Jumaat, 12 April 2013

{INFO} Bahayanya 'Pain Killer'


Bahayanya pengambilan panadol. Artikel mengenai ini dah lama kita baca. Dan ada yang mengakuinya dan ada yang menidakkannya. Dulu saya selalu ambil panadol bila sakit sendi saya datang. Ketika itu masih tidak tahu akan keburukannya. Bila baca satu artikel mengenai bahaya panadol ni terus takut nak makan panadol lagi.


Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Antara kesan-kesan sampingan akibat dari pengambilan jangka masa panjang ubat paracetamol ialah:

1) Hepatotoxicity(rosak hati): Sekiranya orang dewasa mengambil paracetamol sebanyak 10 g atau lebih dalam sehari, atau 5 g atau lebih sekiranya diambil oleh kanak-kanak, ia boleh merosakkan hati dan boleh membawa maut. Mereka ini memerlukan rawatan N-acetylcysteine (NAC) dengan secepat mungkin. Manakala pengambilan setiap hari paracetamol dan juga secara berpanjangan pula walaupun hanya 4 g sehari sudah boleh menyebabkan toxicity dan juga maut.

Paracetamol juga tidak boleh diberikan kepada mereka yang mempunyai penyakit hati (liver failure). Perlu diingatkan juga bahawa jangan sekali-kali memberikan paracetamol kepada mereka meminum arak ataupun mengambil ubat phenobarbitol. Kedua-duanya ialah HME inducer, dan akan menyebabkan kesan buruk kepada hati akan berganda kemudian akan menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi.

2) Nefrotoxicity (rosak buah pinggang). Phenacetin iaitu struktur asal paracetamol boleh mengakibatkan penyakit fatal chronic interstitial nefritis.

3) Methemoglobin dan haemolytic anaemia boleh terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency.

4) Allergic (pada sebahagian individu).

◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆

Ini kisah saya nak dikongsi bersama. Minggu lepas selsema nak datang. Saya biasanya sebelum selsema mesti tekak sakit berpasir. Lepas tu sure selsema. Malam saya ambil 1 paket nutriferon. Alhamdulillah tak sempat selsema dah baik. Ini lah first aid saya sekarang. Menjadi pengganti panadol! 


Pilih dengan bijak!
Panadol vs nutriferon :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular