Isnin, 27 Januari 2014

Homemade | Cheezy Ball ala-ala KFC


As salam.

Beberapa hari lepas buat cheezy ball.
Tak yah dah p kfc. Haha
Tapi ada ke kat kfc? Tak ingat pun pernah makan wakaka.
So jom kita layan resepinya :)

Bahan-bahan:-

5 biji kentang
Cheese - Mozarella/Cheddar
2 cawan tepung atau secukupnya
Lada sulah @ lada hitam
Garam
1 biji telur
2 cawan Breadcrumbs atau secukupnya

Cara-caranya:-

Rebus kentang sehingga empuk.

Saje menerai rebus guna kuali ajaib :p

Lenyek kentang sampai hancur
Masukkan garam dan lada sulah/lada hitam. [Boleh masukkan masa merebus kentang tadi]
Masukkan tepung dan uli sampai tak melekat kat tangan.
Buatkan adunan tadi bulat-bulat macam ball..baru la jadik cheezy ball hehe
Pastu ambil cheese letak kat tengah2 ball tadi. [Leperkan adunan tadi baru masukkan cheese dan uli jadi bebola balik]



Masukkan bebola tadi ke dalam telur kemudian breadcrumbs.
Goreng dengan api slow sehingga kekuningan/masak.
Taraaaaa senang je kan :)

Cheese tak meleleh. Sebab? Haha biarlah rahaia :p

Sedap. Budak2 pun suka. Apatah lagi makpak budak haha.
Selamat mencuba :)

Jom baca entry2 menarik di healthybeautybyans.blogspot.com :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular