Rabu, 26 Februari 2014

260214 | Keempat

26 Feb 2014

Happy 4th anniversary my dear hubby!

Semoga kami terus menghitung angka sehingga ke syurga.
Semoga kami terus berada di bawah lindunganMU.
Aameen.


Jom baca entry2 menarik di healthybeautybyans.blogspot.com :)

260214 | Keempat

26 Feb 2014

Happy 4th anniversary my dear hubby!

Semoga kami terus menghitung angka sehingga ke syurga.
Semoga kami terus berada di bawah lindunganMU.
Aameen.


Jom baca entry2 menarik di healthybeautybyans.blogspot.com :)

Sabtu, 22 Februari 2014

Home Progress | Plaster ceiling dan wiring setel

Salam.

Haa lama tak update home progress kan hehe
Sabtu 2minggu lepas defect setel *masih ada sikit2 defect nak kena sumbit balik fuhh*
So alarm & cctv person dah janji nak datang hari isnin dan plaster ceiling dan wiring hari rabu.
Tapi alarm tak jadik datang hari rabu lak.
3 hari berturut2 ku angkut 2 anak dara sampai demam AarifaNaura haha.

Memang pantas jugak la dorang buat keje.
Hari khamis lepas siap semua pasang lampu kipas, touchup etc.
Yang masih pending alarm & cctv sebab grill next week baru start. Sebab asalnya incik somi bitau grill person tu bulan 3..ingatkan lambat lagi dorang siap haha.
Pastu call balik bitau mintak cepatkan pulak. Naseb boleh. Hehe.
Tapi risau gak pape jadik kan..tawakal jelah harap2 takde pape jadik..

Yang buat wiring bitau susah jugak nak hack tu sebab struktur umah tu kan ibs. Gile gigil badan dengar dorang hack apatah lagi yang hack tu haha.

Kitchen cabinet lak next week pasang table top dulu.
Tyme wiring tengah jalan KC person datang ukur.
Semalam try p umah malam tengok pencahayaan cukup tak :) So far ok la tapi saya rasa tak puas hati tang tinted pintu.
Memang camtu ke ye? Orang luar nampak orang dalam tapi orang dalam langsung xnampak luar.
Memang camtu ke?
Awat kete x camtu? Hahahaa
Tinted ni awal2 dulu dah siap :p

So far keje dorang bagus dan tak mahal sangat.
Plaster ceiling incik somi dapat dari mana ntah then dia rekemen wiring & alarm tu skali. Senang.
Plaster ceiling, wiring, alarm & cctv datang umah buat layout masa seminggu dapat kunci.
Tu sebab lambat hantar defect.
Tapi takpe jugak lambat ada hikmat disebaliknya hehe
Silalah jamu mata sikit :)
Nanti sy update contact person yang terlibat ye..

Wiring layout

Bos 24 jam pantau ekeke

Ceiling dah siap 

Test pencahayaan

Mem pon nak inteprem ekeke


Rabu, 19 Februari 2014

HomeSchooling | Cloud Playdough aka pasir tipu-tipu

Salam~

Next homeschooling dengan AafiyaNajya.
Ecehh homeschooling sangat haha.
Ni dah sebulan kot buat.
AafiyaNajya duk sebut je nak playdoh macam irsyad.
Irsyad ada pasir mainan.
So dia pun nak tapi duk sebut playdoh.
So mama dia gigih la buat.
Hehe.

Sebenarnya AafiyaNajya ni lagi berminat jadikan pasir tu bahan masak2 ekeke.
Namanya cloud playdough aka pasir tiruan haha.

Noya pon sebok :)

Taraaaaa da siap!

Selasa, 18 Februari 2014

Blackboard removable vinyl sticker

Salam~

Baru-baru ni ternampak kt email dari streetdeal.
Jual blackboard removable vinyl sticker.
Dah lama nak beli blackboard yang besar tapi bior le dulu. Tunggu pindah umah la haha.
Yang ada dulu beli blackboard sekali ngan white board + bentuk2 yang boleh lekat2 kat white board.
AafiyaNajya pun bukan nak sangat guna. Sudahnya hilang berterabur macam biasa haha.
Yang ni lekat kat dinding biar dia conteng2.
Tapi nasen baik anak dara ni tak pernah conteng dinding hehe.

Yang saya beli ni boleh jugak jadikan label.
So saya beli 2 units- 1 untuk rumah sekarag 1 lagi rumah nanti.
Yang 1 dah habis sebab bagi kat sepupu AafiyaNajya, si fatin dan irsyad.
So far macam biasa la berdebu. Tapi baru2 ni ada nampak iklan kat fb yg jual blackboard dan kapur tu xde berdebu sangat.
Boleh dipertimbangkan jugak yang ni :)
Kita layan gambar dari si amatur haha





Khamis, 13 Februari 2014

Bahaya Kekurangan Zat Besi

Bahaya Kekurangan Zat Besi
oleh : Faizatul Farlin Farush Khan

RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.

Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.

Memandangkan seorang daripada tiga wanita mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi, keadaan itu lebih lazim berlaku daripada yang disangka.

Walaupun masalah kesihatan itu bukan normal, tetapi ia sering tidak diperiksa atau dirawat menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.

LESU...kekurangan zat besi membuatkan tubuh rasa lemah.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.

Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

“Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.

“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.
Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.

Katanya, dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.
“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.

Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:
  • Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
  • Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
  • Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
  • Ibu yang menyusukan bayinya

Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia? Antara gejala anemia yang sering dilaporkan ialah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.

Katanya, anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia.

Anemia ketika hamil boleh dikesan dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah.

Sebelum merancang untuk mengandung, wanita juga digalakkan berjumpa doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam darah namun malangnya, kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan ketika ujian darah dijalankan, mereka sudah pun didapati mengalami anemia ringan.

Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.

Dalam keadaan lebih serius, rawatan perubatan diperlukan memandangkan kumpulan wanita hamil itu menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang dan mendapatkan bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan.

Menurut Dr Premitha, tahap keterukan dan punca anemia menentukan terapi yang akan disyorkan oleh doktor, selain pesakit perlu membuat serba sedikit perubahan gaya hidup dan pemakanan.

Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, Dr Premitha menyarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu.

“Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit.

“Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.
Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan.

Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.

Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi.

Menurut Dr Premitha, wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.

Katanya, dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, diberikan pemindahan darah atau suntikan zat besi.

“Wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil dan empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.
“Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil jumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.
“Mereka dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika terdapat simptom kekurangan zat besi,” katanya.

Memahami anemia dan kehamilan

Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi.

Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan

Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.

Pengesanan

Pemeriksaan di klinik atau hospital untuk menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah.

Sebelum merancang untuk mengandung, wanita digalakkan bertemu doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam badan mereka.

Pencegahan dan rawatan Meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan tauhu.

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.

##################################################################

↗ Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)

Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Ianya penting
bagi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin.

Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu
mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan
ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

Multivitamin ini juga perlu bagi mereka yang sedang berpantang yang ada makanan tertentu
tidak boleh dimakan.



++++++++++++++++++++++++++++++

✐ PM untuk ORDER/INFO lanjut :https://www.facebook.com/messages/HealthyBeautyByANS
LIKE facebook kami :https://www.facebook.com/HealthyBeautyByANS
↻ Layari BLOG kami untuk INFO berkenaan produk :www.healthybeautybyans.blogspot.com
☏ Call/SMS/Watsapp : 0123956467
✍ Email : healthybeautybyans@gmail.com
# Instagram : CipiCipiBlogshop
➲ Pos Laju : Seluruh Malaysia/Sabah/Sarawak
☞ COD : Bangi/Putrajaya/Nilai dan sekitar
® SID : #88913

Selasa, 11 Februari 2014

HomeSchooling | Finger Print

As salam.

Aktiviti 2 - 3 minggu lepas kalo tak silap haha.
Baru bak hapdet. Bizi bebenor nampak kan ekekekeke
Kali ni try buat paint sendiri.
Gigih ko semua nak homemade, mcd tetap makan gak wakaka *larikkkkkk*

Dapat buat 5 warna - biru, oren, coklat, hijau, merah



Macam biasa AafiyaNajya  excited giler main2 ni.
Tapi bab nak ikut arahan giler gagal mama nih. Haha
Dan bagi jugak AarifaNaura main skali.
AafiyaNajya mulanya main tekap2 je tangan dia, pastu suruh dia buat foot print.
Bila AarifaNaura buat foot print dia pun ikut sekali.
Kan ku dah kata kakak memang obsess gila kat adik wakaka.



So jom tengok karya kami :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular