Sabtu, 16 Februari 2013

{INFO} Kadar penyerepan & keperluan Vitamin C

Vitamin C merupakan vitamin mudah larut dalam air. Kepentingan vitamin C untuk tubuh badan kita, membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.


Vitamin C mengambil masa 2-3 jam sebelum ia mencapai tahap maksimum dalam darah. Selepas tempoh tersebut, kandungan vitamin C dalam darah akan mula berkurangan dan seterusnya terhapus melalui air kencing atau peluh. Kebanyakan Vitamin C akan terhapus sepenuhnya selepas 3-4 jam. Oleh kerana itu, Vitamin C perlu diambil setiap haridan berkadaran, contohnya setiap 4 jam sekali.

Vitamin C merupakan vitamin yang digunakan ketika berada dalam keadaan stress. Oleh itu, apabila seseorang berada dalam keadaan stress, ia akan digunakan lebih banyak dan ia akan habis lebih cepat. Manusia, beruk dan guinea pigs adalah antara makhluk yang tidak menghasilkan Vitamin C nya sendiri, oleh itu, kita perlu mengambil Vitamin C melalui pemakanan sehari-hari. Semakin tinggi dos yang diambil, semakin kecil nisbah yang diserap oleh tubuh. Sebagai contoh, sekiranya anda mengambil Vitamin C tablet yang mengandungi 250mg Vitamin C, sebanyak 80% akan diserap oleh tubuh. Bagaimana pun, sekiranya diambil sebanyak 2gram (2000mg), hanya sebanyak 50% yang akan diserap oleh tubuh. Oleh itu, sebaik baiknya Vitamin C diambil pada jumlah yang kecil beberapa kali dalam sehari.

Kadar penyerapan Vitamin C akan berkurangan bagi individu yang merokok, tertekan, demam panas, menggunakan antibiotik, terhidu DDT atau wap dari petrol dan dengan pengambilan aspirin atau ubat tahan sakit. 

Pengambilan air baking soda bagi individu yang mengalami masalah pencernaan akan menyebabkan medium dalam perut menjadi beralkali, yang mana akan memusnahkan Vitamin C.

Berapa banyak Vitamin C yang diperlukan oleh seseorang setiap hari ?

Keperluan minimum Vitamin C bagi individu dewasa menurut RDA adalah 60mg/hari.

"The RDA (U. S. government Recommended Daily Allowance) is the nutritional equivalent of the minimum wage."
- Dr. Joel Evans ;The Center for Women's Health

"The medical profession itself took a very narrow and very wrong view. Lack of ascorbic acid caused scurvy, so if there was no scurvy there was no lack of ascorbic acid. Nothing could be clearer than this. The only trouble was that scurvy is not a first symptom of a lack but a final collapse, a premortal syndrome and there is a very wide gap between scurvy and full health. "
- Albert Szent-Gyorgyi ; Nobel-prize winner for his discovery of vitamin C

Terdapat banyak pendapat mengenai jumlah sebenar Vitamin C yang diperlukan oleh seorang individu setiap hari. Ianya antara 250mg hingga 10gram setiap hari. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbezaan berat, jenis aktiviti, kadar metabolisme, penyakit yang dihidapi dan juga umurTekanan dan perubahan emosi seperti rasa cemas, kecederaan, pembedahan, melecur atau keletihan akan menyebabkan keperluan vitamin seseorang bertambah.

Vitamin C biasanya tidak memberikan simptom keracunan apabila diambil pada jumlah yang banyak kerana tubuh kita akan menghapuskan vitamin c yang tidak digunakan melalui air kencing atau peluh. Bagaimana pun, terdapat juga kesan sampingan pada sesetengah individu sekiranya diambil pada dos yang tinggi pada satu-satu masa. Antara simptom yang dialami adalah seperti rasa pedih ketika kencing, berak cirit, kentut dan/atau ruam pada kulit. Apabila salah satu simptom ini berlaku, seseorang itu perlu mengurangkan dos yang diambil. Bagi penyerapan yang lebih baik, Vitamin C perlu diambil selepas makan.

Terdapat juga kes individu yang mempunyai penyakit genetik luarbiasa yang mengalami pembentukan batu karang apabila Vitamin C dalam jumlah yang besar diambil. Individu ini perlu mengurangkan pengambilan Vitamin C mereka.

Sebiji buah kiwi mengandungi hampir 2 kali ganda jumlah vitamin C yang dicadangkan oleh RDA. Tetapi adakah vitamin C yang terkandung dalam sebiji buah kiwi dapat menampung keperluan vitamin C seharian kita bagi mendapatkan kesihatan yang optimum. Ramai pakar nutrisi bersetuju bahawa keperluan Vitamin C bagi seorang individu sepatutnya bukan ditentukan dengan ketiadaan penyakit skurvi, tetapi jumlah yang dapat mengekalkan kesihatan seseorang pada tahap paling optimum.

Apa keistimewaan Vitamin C shaklee [ VITA-C 500mg Sustained Release ] ?


Perasan tak kat botol Vitamin C 500mg Shaklee tertulis perkataan Sustained Released pelepasan masa)?.. Apa maksud vitamin C ni bertindak mengikut pelepasan masa?

Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah

Sebiji Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita tadi. Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi. Namun apabila kita demam dan selsema, dinasihatkan anda mengambil dua biji vitamin C iaitu sebiji waktu pagi dan sebiji lagi waktu malam. Selain itu vitamin C itu digalakkan agar dipatah dua sebelum ditelan. Untuk apa ya? Ianya untuk memastikan vitamin C itu merembeskan kesemuanya vitamin C 500mg. Ini kerana semasa kita sakit badan  (demam/selsema) kita memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa.

sekilas fakta, Shaklee Sustained Release Vita-C 500mg was the first sustained-release vitamin C supplement to use all-natural plant gums and waxes to release pure, protection vitamin C gently and continuously. It's made from all natural vitamin C sources (citrus fruits). Vitamin C,
  • membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan, kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan,
  • membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi, 
  • membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka,
  • membina kalogen untuk kulit yang sihat (bebas jerawat dan jeragat),
  • bertindak melindungi sel dlm serangan antioksidan, 
  • meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging.
Shaklee Sustained Release VITA-C 500mg adalah pilihan tepat untuk sesiapa sahaja yang mementingkan penjagaan kesihatan secara optimum (ibu hamil, ibu menyusu, ibu berpantang, selepas pembedahan, nak kulit cantik bersih cerah & licin, perokok tegar, pesakit2 cardiovascular dan juga utk semua org yang nak kekal sihat).  Shaklee juga mempunyai Chewable Vita-C 100mg juga sesuai utk usia kanak-kanak mahupun anda yang perlukan hanya dos 100mg dan susah utk menelan tablet.

Credit


♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡ 

Maklumat lanjut PM|SMS|WHATSAPP 012.395.6467 
www.cipicipiblogshop.blogspot.com 
cipicipiblogshoo@gmail.com
SID #889133

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular