Rabu, 25 Disember 2013

Resepi | Baked beefy cheese macaroni

As salam.

Wahhh asyik bersiaran kat dapur sekarang. Haha
Aura oven dan microwave tu kuat sangat bila asyik tengok je ;p
So kita lenjan oven lama dulu ekeke.
Bila tengok c727 mula la ngidam macam2.
Macam ngandung je plok haha.
Tengok chef omputih tu masak makaroni bakar..
Rasa nak try je..
So whatsapp incik somi soh beli apa yang xde.
Siap paste bahan2 nak buat terus kat incik somi.
Terus dia reply tak tau nak beli cane haha.
Kena jugak bitau satu2 kahkahkah lawak.

So semalam baru dapat buat.
Mula2 tengah hari try buat sikit dulu.. haa macam kat gambar ni.
Malam baru buat lain.
Tapi saya p taruk cream cheese tebal.
Taknak cair plak haha
Pastu lupa nak amek gambaq tu..
Jom kita tengok resepinya plak.

Baked beefy cheese macaroni
By : Dari dapur Kak Gee

Bahan2nya:

2 cawan makaroni (direbus hingga lembut dan tos)
1 peket kecik daging kisar (kjee guna jenama Ramli 400 gms)
1 cawan tomato puree ( atau 1 tin kecik)
4 biji tomato masak ranum (dicelur dalam air panas dan buang kulit)
1 biji lada benggala (capsicum)
1 sudu besar serbuk oregano
1 sudu besar lada hitam kisar
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 kiub perisa daging/ayam
ceddar atau parmesan cheese (disagat)

cara membuatnya:

1. daging cincang dicuci dan ditos hingga kering. rebus makaroni hingga lembut dan toskan.
2. bawang besar dan lada benggala di dadu. bawang putih dicincang halus.
3. blend tomato masak ranum yang telah dicelur dan dibuang kulit bersama tomato puree. cara ini tak payalah tambah air.
4. bubuh sedikit minyak dalam periuk.
5. panaskan dan tumis bawang putih seketika dan bawang besar hingga wangi.
6. kemudian masukkan daging dan masak sehingga air daging menjadi kering. masukkan serbuk oregano. kacau2.
7. kemudian masukkan tomato yang telah diblend bersama tomato puree.
8. kacau hinga rata dan masukkan lada hitam serta dua kiub daging yang telah dipecah2kan.
9. kacau hingga pekat. kemudian taburkan lada bengala. kalau suka, bubuhlah sikit lagi garam.
10. apabila sudah agak kering, padamkan api dan masukkan makaroni yang telah direbus tadi. gaul rata.
11. sediakan bekas untuk membakar. bubuh sedikit minyak dalam bekas tadi dan sapu keliling bekas. pastu bubuhlah campuran makaroni dan daging ke dalam bekas.
12. ratakan elok2 dan taburlah cheese sebanyak mana yang suka.
13. bakar dalam oven 180 darjah selama 15 hingga 20 minit.
14. bila nak makan, boleh tabur lagi keju parmesan.

Taraaaa siap ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular