Rabu, 2 Januari 2013

Resepi | Kek Coklat Kukus


Telor 4 biji
1 tin susu cair
1 sudu teh coklat emulco (ritu xperasan terletak coffee emulco hehe )
1 sudu teh esen vanilla
375 gram butter
2 cawan gula kastor
1 cawan serbuk koko *
2 cawan tepung gandum *
1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh soda bikarbonat *
(* di ayak)

Cara membuatnya :

Masukkan butter dalam periuk. Cairkan guna api sederhana.
Kemudian masukkan susu cair. Kacau sehingga sebati..
Masukkan gula kastor dan kacau lagi.
Masukkan esen vanilla dan masukkan coklat emulco. Kacau kesemuanya biar sebati dan tutup api..
Sementara tu, dalam bekas lain, pukul telor ayam agak-agak kembang.
Kemudian, tuang sikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.
Masukkan sikit demi sikit bahan2 yang di ayak td. Gaul sampai semua adunan sebati..
Pastu masukkan adunan ke dalam loyang..
Tutup dengan aluminium foil utk elak kek terkena titisan air dr pengukus.
Kukus kek sampai masak dengan api yg sederhana.

Ni yang sy try buat last week n ahad lepas. dulu buat tyme pose masa nak p iftar ngan exMCKK incik somi.

last week punyer

cipi ngan bear & rabbit choc cake haha.
cipi bawak p kat papa sekejap je bawak pinggan kosong sambil cakap "papa makan" adoyaiii

cipi punyer. ada nampak ka rabbit n bear? haha

letak lam mangkuk ni senang tuk papa makan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular