kecacatan otak meningkat kepada 44 peratus bagi mereka yang menghidap migrain dengan tanda amaran berbanding tanpa aura.

Perubahan isi padu otak juga lebih biasa di kalangan mereka dengan migrain dan migrain dengan aura berbanding mereka tanpa migrain.

Dr Ashina berharap kajian itu dapat memberi sedikit pemahaman mengenai kesan berkekalan penyakit migrain ke atas otak.

Katanya: “Migrain menjejaskan kira-kira 10 hingga 15 peratus penduduk awam dan boleh menyebabkan beban ketara peribadi, pekerjaan dan sosial.

“Kami harap menerusi lebih banyak kajian, kami dapat menjelaskan kaitan perubahan struktur otak dengan kekerapan serangan dan jangka masa penyakit.
“Kami juga mahu mencari bagaimana luka itu mungkin mempengaruhi fungsi otak.”

Sementara itu, satu lagi kajian turut diterbitkan dalam jurnal Neurology, menyokong penyelidikan sebelum ini yang menunjukkan migrain kerap menyerang mereka yang berpendapatan rendah.

Sebagai contoh, bagi wanita berusia 25 hingga 34 tahun, 20 peratus daripada mereka dengan pendapatan tinggi isi rumah mendapat migrain, berbanding 29 peratus yang berpendapatan sederhana dan 37 peratus berpendapatan rendah. - AGENSI

INFO: Migrain

19 kajian untuk melihat sama ada mereka yang mengalami migrain mempunyai risiko peningkatan luka otak, kecacatan senyap atau perubahan isi padu otak dalam imbasan otak MRI berbanding mereka tanpa keadaan itu.

Keputusan menunjukkan migrain dengan simptom meningkatkan risiko luka otak jirim putih dengan 68 peratus dan migrain tanpa tanda awal meningkatkan risiko kepada 34 peratus, berbanding mereka tanpa migrain.

[Sumber]

▪□▪□▪□▪□▪□▪□▪□▪□▪□▪□▪□▪□▪□▪

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan degupan jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium amat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf, otot, serta buah pinggang kita. 

Magnesium pula mustahak dalam mengekalkan metabolisma kalsium.  Ia membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu sebab migraine berlaku. Kajian menunjukkan Magnesium dapat membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan kekerapannya berlaku.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium tanpa vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh menjadi sisa / batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan migrain. Vitamin B yang lengkap dalam B Complex Shaklee ini akan memastikan anda bukan saja kurang risiko diserang migrain, tapi juga penyakit-penyakit lain seperti depresi dan strok.

▪□▪□▪□▪□▪□▪□▪□▪□▪□▪□▪□▪□▪□▪

Bagi mereka yang menderita akibat MIGRAIN, cuba lihat kembali corak pemakanan anda atau gaya hidup anda. Kenal pasti apa yang menjadi penyebab diserang MIGRAIN.

Dengan itu, kita boleh kurang atau lebihkan makanan @ aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, amalkan pengambilan vitamin seperti yang diterangkan di atas.

Jangan biarkan hidup kita dibelengu terus dengan masalah MIGRAIN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular