Rabu, 12 Jun 2013

{INFO} Senggugut

Apa itu senggugut?
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.


Apa yang menyebabkan dismenorea?
Kamu mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya period kamu yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30. Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Dismenorea mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya:


Dismenorea Primer
Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. 


Sebab-sebab untuk dismenorea primer termasuklah:
Ketidakseimbangan Bahan Kimia - Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh kamu boleh menyebabkan dismenorea. Bahan kimia yang menyebabkan kamu senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita.. Wanita yang mengalami dismenorea menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama period mereka. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.

Genetik - Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya kamu mengalami senggugut , kakak, makcik atau ibu kamu mungkin turut sama mengalaminya.

Dismenorea Sekunder
Dismenorea Sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor. Dismenorea sekunder disebabkan oleh:

  • Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
  • Jangkitan
  • Radang Rongga Pelvis
  • Endometriosis
  • Penyakit usus seperti apendisitis
  • Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio
Apa itu endometriosis?
Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami dismenorea yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka period. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh.


Mengapa ada wanita yang mengalami senggugut dan ada yang tidak?
Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan dismenorea. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.


Bolehkah dismenorea dicegah?
Bagi dismenorea primer, doktor akan memberi rawatan seperti pil perancang dan pil penahan sakit. Kamu boleh mengurangkan kesakitan atau kekerapannya dengan hidup secara sihat. Beberapa langkah untuk panduan kamu:
  • Perbaiki diet kamu: Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman kamu: Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
Credits : Kotex Malaysia

Hubungi 
Page : www.facebook.com/CipiCipiBlogshop 
Blog : www.cipicipiblogshop.blogspot.com 
Email : cipicipiblogshop@gmail.com 
SMS/WA : 012.395.6467 
SID : #889133 
COD : Bangi/Putrajaya/Nilai

Sabtu, 8 Jun 2013

{INFO} Vita-Lea® Iron Formula Multivitamin & Multimineral terbaik

Vita-Lea® Iron Formula



Kenapa Vita-lea Shaklee Adalah Multivitamin Terbaik?

Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 28 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

✔ 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
✔ 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
✔ 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
✔ 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
✔ 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
✔ 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
✔ 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
✔ 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga


Kebaikan Multivitamin Vita-Lea Shaklee

Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.

Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.

Siapa Memerlukan Multivitamin?

Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
Individu yang tidak lengkap diet hariannya
Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
Remaja yang sedang membesar
Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
Individu yang menopous
Wanita yang baru bersalin 
✔ Ibu mengandung


Vita-lea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea. selain itu juga, ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.

Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak, sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si bu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.

Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala? Hakikatnya ibu-ibu kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.

Iron/zat besi banyak terdapt dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak sebab mengapa ibu mengandung tidak boleh terlalu banyak makan makanan laut kerana :-

* ada sesetengah ibu alah dengan makanan laut
* perairan / laut yang telah tercemar
* tidak bersih ketika mencuci atau membersihkannya
* selain itu, ianya bukan mudah untuk didapati dan harga yang tidak menentu.


Ianya dikatakan KILLER PRODUCT OF SHAKLEE kerana ianya adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel. 2 biji VITALEA bersamaan 40 jenis hidangan lauk. Wahhh 40 jenis hidangan lauk tu. Mampu ke kita makan sehari 40 hidangan?

Credits: mama caring


Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
 
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.


Hubungi 
Page : www.facebook.com/CipiCipiBlogshop
Blog : www.cipicipiblogshop.blogspot.com
Email : cipicipiblogshop@gmail.com
SMS/WA : 012.395.6467
SID : #889133
COD : Bangi/Putrajaya/Nilai

{INFO} WOMEN'S HEALTH

WOMEN'S HEALTH

PENTING!

¤ Plant Polyphenols ~ VIVIX
¤ GLA ~ GLA COMPLEX
¤ Omega 3 - Fatty Acids ~ OMEGA GUARD
¤ Calcium ~ Ostematrix
¤ Collagen ~ Shaklee Collagen Powder









Hubungi
Page : www.facebook.com/CipiCipiBlogshop
Blog : www.cipicipiblogshop.blogspot.com
Email : cipicipiblogshop@gmail.com
SMS/WA : 012.395.6467
SID : #889133
COD : Bangi/Putrajaya/Nilai

{INFO} MEAL SHAKES | Siapa yang perlu?


 
SIAPA YANG PERLU?

¤ Semua kanak-kanak terutamanya yang kurang selera makan atau yang sering mengalami sembelit atau pun kanak-kanak yang obese.

¤ Semua peringkat umur terutama Ibu-ibu mengandung, menyusu, pesakit-pesakit yang dalam proses pemulihan selepas operation, mereka yang inginkan kulit cantik serta ingin kekal sihat.

¤ Bagi mereka yang tak gemarkan supplemen dalam bentuk tablet kerana Mealshake ni datang dalam bentuk serbuk,dibancuh jadi minuman yg lazat.

¤ Meal Shakes ni juga bagus utk mereka yang ingin menambah/memantau berat badan.

{INFO} MEAL SHAKES | Siapa yang perlu?


 
SIAPA YANG PERLU?

¤ Semua kanak-kanak terutamanya yang kurang selera makan atau yang sering mengalami sembelit atau pun kanak-kanak yang obese.

¤ Semua peringkat umur terutama Ibu-ibu mengandung, menyusu, pesakit-pesakit yang dalam proses pemulihan selepas operation, mereka yang inginkan kulit cantik serta ingin kekal sihat.

¤ Bagi mereka yang tak gemarkan supplemen dalam bentuk tablet kerana Mealshake ni datang dalam bentuk serbuk,dibancuh jadi minuman yg lazat.

¤ Meal Shakes ni juga bagus utk mereka yang ingin menambah/memantau berat badan.

{INFO} Combo set Meal Shakes

Combo Set Meal Shakes

Sempena Promo Meal Shakes, kami cadangkan combo set untuk anak-anak anda seperti berikut:

Meal Shakes ~ Anak yang kurang selera makan/picky eater/tidak gemar sayur-sayuran, anak yang obes, lactose tolerance. Meal Shakes mengandungi multivitamin & multimineral, yang dilengkapi dengan sedikit protein & fiber. Sesuai bagi anda yang berasa sukar untuk menelan pelbagai jenis vitamin/ suplemen di sepanjang bulan Ramadhan ini. Fiber membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik, serta membuatkan anda berasa kurang lapar lebih lama.

Meal Shakes + Chew Vita C ~ Bagi anak yan selalu demam, selsema. Ini bagi meningkatkan imun sistem anak.

Meal Shakes + Chew Vita C + Omega Guard ~ Bagi anak yang mengalami masalah eczema, kulit dan asma. Omega 3 boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll serta membantu menyihatkan paru-paru.

Meal Shakes + Omega Guard ~ Fokus dalam pelajaran (12 tahun ke bawah)
Membantu perkembangan IQ anak-anak dan membantu pembesaran kerana mendapat sumber protein yg cukup

Meal Shakes + Omega Guard + B Complex ~ Fokus dalam pelajaran (12 tahun ke atas/universiti)
Membantu perkembangan IQ anak-anak dan membantu pembesaran kerana mendapat sumber protein yg cukup dan mengurangkan stress.

Meal Shakes + Esp + Performance Drink ~ Sarapan dan membantu kekal segar ketika berpuasa terutama bagi anak-anak yang baru berpuasa.
  

{PROMO} June '13 ~ MEAL SHAKES Rich source of PROTEIN, CALCIUM & VITAMINS!

Promo June '13
Sempena promo untuk bulan June, Buy 6 Free 1 Meal Shakes.

MEAL SHAKES
Rich source of PROTEIN, CALCIUM & VITAMINS!


Jom dapatkan Meal Shakes Beli 6 PERCUMA 1
◆ JIMAT RM113 *
◆ FREE Membership (Jimat RM65) *

Beli sebotol, 2 botol pun boleh JIMAT RM25 sebotol.

¤ Nutrisi lengkap yg mudah diserap untuk bekalan kepada tubuh 
¤ Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu untuk badan Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium 
¤ Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
¤ Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus  

* T&C apply

Rabu, 5 Jun 2013

holllaaaa

saLam~

Fuhhhh lama xjenguk blog aihhh
Blog orang pun xmasukk aihhh
Apakah petanda sudah lanjut usia? Haha
Hari ni dah hari kedua masuk ofis.
Agak lemau haha
Awal2 ni masih boleh manage time untuk pam susu.
Semoga akan terus ada kelapangan walaupun bz nanti. Aameen.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ahad, 2 Jun 2013

{ISU} Masih ada yang meragui HALALnya SHAKLEE (?)

saLam~

Masih ada yang mempertikaikan HALAL produk Shaklee. Masih ramai yang menggunakan Blog Haizil yang mengatakan produk Shaklee daripada babi. Walaupun produk-produk Shaklee sudah mendapat sijil halal. Gambar boleh rujuk di link HALAL Cert. dan di Fanpage CCP HALAL.

Di bawah isu ini dijawab oleh Abdul Rahman Baco dari HalalScience. Dengan Soal jawab ini maka tiada lagi mereka yang meragui keHALALan Shaklee. Gunakan TANPA WAS-WAS!

Benarkah Produk Shaklee Ada Ekstrak Babi?

Soalan 1 :

Assalamualaikum,,

Bagaimana dengan supplemen Shaklee? Adakah semua produk Shaklee adalah halal? Harap saudara Abd Rahman dpt membantu

Terima kasih

Ainul- Amar Dhiya

Soalan 2:

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya kpada En. Rahman tentang produk “Shaklee” iaitu
“Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik”.

Adakah produk ini halal dan sah dari jakim?

Terima kasih

Cikgu Umi Kalsom.
———————————————————————’

JAWAPAN:

Wa alaikum salam.

Terima kasih atas soalan Puan Ainul dan Cikgu Umi Kalsom.

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang
status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan
di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya
Produk Soy Lecithin – Dietary Supplement.



Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul
apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog
beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk
Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada
campuran lembu dan babi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih
di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status
halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.

Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian,
beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22 Februari 2011
untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.

Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email
beliau dan menjelaskan bahawa:

“Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin yang
digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran
gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin
tidak dijamin bebas kandungan babi”.

Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang
pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee
Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia
dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal
daripada Islamic Services of America (ISA).

Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan (BPFK).

Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995
dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.

Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012
dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang sama mengeluarkan
produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai
persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).

Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2007
juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika Syarikat.

Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar pertanyaan
melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk
mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.

Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal
Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus
mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah
Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.

Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal
di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan
pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk
produk Shaklee pasaran Malaysia.

ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang
diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk
mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.
P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee.
Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkan
oleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk “Halalkah Ubat Anda?”.

Buku “Halalkah Ubat Anda?” mendedahkan lebih 90 jenis ubat-ubatan yang
mengandungi unsur daripada babi. Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari
www.halalscience.com



Terima kasih. Abd Rahman Baco
Penulis
halalscience
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular