Khamis, 15 November 2012

{TIPS} Doa dan Amalan perbanyakkan susu


"Ya ALLAH. Permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN"

Surah Al-Hujurat & Al-Kautsar

Baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki dengan dilimpahkan kita dengan susu yang banyak untuk diberikan kepada anak kita. Sesungguhnya rezeki itu datang dariNYa. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsirannya.

Zikir Ya Matin


Selain itu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) sebanyak 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.


Surah Al Baqarah


Selain dari itu amalkan surah Al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun.


Yakinlah kepadaNYa dan InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kita istiqamah dengan amalan yg tersebut disamping amalan-amalan yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular