Rabu, 22 Januari 2014

Resepi | Congo Bars

As salam.

Semalam menerai Congo Bars. nengok orang post macam best je..macam sedap je hehe. so terai le kekdahnya :)

Congo Bars

Credit : Masam Manis
Asal : Rima

315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam [ Saya tak guna sebab dah guna salted butter ]
150 gm butter [ Saya guna salted anchor butter ]
320 gm gula perang - boleh kurangkan [ Saya guna 300g tapi still manis mayb sebab choc ]
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips [ Saya guna button dark choc sebab xde choc chip :) ]
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional [ Saya tak masukkan ]
Kepingan badam untuk taburan - optional [ Saya tak masukkan ]

Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.

Selamat mencuba!

Congo Bars ai :)

Jom baca entry2 menarik di healthybeautybyans.blogspot.com :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular