Isnin, 23 Disember 2013

Resepi | Red Velvet Chesse kek meleleh

As salam

Semalam try buat RV Ciskek. kesnya hari ahad tu kan ada makan RV ciskek tyme lunch kat pajam.
haa nanti saya share 1 kedai makan sodap punya! hehe

so gugel la resepi dan pastinya resepi dari kak Azlita Masam Manis jadi pojaann hatiku :p
tunjuk gambar dulu lah haha.

Tak meleleh pon


so jom tengok resepi :)

EASY MOIST RED VELVET CAKEMasam ManisBy : Divas Can Cook

Red Velvet  
360 gm tepung gandum1 sudu teh baking powder1 sudu teh soda bikarbonate1 sudu teh garam2 sudu besar serbuk koko400 gm gula halus1 cawan minyak jagung2 biji telur A1 cawan buttermilk2 sudu teh esen vanilla1 sudu besar pewarna merah ~ ini bergantung pada pewarna yang digunakan1 sudu teh cuka masakan1/2 cawan air kopi / Nescafe panas ~ mesti letak untuk dapatkan kek yang lembab 
Panaskan oven pada suhu 170C ~ 180C bergantung pada kepanasan ovenSediakan 2 loyang berukuran 8 inc, sapukan mentega dan letakkan lapik kek ~ ketepikan
Dalam bekas, satukan dan ayak tepung, baking powder, soda , serbuk koko dan garam ~ ketepikanDalam bekas yang besar, satukan gula dan minyaktambahkan telur, buttermilk, esen vanilla dan pewarna, gaul rata dengan whisk atau spatulaTambahkan air kopi panas dan cuka masakanTambahkan bahan tepung yang di ayak sedikit-sedikit dan gaul adunan rataTuang adunan sama banyak dalam 2 loyangBakar dalam ketuhar selama 40 minit atau sehingga kek benar masakcucuk ditengah kek dengan lidi untuk menentukan kek telah masak. Jika lidi keluar bersih dan licin, ini bermakna kek telah dibakar sempurna, jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masakPotong atas kek yang keras. Potong kek kepada 4 kepingan ~ rujuk sini untuk cara memotong kek [Yang ni tak ikut la ye..tak reti hehe]

Cream Cheese
Untuk krim yang lembut dan meleleh boleh cuba resepi ini

Krim Keju 1150 gm krim keju30 gm mentega tanpa garam60 gm gula aising1 sudu teh esen vanilla1 sudu teh paste Lemon
Pukul krim keju dan gula hingga kembangMasukkan mentega, esen vanilla dan lemon pastepukul sebati

Kek saya tu bakar agak lama sebab kat tengah lambat betul masak sampaikan bawah dan tepi dah keras. Naseb baik la tutup ngan cheese haha.
tapi agak manis. kena kurangkan gula pasni kalo rajin bua lagi :)


Jom baca entry2 menarik di healthybeautybyans.blogspot.com :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular