Sabtu, 9 Februari 2013

{INFO} Susu berkurang? Kenali puncanya



saLam~

Kali ni kita bercerita pasal susu berkurang. Kenali apa puncanya baru cari penyelesaiaannya. Banyak punca-punca yang boleh menyebabkan susu badan semakin berkurang. Cari gali dahulu puncanya dari pembacaan, seacrh engine etc. Dah ketahui punca barulah cari penyelesaiaan. Tak la lagi stress kalau masih gagal walaupun dah bermacam cara dah buat kan? 

Jom kita kenali punca-punca susu badan semakin berkurang ~

¤ STRESS

Semua orang akan menghadapi stress tidak kira bagi ibu yang berkerjaya ataupun ibu yang bekerja dirumah. Kita tidak boleh lari dari stress, tapi kita perlu tahu macam mana nak tangani stress. Ada juga diantara kita yang tidak sedar langsung yang kita sebenarnya stress.

Kalau badan stress susu pun takut nak keluar kan? Jadi ibu -ibu yang menyusu gembirakan diri anda. Terutama semasa sesi mengepam/memerah. Bayangkan anda berada bersama-sama anak anda. Ataupun bagi ibu yang menyusu secara direct,semasa menyusukan anak, usap-usapkan kepala . Ianya pasti dapat menenangkan hati ibu.

¤ TEKNIK PENYUSUAN YANG SALAH

Teknik menyusu yang salah akan menyebabkan susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Ibu juga akan mengalami puting yang melecet kerana proses lekapan pada aerola yang tida betul. Bayi hanya menghisap bahagian puting sahaja. 
Cara kedudukan penyusuan yang salah juga penting bagi menjaminkan anak dan ibu selesa sewaktu sesi penyusuan.

¤ KURANG PAM ATAU PERAH

Ini biasanya berlaku bagi ibu-ibu yang berkerja, sepanjang siang tidak berjumpa dengan bayi, sepatutnye anda kena rajin pam/perah (setiap 2 jam). Untuk ibu yang dirumah, sentiasa menyusu secara direct. Kerana rangsangan daripada bayi salah satu faktor untuk susu dihasilkan melalui konsep supply vs demand . Makin kerap kantung susu dikosongkan makin cepat susu dihasilkan.

¤ TIDAK CUKUP REHAT

Badan yang penat dan tidak cukup rehat juga akan menyebabkan susu merudum. Oleh itu, walaupun sibuk macam mana. Sebagai ibu yang menyusu anda perlu bijak untuk menguruskan masa untuk rehat.

¤ MASALAH HORMON DAN KESIHATAN

Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, perlulah meminta nasihat doktor jika anda ingin menyusu. Kerana kebiasaan apabila kesihatan badan terganggu susu tidak dapat dihasilkan.

¤ PENGGUNAAN PIL PERANCANG

pil perancang memusnahkan vitamin B dalam badan, sedangkan ibu-ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk menghasilkan susu.

¤ PENGAMBILAN PIL ANTIBIOTIK

Kebiasaannya antibiotik diambil oleh ibu yang demam. Cara untuk mengelakkan pengambila antibiotik, anda boleh mengambil vitamin C ( 2 biji) kerana vitamin C bertindak secara semulajadi dalam membina antibodi.

¤ TEKNIK PAM YANG SALAH / PAM TAK CEKAP

Ibu-ibu perlu pelajari teknik mengepam yang betul jika menggunakan pam. Kerana jika salah teknik menggunakan pam akan menyebabkan kantung susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Menggunakan teknik marmet(perah dengan tangan) juga merupakan salah satu penyelesaian yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir menggunakan pam. Mudah dan jimat juga.

¤ PEMAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG

Ibu yang menyusu perlu mengamalkan pemakanan seimbang. Cukup lengkap dari segi karbohidrat, protein, serat dan garam mineral. Tapi mampukah kita untuk mengambil semua makanan? Dan kita juga tidak lari dari mengambil fast food. Diet harian kita akan tersasar bila ada hari-hari yang kita tidak mengambil makanan seimbang. Disinilahsupplements berfungsi iaitu untuk melengkapkan nutrien harian yang diperlukan oleh badan.

Ibu yang menyusu tidak boleh sama sekali minum minuman berais. Kerana ini boleh menyebabkan susu menjadi kontang. Air minuman bergas. Air berkafein, kerana kafein boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu. 

[MFC] [WHITEYMOMMY]

Sekarang dah tau kan apa punca-puncanya? So baru kita cari jalan penyelesaiaannya. Next entry kita bercerita tentang penyelesaiaanya pulak ye :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular