Isnin, 19 November 2012

{INFO} Kenapa Vita E Complex?

saLam~

Jom kita kenali vita E complex dengan lebih mendalam. Tak kenal maka tak cinta kan? *wink*
Sumber: Shaklee Malaysia

Ok sejak september lalu, vita-e complex sudah dipertingkatkan mutunya dengan tambahan grape seed extract! Wooowwwiii.
Sebelum kita gali pasal grape seed kita bercinta dengan vita e complex dulu ya :)

Apa yang membezakan vita e complex shaklee dengan yang lain?

♥ Diperbuat dari minyak soya organik & minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin e, 
♥ Diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi *Menunjukkan vitamin semulajadi*
♥ Digabungkan dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama & delta). 
♥ Mengandungi 10mg Selenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap vitamin e beserta fungsi-fungsi seperti :-
 ★ memelihara membran sel-sel, sel darah merah & tisu-tisu otot.
 ★ Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium 
 ★ Mengukuh anti oksidan serta melindungi retina.

Apakah manfaat utama vita e?

♥ Melindungi jantung
     ♡ Pengambilan harian 800IU vit e untuk jantung  
          yang sihat, melindungi sel darah merah utk 
          mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan 
          kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah,
          menghalang platelet darah melekat ke dinding
          arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit
          jantung dan lain-lain.

♥ Mempertingkatkan kemampuan reproduktif
     ♡ Bagi lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin 
          e sehari mampu meningkatkan kiraan sperma 
          mereka. *ehem ehem ni yang dikatakan vitamin 
          cinta tau :D*

♥ Anti penuan
     ♡ 1 kapsul vit E membantu melambatkan penuaan, 
          mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne,
          & bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan 
          tekstur kulit dan ton muka, dada & otot peha.

♥ Anti oksidan yang kuat
     ♡ Pengambilan lebih dari 1200IU sehari berkesan 
          untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem 
          imun, menghalang @ melambatkan 
          pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan 
          akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki 
          masalah oksidasi-katarak & masalah penglihatan.

♥ Kelestarian tenaga
     ♡ Meningkatkan kelestarian seksual & tenaga 
          dengan membekalkan oksigen yang lebih.

♥ Memperbaiki arthritis
     ♡ Meningkatkan keanjalan salur darah,
          memperbaiki kitaran darah, merawat bahu 
          kejang, pening, buasir, urat varikos & sakit sendi.

♥ Memperbaiki parut
     ♡ Memperbaiki bengkak & ulser kulit. Boleh 
          disapu terus pada luka bagi mengurangkan 
          kesan parut.

♥ Menghalang keguguran
     ♡ Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, 
          Sindrom prahaid & menopaus seperti hot flush. 
          Ujian klinikal menunjukkan dapat menghalang
          kematian janin & keguguran.

Apa pula kelebihan ekstrak grape seed?

♥ Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai bahan-bahan yang memberi kebaikan untuk kesihatan, seperti protein, lipid, karbohidrat dan polifenol (yang datang terutamanya dalam bentuk flavonoid, juga dikenali sebagai bioflavonoids).

Flavonoid istilah digunakan untuk kelas bahan kimia tumbuhan yang dikenali untuk aktiviti mereka sebagai antioksidan yang sangat kuat, dan dengan itu keupayaan mereka dalam melindungi tubuh daripada kerosakan oksidatif dan radikal bebas. Ia tidak benar-benar mengejutkan apabila anda mempertimbangkan kajian saintifik: mereka menunjukkan bahawa kuasa antioksida polifenol adalah 20 kali lebih berkuasa daripada vitamin E, dan 50 kali lebih besar daripada vitamin C.

♥ Melambatkan penuaan kerana salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya. OPC juga terikat dengan kolagen. Dengan kata lain, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.
So dah jatuh chenta dengan vita E complex? Jangan lepaskan peluan untuk cantik dan sihat! Sihat dalaman cantik luaran ok :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular