Selasa, 30 April 2013

Peluang Menjana Pendapatan bersama Shaklee

saLam~

Sudah lebih 6 bulan saya bersama Shaklee. Di bawah susur galur Jutawan. Di bawah Group My Shaklee Empire. Kenapa saya memelih Shaklee? Kenapa saya memilih Shaklee untuk menjana pendapatan sampingan? Jom kita lihat sebabnya..

Keistimewaan Shaklee

Sentiasa Selamat

Sentiasa Selamat
Sentiasa Selamat

Sentiasa Berkesan

Kajian Terbaru Shaklee
Sentiasa Mesra Alam
KENAPA?
  • Selamat
  • Berkesan
  • Mesra Alam
So sesapa nak join saya menjana pendapatan secara full time/part time @ hanya menjadi ahli, jom kita tengok Q & A..

Ingin menjadi Ahli Shaklee @ Pengedar Shaklee?

Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee ?

Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 889133 sebagai sponsor/upline.

Yuran keahlian Shaklee ?

Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Jumlahnya ialah RM75 (jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch).

Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee ?

Sekiranya cuma nak makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain points atau minimum purchase, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu bagi mendapat bonus bulanan. 

Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?

Benar, tak perlu maintain point atau wajib membuat ada pembelian. 

Apa kelebihan menjadi ahli?

♥ Boleh membeli produk dengan harga ahli dan mengumpul point anda sendiri.
♥ Setiap belian, anda akan dapat point dan point terkumpul akan di bayar dalam bentuk cash sebagai bonus untuk anda. Seronok kan? Membeli dan dapat bonus cash. Siapa nak bagi?
♥ Jika rajin berkongsi, dengan point yang tertentu melayakkan kita menerima bonus dalam bentuk cash tanpa perlu ada downline.
♥ Jika berminat untuk berbiz, ada group khas untuk ini bagi mendalami produk yang ingin dijual. Hanya melalui alam maya tanpa perlu menghadiri kelas.
♥ Shaklee menawarkan Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local dan International-Umrah bg Muslim).


Keahlian seumur hidup?

Bermula dari Januari 2013, semua ahli / pengedar Shaklee tidak perlu membayar yuran tahunan sebanyak RM20 untuk memperbaharui keahlian masing-masing. Jika ada membuat pembelian dalam tempoh setahun, Shaklee akan anggap pengguna masih lagi aktif dan keahlian tidak akan ditamatkan.


Berminat?

Isnin, 29 April 2013

{INFO} DTX Complex untuk Kesihatan Hati

HATI

Hati merupakan kelenjar terbesar di dalam tubuh, terletak dalam rongga perut sebelah kanan, tepatnya di bawah diafragma. Berdasarkan fungsinya, hati juga termasuk sebagai alat ekskresi. Hal ini dikarenakan hati membantu fungsi ginjal dengan cara memecah beberapa senyawa yang bersifat racun dan menghasilkan amonia, urea, dan asam urat dengan memanfaatkan nitrogen dari asam amino. Proses pemecahan senyawa racun oleh hati disebut proses detoksifikasi. 
 
hati

Hati pada badan manusia





Permukaan inferior
Sumber : Wikipedia

Fungsi Hati

Hati merupakan salah satu organ terpenting dalam tubuh kita. Selain berfungsi sebagai pusat berbagai metabolisme tubuh, hati juga berfungsi sebagai penetral dan penyaring racun atau zat-zat yang berbahaya yang masuk ke dalam tubuh kita, seperti bakteria, polusi bahan-bahan kimia, ubat-ubatan, alkohol, makanan berlemak dan zat-zat lainnya yang berbahaya. Bahan-bahan tersebut akan dimetabolisme dalam organ hati untk dimanfaatkan oleh tubuh atau dibuang dari dalam tubuh.

Bila Hati Terganggu

Bila ada kerosakan pada organ hati, baik oleh virus (virus hepatitis), mahupun bahan-bahan lain yang merosak akan menyebabkan fungsi hati mengalami gangguan yang dikenal secara umum sebagai penyakit liver atau hepatitis. Penyakit ini bila tidak segera ditangani akan menimbulkan akibat yang lebih parah seperti kerusakan jaringan hati (sirosis hati) dan kanser hati yang meyebabkan kematian.

Gejala Kerosakan Fungsi Hati

Gejala yang timbul kerana kerosakan hati biasanya seperti gejala penyakit flu, iatu badan lesu, cepat lelah dan kadang-kadang disertai adanya warna kuning pada bola mata dan air seni.

Itu sebabnya penyakit ini sering disebut penyakit kuning. Warna kuning ini disebabkan oleh merembesnya pigmen kuning empedu ke dalam aliran darah sebagai akibat kerusakan jaringan hati. Namun kadang-kadang kerosakan hati ini tidak disertai gejala sama sekali, dan kita baru menyadarinya setelah sebagian organ hati menjadi rosak.

Sumber : sehatpangkalkaya


HATI turut memainkan peranan utama di dalam penyahtoksikan (detoxification) dengan memetabolismekan dan memisahkan dadah, alkohol dan toksin-toksin alam sekitar.

Apabila sistem penyahtoksikan semakin tepu, toksin yang terkumpul akan menyebabkan keletihan, sakit kepala, rasa loya dan pening, dan adakalanya mewujudkan masalah kulit seperti jerawat.

******************************************************
DTX COMPLEX
 
Shaklee DTX Complex menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati yang sihat dengan satu formula unik herba-herba dengan antioksidan dan aliran hempedu yang diperkaya*.

Gabungan unik bahan botani dalam Shaklee DTX Complex menyokong kesihatan dan fungsi hati dengan dua cara:

(1) Ekstrak biji benih Milk Thistle, biji benih Schizandra Chinensis dan cendawan Reishi mempunyai ciri-ciri antioksida, menawarkan perlindungan untuk sel-sel hati dan dipercayai dapat meransang sintesis protein bagi pemulihan dan pembentukan semula sel-sel hati*.

(2) Pati Dandelion, Kunyit dan Artichoke membantu mengekalkan aliran hempedu normal, menyokong satu daripada organ (hempedu) yang diperlukan untuk mengeluarkan sebatian-sebatian toksik daripada tubuh*.

Sumber : genkimomma.net 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

{INFO} DTX Complex untuk Kesihatan Hati

HATI

Hati merupakan kelenjar terbesar di dalam tubuh, terletak dalam rongga perut sebelah kanan, tepatnya di bawah diafragma. Berdasarkan fungsinya, hati juga termasuk sebagai alat ekskresi. Hal ini dikarenakan hati membantu fungsi ginjal dengan cara memecah beberapa senyawa yang bersifat racun dan menghasilkan amonia, urea, dan asam urat dengan memanfaatkan nitrogen dari asam amino. Proses pemecahan senyawa racun oleh hati disebut proses detoksifikasi. 
 
hati

Hati pada badan manusia





Permukaan inferior
Sumber : Wikipedia

Fungsi Hati

Hati merupakan salah satu organ terpenting dalam tubuh kita. Selain berfungsi sebagai pusat berbagai metabolisme tubuh, hati juga berfungsi sebagai penetral dan penyaring racun atau zat-zat yang berbahaya yang masuk ke dalam tubuh kita, seperti bakteria, polusi bahan-bahan kimia, ubat-ubatan, alkohol, makanan berlemak dan zat-zat lainnya yang berbahaya. Bahan-bahan tersebut akan dimetabolisme dalam organ hati untk dimanfaatkan oleh tubuh atau dibuang dari dalam tubuh.

Bila Hati Terganggu

Bila ada kerosakan pada organ hati, baik oleh virus (virus hepatitis), mahupun bahan-bahan lain yang merosak akan menyebabkan fungsi hati mengalami gangguan yang dikenal secara umum sebagai penyakit liver atau hepatitis. Penyakit ini bila tidak segera ditangani akan menimbulkan akibat yang lebih parah seperti kerusakan jaringan hati (sirosis hati) dan kanser hati yang meyebabkan kematian.

Gejala Kerosakan Fungsi Hati

Gejala yang timbul kerana kerosakan hati biasanya seperti gejala penyakit flu, iatu badan lesu, cepat lelah dan kadang-kadang disertai adanya warna kuning pada bola mata dan air seni.

Itu sebabnya penyakit ini sering disebut penyakit kuning. Warna kuning ini disebabkan oleh merembesnya pigmen kuning empedu ke dalam aliran darah sebagai akibat kerusakan jaringan hati. Namun kadang-kadang kerosakan hati ini tidak disertai gejala sama sekali, dan kita baru menyadarinya setelah sebagian organ hati menjadi rosak.

Sumber : sehatpangkalkaya


HATI turut memainkan peranan utama di dalam penyahtoksikan (detoxification) dengan memetabolismekan dan memisahkan dadah, alkohol dan toksin-toksin alam sekitar.

Apabila sistem penyahtoksikan semakin tepu, toksin yang terkumpul akan menyebabkan keletihan, sakit kepala, rasa loya dan pening, dan adakalanya mewujudkan masalah kulit seperti jerawat.

******************************************************
DTX COMPLEX
 
Shaklee DTX Complex menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati yang sihat dengan satu formula unik herba-herba dengan antioksidan dan aliran hempedu yang diperkaya*.

Gabungan unik bahan botani dalam Shaklee DTX Complex menyokong kesihatan dan fungsi hati dengan dua cara:

(1) Ekstrak biji benih Milk Thistle, biji benih Schizandra Chinensis dan cendawan Reishi mempunyai ciri-ciri antioksida, menawarkan perlindungan untuk sel-sel hati dan dipercayai dapat meransang sintesis protein bagi pemulihan dan pembentukan semula sel-sel hati*.

(2) Pati Dandelion, Kunyit dan Artichoke membantu mengekalkan aliran hempedu normal, menyokong satu daripada organ (hempedu) yang diperlukan untuk mengeluarkan sebatian-sebatian toksik daripada tubuh*.

Sumber : genkimomma.net 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Hari ke 26

saLam~

Wee hari ni dah hari ke 26.
Lambat betol nak abes pantang kah3.
Untuk pertama kali nak letak gambar anak dara ai kat sini. Hehe
Kat fb n ig dah lama taruk :)






Haii Nama saya Aarifa Naura Salwana bt Mohd Najmee
4 April 2013
11.58am
2.09kg 
Hospital Serdang


Published with Blogger-droid v2.0.10

Ahad, 28 April 2013

{INFO} GARLIC


Garlic

Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. 

Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.  


◆ Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee

◇ Pengekalan 100% Allicin aktif

◇ Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic

◇ Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu  Rosemary dan Spearmint.

◇ Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.

◇ Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.


◆ Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia

◇ Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak

◇ Menormalkan keseimbangan lipoprotein

◇ Menurunkan tekanan darah

◇ Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang

◇ Berfungsi sebagai anti-oksidan

◇ Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi

◇ Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air

◇ Bantu rawat asthma
                                              

◆ Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh

◇ Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.

◇ Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida

◇ Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

◇ Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.

◇ Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

◇ Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.

◇ Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

◇ Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

◇ Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki.

◇ Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus).

◇ Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan merangsang hati untuk mengawal gula dalam darah

◇ Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
    • Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
      • Perut memulas (stomach upset)
      • Cirit-birit (Diarrhea)
      • Bronkitis
      • Luka-luka (infected wounds)
  • Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing

Credit sihatmacamyaya

Khamis, 25 April 2013

suka duka 4 april

saLam~

Heee suka duka gitew. Ngeh2.
Memang 4 april 2013 penuh dengan suka duka lah.
Yelah hari bertarung nyawa lahirkan puteri kedua ai katakan. Cewahh.
Tapi xde la detail pasal beranak ye.
Kalo rajin next entry la hehe. Alhamdulillah.
Ada peluang untuk saya beranak secara normal.
Berjaya VBAC gitew hehe.
Tak sia2 join group VBAC & gentle birthing kat fb.
Baca buku hypnobirthing.
Tengok video natural birth.
Sy terhutang budi rasanya kat adik ipar iaitu wawa sebab dia lah yg banyak bagi info pasal ni semua.
Tapi sy xsure sy punya kira natural birthing ke x sebab air ketuban dipecahkan oleh nursenke doc ntah.
Epidural @ apa2 ubat memang xde amek.
Wahh rasa xcaya lak haha. Kuat jugak sy nih :p
Alhamdulillah dapat gak sy lalui sakit nak beranak.
Sy rasa lah kan masa nak meneran tu xde sakit sangat 3 kali teran dah kuar baby.
Contraction kali ni memang terasa sakit tapi naseb yang sakit xleh nak tahan tu sekejap je.
Part yang sedih tu bila nak masuk ward.
Duk lam labour room sebab tunggu bilik dalam 2-3jam kot.
Dah nak naik tetiba nurse cek gula baby dan result dia 1.8 je!
Terus semua bergegas panggil dokter sebab baby dah hypo.
Yelah berjam2 duk kat labour room tu susu pun minum sikit je.
Susu pun mana nak ada.
Dah baby kena masuk nicu lak. Huh.
Berat baby sy hanya 2.09kg
Halusss je hehe.
Disebabkan berat pun xnormal maka berkampung lak kat nicu.
Semua macam pelik nape baby kecik & hypo sedangkan sy xde kecing manis mahupun darah tinggi.
Lagi sy pelik masa checkup obgyne pun kata berat baby normal ikut minggu.
Tapi kalo nak dikira n pikir logic pun xcukup rasanya sebab baby akan keluar kurang dari berat yg discan kan?
Sepatutnya bila dah 38minggu berat baby dah 3kg la kalo bila dah beranak berat tu mayb 2.5-2.6kg.
Ni berat mak je mencanak naik tyme minggu akhir ngeh2.
Seminggu jugak duk nicu.
Hari pertama tengok baby sekejap je petang.
Hari kedua sy dah boleh keluar.
Hari pertama hingga ke 5 baby topup FM sebab sy ulang alik g nicu.
Pergi pagi balik malam.
Bila sy ada sy direct bf.
Malam je topup FM.
Naseb baik beranak kat serdang, hospital yang pentingkan susu ibu.
So xde lah nurse kat situ bagi susu guna botol.
Just guna cup. Xde la baby refuse direct cam cipi dulu. Hari ke 5 katil still penuh so booking je dulu.
Hari ke 6 baru ada bilik.
So duk situ baby memang ngan kita je.
Sepatutnya hari ke 3 gula baby dah normal tapi sebab doc baru je on antibiotik so kena la tunggu sampai 5hari lagi.
Hari ke 5 tu baru dapat jumpa doc pakar yg datang cek.
Tyme tu dia kata sebab baby kecik platlet baby rendah sikit. Haihh.
Hari ke 6 naik sket.
Sy try bf baby.
Tapi sebab dia on ubat so dia cam asyik tido je.
Tyme nilah sy pam susu dan bagi guna cup.
Hari ke7 doc datang cek dan bitau platlet dah cantik dan boleh balik! Haha
Cuma kena tunggu ubat last petang.
Fuhhhh berakhir gak mimpi ngeri kat nicu.
Alhamdulillah baby dah sihat skang.
Sesungguhnya DIA lah sebaik2 penolong.
Ermm panjang plak hehe.
Next nak cite pengalaman di hospital gomen lak haha.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Isnin, 22 April 2013

{INFO} Kekal segar ketika berpuasa dengan mighty 3 gem




Insyaallah 10 Julai 2013 adalah 1 Ramadhan. Masih berbaki 79 hari untuk menyambut Ramadhan Almubarak. Sudah kah anda menggantikan puasa? Anda seorang ibu menyusu? Risau susu merudum bila berpuasa? Anda sedang hamil? Jangan risau! Kekal segar dengan set mighty triple gem. 





Mengapa Mighty Triple Gem ini sangat sesuai ketika berpuasa?

Energizing Soy Protein (ESP)

♥ Bantu kekal bertenaga sepanjang hari. Pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu sahur boleh membantu mengurangkan
rasa lapar lebih lama kerana, kadar pencernaan & penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat. Malah, sumber protein yang baik juga akan bantu menyerap kolesterol, mencantikkan kulit serta menganjalkan payudara. Tidakkah anda mahu tampil jelita di pagi AidilFitri nanti?

Performance Drink

♥ Bantu mengelakkan dehidrasi, dan dalam masa yang sama mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa. Setelah berbuka pula, Performance Drink bantu anda untuk menambah semula tenaga. Pasti anda akan kekal ceria sepanjang puasa jika diamalkan sebelum tidur & sewaktu sahur. Rasa Oren yang menyegarkan!

Meal Shake

♥ Multivitamin & multimineral, yang dilengkapi dengan sedikit protein & fiber. Sesuai bagi anda yang berasa sukar untuk menelan pelbagai jenis vitamin/ suplemen di sepanjang bulan Ramadhan ini. Fiber membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik, serta membuatkan anda berasa kurang lapar lebih lama. Hanya bancuhkan dengan segelas susu rendah lemak dan anda boleh kongsikan khasiatnya seisi keluarga!

Credit: Genkimomma

Selasa, 16 April 2013

{INFO} Awas! Keputihan penyebab kemandulan, hamil di luar kandungan dan kanser rahim

Awas!! Masalah keputihan adalah masalah yang sejak lama menjadi persoalan bagi kaum wanita. Tidak banyak wanita yang tahu apa itu keputihan dan terkadang menganggap enteng persoalan keputihan pada wanita ini. Padahal keputihan tidak sepatutnya dianggap enteng, kerana akibat dari keputihan ini sangat bahaya bila lambat ditangani. Tidak hanya mengakibatkan kemandulan dan hamil diluar kandungan, keputihan juga merupakan gejala awal dari kanser pangkal rahim yang mengakibatkan kepada kematian. Apa sebenarnya keputihan itu? Apa ciri-cirinya? Bagaimana pencegahannya?

Apa itu Keputihan?


Keputihan adalah sebutan umum untuk infeksi pada vagina dan bagian luar genital (vulva) yang disebabkan oleh jamur. Keputihan adalah infeksi yang sangat umum. Tiga dari empat wanita di dunia pernah mengalami keputihan minimal sekali dalam hidupnya. Semua wanita dapat terkena tanpa memandang umur, latar belakang, pekerjaan atau kondisi lainnya. Keputihan dapat bersifat fisiologis dan patologis (penyakit). Secara fisiologis keputihan terjadi menjelang dan sesudah menstruasi, pada saat terangsang seksual atau mengalami stress emosional. Keputihan seperti ini wajar terjadi pada wanita.

Keputihan ini bersifat patologis (penyakit keputihan) akan diikuti dengan gejala keluarnya lendir secara berlebihan, berwarna putih atau kekuningan dan berbau gatal, jarang terjadi rasa nyeri tetapi beberapa wanita merasakan nyeri pada saat berhubungan intim dan daerah yang terinfeksi menjadi bengkak. Jadi keputihan selain mengganggu kenyamanan aktivitas juga mengurangi keharmonisan hubungan suami isteri. [Wikipedia] 

Ciri- ciri Keputihan?


Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar saat keputihan berlangsung. Namun, perlu anda ketahui bahawa tidak semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.

Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini termasuklah wanita hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.

Kenali warna keputihan

1. Jernih

Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu subur dan apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stres. Malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.

2. Putih

Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. Malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda menderita jangkitan yang yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.

3. Putih pekat

Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamana ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.

4. Coklat

Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.

5. Merah muda

Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.

Warna-warna lain

1. Kelabu

Apabila lelehan berwarna kelabu dengan garis darah, berair, sangat banyak dan berbau busuk, anda perlu lebih prihatin dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor kerana ia bekemungkinanan petanda awal kanser.

2. Kuning kehijauan

Jika lelehan yang keluar berupa kuning kehijauan, berbuih, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan sakit di sekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh kuman protozoa trichomonas vaginalis.

3. Kuning

Jangkitan yang disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air kecil.

Jika anda mengalami gejala keputihan seperti ini, segeralah berjumpa dengan doktor kerana rawatan khusus harus dilakukan segera bagi mencegah komplikasi yang lebih teruk. Komplikasi yang dimaksudkan sering berlaku apabila kuman mula menyerang serviks. Komplikasi jangka panjang yang lebih ngeri ialah anda mungkin mengalami masalah mandul organ peranakan terutamanya tiub fallopio rosak. [PaMa]

Bagaimana mencegahnya?

  • Menjaga kebersihan daerah faraj dan hindarkan penggunaan sabun/parfum pada bahagian faraj.
  • Memakai seluar dalam dari jenis kain kapas bagi memastikan faraj sentiasa kering dan elakkan memakai seluar dalam lembab.
  • Pastikan kerap menukar tuala wanita ketika haid.
  • Basuh dengan air rebusan sirih.
  • Amalkan mengambil Alfafa, yang terkenal dalam meregulasikan hormon dan merawat keputihan.
  • Jalani pola hidup sihat, cukup tidur, makan makanan yang seimbang, bersukan.
  • Amalkan pemakanan yang mengandungi bakteria baik seperti yogurt, susu kultur, sayuran hijau bagi menguatkan antibodi badan.
  • Bagi wanita yang sudah berkahwin, setiap tahun harus melakukan papsmear untuk mengesan sel-sel yang ada di pangkal rahim.

Untuk merawat masalah Keputihan, tentulah ALFAFA COMPLEX kerana Alfalfa Complex adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan ANTI- BAKTERIA!

Jumaat, 12 April 2013

{INFO} Bahayanya 'Pain Killer'


Bahayanya pengambilan panadol. Artikel mengenai ini dah lama kita baca. Dan ada yang mengakuinya dan ada yang menidakkannya. Dulu saya selalu ambil panadol bila sakit sendi saya datang. Ketika itu masih tidak tahu akan keburukannya. Bila baca satu artikel mengenai bahaya panadol ni terus takut nak makan panadol lagi.


Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Antara kesan-kesan sampingan akibat dari pengambilan jangka masa panjang ubat paracetamol ialah:

1) Hepatotoxicity(rosak hati): Sekiranya orang dewasa mengambil paracetamol sebanyak 10 g atau lebih dalam sehari, atau 5 g atau lebih sekiranya diambil oleh kanak-kanak, ia boleh merosakkan hati dan boleh membawa maut. Mereka ini memerlukan rawatan N-acetylcysteine (NAC) dengan secepat mungkin. Manakala pengambilan setiap hari paracetamol dan juga secara berpanjangan pula walaupun hanya 4 g sehari sudah boleh menyebabkan toxicity dan juga maut.

Paracetamol juga tidak boleh diberikan kepada mereka yang mempunyai penyakit hati (liver failure). Perlu diingatkan juga bahawa jangan sekali-kali memberikan paracetamol kepada mereka meminum arak ataupun mengambil ubat phenobarbitol. Kedua-duanya ialah HME inducer, dan akan menyebabkan kesan buruk kepada hati akan berganda kemudian akan menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi.

2) Nefrotoxicity (rosak buah pinggang). Phenacetin iaitu struktur asal paracetamol boleh mengakibatkan penyakit fatal chronic interstitial nefritis.

3) Methemoglobin dan haemolytic anaemia boleh terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency.

4) Allergic (pada sebahagian individu).

◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆

Ini kisah saya nak dikongsi bersama. Minggu lepas selsema nak datang. Saya biasanya sebelum selsema mesti tekak sakit berpasir. Lepas tu sure selsema. Malam saya ambil 1 paket nutriferon. Alhamdulillah tak sempat selsema dah baik. Ini lah first aid saya sekarang. Menjadi pengganti panadol! 


Pilih dengan bijak!
Panadol vs nutriferon :)

Rabu, 10 April 2013

tidak disangka

saLam~

Syukur atas nikmatMU Ya Allah.
Sudah hari ke 7 puteri kedua saya dilahirkan.
4 April 2013, 11.58 am.
Awal 2weeks dari edd.
Alhamdulillah!
Lagi details pas ni lah kalo rajin hehe.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Isnin, 1 April 2013

BP la bukan HB

saLam~

Awat la entry sebelum ni duk mentin hb je. Haha.
Sepatutnya bp la blood pressure buka hb.
Kihkihkih.

So bawah ni bacaan tekanan darah yg normal ialah :

Tekanan sistolik = 120 – 139 mmHg (atas)

Tekanan diastolik = 80 – 89 mmHg (bawah)

Ehh tadi punya macam rendah lak. Ntah betol ke x nurse tu kan. Haha.
Xpon sebab belom breakfast.
Apa2 jelah.

- Posted using BlogPress from my iPad

check up bp berkala

saLam~

Menunggu makanan sampai!
Pagi tadi p klinik desa tumpang check bp
Boleh lak sampai je klinik tengok buku pink xbawak!
Haha
Tanya la nurse tu xpe ke xde buku.
Naseb boleh je. Tapi incik somi rajin nak balik amek hehe.
Nurse tu soh rehat dulu 15 minit tapi lebih je.
Patutla sebab ritu sampai je terus terkam nurse tu nak check bp.
Memang la mencanak je naik bp huhu.
Hari ni lak 70 je. Macam rendah je plak.
Tapi malas nak tanya nurse tu.
Kerek giler.
Mulanya dia panggil seorang patient tapi dia xde.
Marah nurse tu huhu.
Yg sorang lagi tu ok je. Sembang ok je pon.
So tengok lusa lak cane :)
Harap2 ok la
Published with Blogger-droid v2.0.10

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular