Jumaat, 30 November 2012

cipi, upin dan ipin

saLam~

Upin & ipin memang femes dikalangan budak2 kan?
Cipi pon.
Masalahnya skang ialah dia akan bangun waktu malam dan mintak ipad nak tengok ipin.
Uwaaaaa.
Selagi tak bangun amek duk panggil pa..ma.. ipin..
Pa.. ma.. ipad
Kali buat2 xdengar dia akan panggil nak susu.
Bila nak susu mama dia bangun la kan kesian kang lapar lak.
Bila dah buat xnak lak minum. Huhu.
Tetap la nak tengok ipin.
Bila dah pasang senyap jap. Pastu dah abes panggil lagi. Ingatkan dah tdo.
Apa nak buat owh anakkkk.
Jadik ipin la kamuuu.
Hehe.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, 29 November 2012

adam dan hawa

saLam~ Ngeh3. Bila la nak abeskan adam & hawa ni kan. Gerammmm mak nih. Nunggu kul10 semata2 nak tengok adam & hawa. Even mata dah katup haha sangguppp mak nak oiii. Bila sampai masa sekejap je melayan tetiba dah bersambung. Chaittt. Mata dah jadik xngantuk puii. Semalam best kan. Si hawa yang ketegaq dah lembut hati ekeke. Sebab dah baca novel jadi dah tau apa akan jadi. Lebih baik pas ni kalo ada lagi series dari novel better xyah baca dulu. Haha So selamat la menonton episod seterusnya hehe.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Rabu, 28 November 2012

{INFO} Adakah kita perlukan suplemen?

saLam~

Mari kita bercerita lagi tentang pengambilan supplement atau makanan tambahan. Cukup kah nutrien - nutrien untuk badan kita? Kenapa badan kita masih memerlukan supplement walaupun taraf kehidupan sudah meningkat? Siapakah yang sangat memerlukan supplement @ makanan tambahan ini? Ya ada diantara kita lebih cenderung untuk mendapatkan sumber makanan secara semulajadi tanpa bantuan makanan tambahan. Suatu perkara yang patut dipuji, namun kadang waktu bukan semua yang mampu ke arah itu walaupun sedaya upaya kita berusaha agar mendapat bekalan makanan yang semulajadi tanpa bantuan supplement. 

Jom kita baca dah paham artikel di bawah yang di petik dari PaMa.

 ◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇
 



Siapa kata makanan yang diambil sudah mencukupi  untuk menampung keperluan tubuh? Bagi mendapatkan jawapan, ikuti penerangan terperinci mengenai hal ini.

Peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan. Jadi, mendapatkan keperluan nutrien sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun, menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.

Mungkin ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di celah kesibukan menguruskan kehidupan harian tetapi percayalah anda sebenarnya masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna.

Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap! Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan anda.
 
Multivitamin penting untuk tubuh
 
Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.

Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:
 
Menjaga kesihatan jantung.
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Menguatkan tulang
  • Kesihatan mata dan penglihatan
  • Menjaga kualiti kulit sihat
Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.

Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah
  • Wanita hamil dan menyusu anak
  • Pengamal diet yoyo
  • Perokok
  • Pengamal vegetarian
  • Peminum alkohol yang kerap
  • Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
  • Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
  • Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.
Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin. Rujuklah kepada ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkan informasi tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.
Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya. 


Credit 

◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆

Dengan artikel di atas, kita dapat memahami kenapa PERLUNYA supplement untuk badan kita agar kita terus berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. Jangan lupa mengenali dan memilih vitamin semulajadi agar tiada kesan buruk dalam jangka masa yang panjang. Pilih dengan BIJAK!

♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡ 

Maklumat lanjut PM|SMS|WHATSAPP 012.395.6467 
www.facebook.com/CipiCipiBlogshop
www.cipicipiblogshop.blogspot.com 
cipicipiblogshoo@gmail.com
SID #889133
 

Selasa, 27 November 2012

Set Bersalin

saLam~ Phewww tengah bz pon sempat menyelit apdet blog kihkihkih. Padahal lapau giler tu xleh fokus. Haha Saje nak bercerita awal pasal set bersalin. Tyme cipi xde beli pape set pon. Hehe. Makan ubat klinik skali antibiotik sampai susu tadak. Baru ku tau tu salah 1 puncanya huhu. Kali ni terpaut kat Tanamera Post natal set lah.. Pas nengok blog moon :) Dah search & produk ni pun kelihatan bagus hehe. Xde jamu. Sebab sy akan amek vitamin shaklee kan :D So xperlu jamu. Dan set tanamera ni pon boleh guna before deliver. Ada vco yang boleh urut bahagian perineum (ehh betol ka eja) So sudah jatuh chenta pandang pertama gitew wakaka.. Dah boleh order kot kan? Tengok retis anak chef wan tu apa nama ek.. serina dah start pakai tyme 3 bulan sebab xnak bagi strech mark. Sy konfiden xde kot haha sebab dah amek vita-c n esp shaklee :) So insyaAllah akan dapatkan tanamera post natal set :)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Ahad, 25 November 2012

{INFO} Keistimewaan Omega guard ketika Hamil


saLam~

Kenapa ketika hamil disarankan mengambil Omega guard? 

Ini kerana Omega guard ada keistimewaan tersendiri iaitu diekstrak dari ikan laut sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan jepun. Ianya bukan dari hati minyak ikan. Omega guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Omega guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi seperti EPA, DHA, ALA & banyak lagi. 

Shaklee juga menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini. Ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietri 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3  yang paling tulen & paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin & PCB (polychlirinated biphenyl- bahan kimia industri yang sangat toksid).

Oleh kerana Omega guard dihasilkan dari ikan itu sendiri dan bukan dari hati maka ianya selamat digunakan.
Kenapa?

Jom kita baca artikel tentang pengambilan omega 3 ketika mengandung di bawah:- 

Is it safe to take omega 3 fish oil supplements during pregnancy?


Yes and no. There are two types of fish oil supplement, one is safe and one isn't: 

● Supplements made from the body of the fish are safe.

● Supplements made from the liver of the fish, such as cod liver oil, are not safe.

Both types of supplements contain omega 3 fatty acids, which are important in helping your baby's brain and eye development. In the long term, they may also help to protect you against diseases such as heart disease and arthritis. 

However, cod liver oil also contains high levels of the retinol form of vitamin A. Large amounts of retinol can harm your baby. 


Including DHA in your diet is essential for your baby's normal brain, eye and vision development, especially during the last trimester. This may be one reason why  premature babies are particularly at risk of eye and brain damage. 



Quoted from Baby Center.


♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡

Maklumat lanjut PM|SMS|WHATSAPP 012.395.6467
www.facebook.com/CipiCipiBlogshop
www.cipicipiblogshop.blogspot.com
cipicipiblogshoo@gmail.com
SID #889133

Sabtu, 24 November 2012

{INFO} Petua Mendapat Cahaya Mata

saLam~

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

~ Tiub fallopian tersumbat
~ Endometriosis
~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
~ Masalah hormon
~ Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
~ Menopous sebelum waktunya
~ Masalah tiroid
~ Fibroid

Penyebab biologi di kalangan lelaki:

~ Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
~ Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
~ Menghidap hernia
~ Gangguan hormon
~ Salur sperma tersumbat
~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

~ Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
~ Stress dan tekanan
~ Pemakanan yang tidak sihat
~ Kekurangan zat
~ Amalan merokok atau meminum alkohol
~ Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
~ Terdedah kepada pencemaran
~ Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.


GLA Complex

Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).


Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan”

Untuk Suami : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc

Untuk Isteri : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) atau Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama vita-E +alfalfa


Credit : Nurul Azliza

Untuk keterangan lanjut boleh PM CipiCipiBlogshop/cipicipiblogshop@gmail.com
SMS/Whatsapp/Line : 0123956467
Shaklee ID : 889133


- Posted using BlogPress from my iPad

Jumaat, 23 November 2012

{INFO} Vitamin untuk kesuburan

saLam~
Sebelum ni saya menyentuh isu punca keguguran. Antara soal jawab tersebut menekankan bahawa vitamin ada penting bagi mengelakkan keguguran. Soalan & jawapan seperti di bawah:-

SOALAN: Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan dari keguguran berulangkali ini?
JAWAPAN: Selepas pemeriksaan dilakukan, jika ujian mengesan virus dilakukan dan ia menjadi faktor keguguran, wanita itu perlu mengambil inisiatif untuk memperkuatkan ketahanan diri. Doktor boleh menasihatkannya untuk mengambil vitamin C dalam dos tinggi, dan multi- vitamin E.
Apabila seseorang mengandung sejak dari peringkat awal lagi, amalkan pemakanan berkhasiat, ambil juga asid folik dan vitamin yang disebutkan sehingga kandungan berusia tiga bulan.


Oleh itu, Bagaimana pengambilan supplement Shaklee boleh membantu merawat masalah kesuburan (infertility) ini?
Vitamin Asas @ dikenali sebagai family welness iaitu:-
(1) Vita-Lea (Multivitamin)
(2) Vitamin C
(3) B-Complex
Adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.
Manakala bagi Vitamin Kesuburan adalah:-
(4) Vitamin E
Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.
(5) Zink
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).
(6) Alfalfa
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).
So, sebagai kesimpulan vitamin-vitamin yang perlu diambil oleh suami & istrri ialah :-
Isteri
ESP
Vitalea
B com
Vitamin C
Vitamin E
Alfalfa ~ hanya option terutama yg sakit bila bersama
GLA ~ jika period tak regular
Suami
ESP
Vitalea
B com
Vitamin C
Vitamin E
Zinc
Namun, segala usaha ini hendaklah sentiasa disusuli dengan doa, zikir, solat hajat kepada NYA. Dan seterusnya terus berusaha dan tawakkal. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui.
Untuk keterangan lanjut boleh PM CipiCipiBlogshop/cipicipiblogshop@gmail.com
SMS/Whatsapp/Line : 0123956467
Shaklee ID : 889133

Khamis, 22 November 2012

{INFO} Keguguran


saLam~

Kali ini sy ingin berkongsi sedikit soal jawab bersama Prof Datuk Hamid Arshat berkenaan dengan keguguran.

Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur, bakal suami atau isteri, akan dikaji.

PUNCA KEGUGURAN

Keguguran merupakan salah satu fenomena yang biasa. Bagaimanapun, keguguran merupakan sesuatu yang amat ditakuti bagi setengah-setengah wanita. Ada yang berpendapat, kalau boleh setiap kali mengandung, biarlah sehingga bayi yang dikandung selamat dilahirkan.

Ada di kalangan wanita mengandung dan mengalami keguguran berulang berulang kali.


SOALAN: Jika seseorang wanita mengandung dan kemudian mengalami keguguran berulang kali, apakah ini merupakan sesuatu yang normal?


JAWAPAN: Wanita yang mengandung kemudian gugur, ia sebenarnya perkara biasa. Tetapi jika ia berlaku sekurang-kurangnya sehingga tiga kali berturut-turut, wanita ini mempunyai masalah dari segi kesuburan. Khususnya bagi wanita yang masih belum dikurniakan zuriat. Maksudnya setiap kali wanita ini mengandung, dia mengalami keguguran.



Keguguran yang berlaku biasanya wanita mengalami pendarahan. Pendarahan ini berlaku lebih banyak dari pendarahan haid. Namun ada juga yang mengalami pendarahan sedikit sahaja. Bagaimanapun, tak semestinya keguguran berlaku mengeluarkan darah.


SOALAN: Bagaimana pula yang dikatakan keguguran berlaku tanpa mengakibatkan pendarahan?

JAWAPAN: Jika pusingan haid seseorang wanita itu teratur, iaitu sebulan sekali, kemudian jika mengalami kelewatan haid seminggu misalnya, dia sudah boleh mengadakan ujian air kencing.


Jika ujian air kencing didapati positif, bererti wanita itu mengandung. Selepas dua minggu, doktor boleh melakukan scan ke atas kandungan wanita itu. Melalui scan tersebut, segumpal daging akan kelihatan dan di bahagian tengahnya ada denyutan jantung.



Tanda sedemikian akan kelihatan paling lewat sekalipun, dua bulan kandungan ia sudah boleh dilihat melalui scan. Namun, jika denyutan jantung itu tidak dapat dilihat sewaktu scan, biasanya , kandungan itu tidak dapat diteruskan.



Biasanya doktor akan memberi tempoh sehingga tempoh dua minggu lagi. Khususnya untuk wanita yang mempunyai pusingan haid tidak teratur.
Bukan semua orang mengalami pendarahan sewaktu keguguran. Ada kalangan wanita tidak mengalami pendarahan sebagai tanda dia mengalami keguguran. Contohnya, jika doktor melakukan scan, kandungan tidak membesar atau janin didapati tiada, walaupun tiada turun darah. Perkara ini menyebabkan orang percaya kandungan dimakan bunian.


SOALAN: Apakah tanda-tanda tertentu yang boleh menjadi petunjuk bahawa kandungan seseorang wanita itu kuat, atau tidak mudah mengalami keguguran?


JAWAPAN: Sebenarnya menilai kandungan kuat atau tidak, kalau wanita mengandung mengalami loya dan muntah lagi bagus. Maknanya hormon kandungannya itu tinggi, kalau tiada tanda, kadang-kadang kandungan boleh terancam, dan menghadapi banyak masalah. Jadi bagi wanita yang mengandung jangan pandang perasaan loya dan tiada selera makan sebagai sesuatu yang negatif.


SOALAN: Apakah faktor yang menjadi penyebab kepada keguguran?


JAWAPAN: 



Faktor Pertama:
Sebenarnya kalau mengikut kajian, sebahagian besar wanita menganduang mengalami keguguran mungkin bakanya, iaitu kromosom atau gen ada mengalami kerosakan.



Tak semestinya menandakan baka di pihak suami atau isteri mengalami kerosakan, tetapi ketika di dalam proses percantuman benih dan telur berlaku kesalahan. Akibatnya benih dan telur bercantum akan rosak dan akan berlaku keguguran.



Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur, baka suami atau isteri, akan dikaji. Kadang-kadang salah satu kromosom mereka abnormal. Jika ia berlaku, keadaan ini tidak dapat dibaiki.



Pasangan sedemikian tiada jalan lain selain mengambil anak angkat. Bayi tabung uji boleh dilakukan dengan menggunakan benih penderma, namun kaedah ini tidak dibenarkan dari segi undang-undang dan agama Islam.



Faktor kedua:
Mungkin juga penyakit dalam rahim yang sering dikaitkan endometriasis (rahimnya jatuh ke belakang), dan fibroid juga boleh menyebabkan keguguran berulang-ulang. Wanita yang mengalami penyakit endometriasis dan fibroid ini kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan sudah mencecah antara 4 hingga 5 bulan.


Faktor ketiga:
Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung.
Wanita yang mengandung kadang tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit atau kesakitan, kemudian mengalami keguguran.


Apabila darahnya diperiksa, darahnya dijangkiti kuman. Kuman pada darah itulah yang merosakkan kandungan. Antaranya seperti kesan beberapa jenis virus CMG, herpes simpleks dan rubela.



Begitu juga dengan sejenis parasit toksoplasmosis yang ada pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-bati.



Biarpun kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih, tetapi parasit itu tetap ada pada bulu-bulu kucing dan tidak kelihatan pada mata kasar.


SOALAN: Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan dari keguguran berulangkali ini?


JAWAPAN: Selepas pemeriksaan dilakukan, jika ujian mengesan virus dilakukan dan ia menjadi faktor keguguran, wanita itu perlu mengambil inisiatif untuk memperkuatkan ketahanan diri. Doktor boleh menasihatkannya untuk mengambil vitamin C dalam dos tinggi, dan multi- vitamin E.



Apabila seseorang mengandung sejak dari peringkat awal lagi, amalkan pemakanan berkhasiat, ambil juga asid folik dan vitamin yang disebutkan sehingga kandungan berusia tiga bulan.



Penting juga kalau boleh wanita yang mengandung diberi rehat tiga bulan, dari bekerja. Antara perkara menyebabkan keguguran ialah stress dari segi fizikal dan mental. Ada baiknya jika wanita ini berehat sehingga tiga bulan.



Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Di samping itu, jauhkan persetubuhan kerana adakalanya persetubuhan pada peringkat mengandung boleh menyebabkan rahim kuncup dan mengakibatkan keguguran.


SOALAN: Apakah ada kaedah lain untuk mengatasi masalah ataupun kaedah yang boleh dilakukan bersama rawatan yang diberikan secara moden bagi mengatasi keguguran secara berulangkali ini?


JAWAPAN: Ada setengah cara rawatan pesakit dimasukkan ke hospital, rawatan secara gantian darah protein untuk memperkukuhkan darahnya. Ada juga yang percaya bahawa peranan makhluk halus menjadi penyebab kepada keguguran dan kecacatan. Bagi wanita yang sedang haid memang tidak boleh melakukan solat dan membaca quran, ketika itu gangguan boleh berlaku, khususnya jin. Oleh itu ada baiknya wanita yang sedang haid digalakkan membanyakkan membaca selawat ke atas nabi.



Bagi wanita mengandung dan mudah gugur, sewajarnya memperkuatkan rohani dengan mengamalkan bacaan ayat Kursyi sambil memegang rahim hingga tertidur.

Selasa, 20 November 2012

melentur buluh biar dari rebungnya


saLam~ 

Bila da ada anak baru rasa ehh betullah peribahasa nih. Ekeke 
Melentur buluh biar dari rebungnya.
 Bukan xpercaya tapi ehh ehhh je hehe. 
Cipi dari dulu suka ikut apa orang buat. 
Benda baik haruslah dibuatkan? 
Hehe Cipi dari dulu memang xsuka fokus sesuatu benda tu lama2.. 
Mainan dia ke buku ke sekejap jela dia pegang. 
Pastu campak merata2. 
Dia lagi rela duk kat dapur amek satu-satu bekas, cawan ke apa jela lam kabinet tuh. 
Letak lam bakul pastu main sepah2 kan. Kutip pastu sepah2kan. 
Tapi apa yang sy perasan dia akan pegang buku bila mama dia ni membaca! Hehe Baru dia sebok panjat kerusi amek buku. Hoho. 
Mama dia stop dia pun campak la buku tu haha. 
Dan skang bila siap nak p mana2. 
Dia akan sebok nak tudung. "Ma.. udung" Nampak mama dia pakai bedak ke ape "ma nakk" 
Memang apa papa n mam terbuat dia akan ikut haha. 
So kalo nak dia buat sumthing tu makanya mama n papa dia kena buat. Haha. 
Adoiii. Harap2 mama berjaya la ye mempengaruhi anaknya sorang nih.

Ni tyme nak hantar mama dia work Macam cikgu bedah kan? Haha

ni tyme nak p playgrup *macam cikgu bedah*

Published with Blogger-droid v2.0.9

Isnin, 19 November 2012

{INFO} Kenapa Vita E Complex?

saLam~

Jom kita kenali vita E complex dengan lebih mendalam. Tak kenal maka tak cinta kan? *wink*
Sumber: Shaklee Malaysia

Ok sejak september lalu, vita-e complex sudah dipertingkatkan mutunya dengan tambahan grape seed extract! Wooowwwiii.
Sebelum kita gali pasal grape seed kita bercinta dengan vita e complex dulu ya :)

Apa yang membezakan vita e complex shaklee dengan yang lain?

♥ Diperbuat dari minyak soya organik & minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin e, 
♥ Diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi *Menunjukkan vitamin semulajadi*
♥ Digabungkan dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama & delta). 
♥ Mengandungi 10mg Selenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap vitamin e beserta fungsi-fungsi seperti :-
 ★ memelihara membran sel-sel, sel darah merah & tisu-tisu otot.
 ★ Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium 
 ★ Mengukuh anti oksidan serta melindungi retina.

Apakah manfaat utama vita e?

♥ Melindungi jantung
     ♡ Pengambilan harian 800IU vit e untuk jantung  
          yang sihat, melindungi sel darah merah utk 
          mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan 
          kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah,
          menghalang platelet darah melekat ke dinding
          arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit
          jantung dan lain-lain.

♥ Mempertingkatkan kemampuan reproduktif
     ♡ Bagi lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin 
          e sehari mampu meningkatkan kiraan sperma 
          mereka. *ehem ehem ni yang dikatakan vitamin 
          cinta tau :D*

♥ Anti penuan
     ♡ 1 kapsul vit E membantu melambatkan penuaan, 
          mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne,
          & bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan 
          tekstur kulit dan ton muka, dada & otot peha.

♥ Anti oksidan yang kuat
     ♡ Pengambilan lebih dari 1200IU sehari berkesan 
          untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem 
          imun, menghalang @ melambatkan 
          pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan 
          akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki 
          masalah oksidasi-katarak & masalah penglihatan.

♥ Kelestarian tenaga
     ♡ Meningkatkan kelestarian seksual & tenaga 
          dengan membekalkan oksigen yang lebih.

♥ Memperbaiki arthritis
     ♡ Meningkatkan keanjalan salur darah,
          memperbaiki kitaran darah, merawat bahu 
          kejang, pening, buasir, urat varikos & sakit sendi.

♥ Memperbaiki parut
     ♡ Memperbaiki bengkak & ulser kulit. Boleh 
          disapu terus pada luka bagi mengurangkan 
          kesan parut.

♥ Menghalang keguguran
     ♡ Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, 
          Sindrom prahaid & menopaus seperti hot flush. 
          Ujian klinikal menunjukkan dapat menghalang
          kematian janin & keguguran.

Apa pula kelebihan ekstrak grape seed?

♥ Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai bahan-bahan yang memberi kebaikan untuk kesihatan, seperti protein, lipid, karbohidrat dan polifenol (yang datang terutamanya dalam bentuk flavonoid, juga dikenali sebagai bioflavonoids).

Flavonoid istilah digunakan untuk kelas bahan kimia tumbuhan yang dikenali untuk aktiviti mereka sebagai antioksidan yang sangat kuat, dan dengan itu keupayaan mereka dalam melindungi tubuh daripada kerosakan oksidatif dan radikal bebas. Ia tidak benar-benar mengejutkan apabila anda mempertimbangkan kajian saintifik: mereka menunjukkan bahawa kuasa antioksida polifenol adalah 20 kali lebih berkuasa daripada vitamin E, dan 50 kali lebih besar daripada vitamin C.

♥ Melambatkan penuaan kerana salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya. OPC juga terikat dengan kolagen. Dengan kata lain, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.
So dah jatuh chenta dengan vita E complex? Jangan lepaskan peluan untuk cantik dan sihat! Sihat dalaman cantik luaran ok :)

Ahad, 18 November 2012

durian crepe (?)

saLam~ Saya bukan la penggemor doyan wehh. Bau pon nak pitam. Bukan berlagak orang puteh. Saya orang kg je pon. Orang ganu je pon haha. Dah tu xminat nak wat cane. Ada la cite disebaliknya tapi xyah dipanjangkan la kan sume jadik cam saya haha. Kecik2 dulu makan je :) So skang da musim durian crepe. Di fb di Ig sume dok post pasal doyan crepe nih. Apela agaknya rasa kan? So menerai le kita bila cikpid pun da buat. Tengok resepi cam kacang panggang je kan.. *ayat orang berlagak.. padahal xjadik mana* So petang semalam balik dari pkaygroup cipi terus p beli barang apa yang xde. Terutama doyan! So pagi ni menerai le. Gigih betol buat padahal bau durian tu amat la kuat huhu Dah siap tapi crepenya cam tebal sangat n kecik. Ekeke Tula berlagak kan? :p Saya try la makan yg xletak durian tapi xsedap tawar je. Buat dua kaler. Hijau taruk perisa pandan sket. Kuning taruk perisa doyan haha.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sabtu, 17 November 2012

jatoh chenta

saLam~

Hikhikhik..ai da jatoh chenta jatoh hati kat noteII nih :)
Da dapat update blog *even agak sukar sket* dapat update page CipiCipiBlogshop..
Da dapat watermark gambar dengan santek. Xde nampak blurr jer. Hehe.
Cuma agak sensitif skrinnya. Salah sket terlike gambar orang lain. Haha

Published with Blogger-droid v2.0.9

Jumaat, 16 November 2012

manja

saLam~ Cipi skang sangat manja la ngan mama dia ni. Fenatt nak kena dukung.. nak kena pijak perut sebab dia sukaaaa sangat tido atas mama.. duduk atas perut mama. Suka letak kaki dia kat perut. Kesian baby tau. Kadang paksa duk @ tido kat papa hehe. Sejak cuti sebulan ritu dia makin manja. Sebelum ni mst nak kat papa je hehe. Skang da terbalik lak. Haihh anak manja sungguh skang.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, 15 November 2012

{TIPS} Doa dan Amalan perbanyakkan susu


"Ya ALLAH. Permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN"

Surah Al-Hujurat & Al-Kautsar

Baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki dengan dilimpahkan kita dengan susu yang banyak untuk diberikan kepada anak kita. Sesungguhnya rezeki itu datang dariNYa. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsirannya.

Zikir Ya Matin


Selain itu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) sebanyak 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.


Surah Al Baqarah


Selain dari itu amalkan surah Al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun.


Yakinlah kepadaNYa dan InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kita istiqamah dengan amalan yg tersebut disamping amalan-amalan yang lain.

Rabu, 14 November 2012

{COMPARISON} SHAKLEE VS XXX

saLam~

Masih ada yang ragu - ragu akan keberkesanan Shaklee? Jom kita lihat perbezaan antara vitamin - vitamin yang ada di seluruh dunia.. Dan kita lihat Shaklee berada di ranking ke berapa antara multivitamin tersebut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Looking for Multivitamin Reviews?
Compare over 100 Vitamin Brands and Find the Right One for You


Did you know that many vitamin supplements are not effective?

Do you know exactly what you’re getting when you buy vitamins at the store?

You want to improve your health, feel better, and boost your energy levels, and you wonder if the multivitamin supplements you see at the grocery store can help. Unfortunately, the honest answer is "no" in most cases – but as you’ll see, there are vitamins that will help you feel more energetic and healthier. You just need to know what they are and where to find them.

The vast majority of vitamins and other nutritional supplements that you find at the store are practically worthless, and buying them is a waste of your money. To find the few that are truly effective and give you good value for money, you need to tune out the marketing noise and do just a little independent research. You’ll soon discover the best multivitamins to take.

This Multivitamin Guide is a good first step in your research. We’ve done scientific comparison and multivitamin reviews of over 100 brands, including popular supplements such as Centrum, One-A-Day, GNC, Shaklee, Nutrilite/Amway, Equate, Nature Made, NOW Foods, Melaleuca, and Puritan’s Pride.

After six years of scientific research and reviews, we have the detailed information you need to decide which vitamin is best for you. Each vitamin was evaluated against four key parameters: composition, bioavailability, synergistic effect, and potency. Then each supplement was assigned a score from 0 to 10 so you can easily compare the different brands and determine the best multivitamin to take.

How effective are the vitamins you currently take?

The table below provides the Effectiveness Scores from multivitamin reviews of popular brands available on the market. 

How effective are the vitamins you currently take?

The table below provides the Effectiveness Scores from multivitamin reviews of popular brands available on the market.


Ranking #4

Findings of the comparison

Contrary to popular belief (and much advertising), some of the most widely available and well-known multivitamin brands received low scores, meaning they are not very effective. Some received such poor scores that they should be pulled off the market. To be honest, they’re not much more effective than a simple sugar pill.

Let’s look at where store brand vitamins went wrong in our reviews:

    ~Their compositions do not follow the Optimal Daily Intake index, so from the start, they’re poorly  formulated.
   ~ Their bioavailability is low, meaning the body does not absorb them well.
    ~They have little synergistic effect, which means the proportions of vitamins and minerals do not work well with each other.
   ~ Finally, their potency levels are below the Optimal Daily Intake index, so you’re not getting the vitamin strength you need.

The reviews found that only eight multivitamin brands met or exceeded the benchmark of 8.0 for high supplement quality, potency, and bioavailability. You may not have heard of these brands, so we show you where to find them.

Use our guide to look for a vitamin with a score that exceeds 8.0, which is excellent. Unfortunately, the vast majority of vitamin products do not come close to that benchmark.

We strongly advise using a multivitamin product with a score of 8.0 or above for best results. 

credit

*Produk vitalizer gold hanya tidak ada di shaklee malaysia

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

So was - was lagi? Masih ragu - ragu akan keberkesanan produk Shaklee?
Pilih dengan BIJAK!


Untuk keterangan lanjut boleh PM CipiCipiBlogshop/cipicipiblogshop@gmail.com
SMS/Whatsapp/Line : 0123956467
Shaklee ID : 889133


Isnin, 12 November 2012

Mega TT forte

saLam~

Sambung cite Mega TT forte sket.
Hehehe.
Incik somi whatsapp tanya nak turun tak.
Kebetulan cikpid komen kat IG kat dataran tu ada stall steamboat. Terus ty incik somi ada ke lagi ke? Hehe. Bila incik somi cakap ada terus je cakap nak turun :)
Kul 8 lebih turun so terpaksa tunggu event tu habes sebab kete da kena block.
Rajin lak incik somi p susun sekali kete tu hoho
So dapat la merasa steambot. Best!
Da kebetulan teringin je nak makan haha.

Event ni grup johor yg anjurkan. Tapi last sekali xcukup pun 600. 3oo lebih je haha. Sebab banyak yg dari kl xdatang pon. Gaduh wakaka. Dan banyak gak dari singapore. Tapi yang xbestnya yg duk buat persembahan tu kompem la cina kan.. lagu cina je duk nyanyi. Haha xpaham sebutir haram! Kadang mc pon duk speaking cina. Walawehh :p

Da setel event tu grup incik somi 3F lak susun kete nak amek gambar. Haihhh fenat nunggu. Ingatkan asalnya dorang nak p danga bay. Leh la join p makan cakoi bakar. Haha xdapat la nak merasa :p So sekian laporan Mega TT :)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Sabtu, 10 November 2012

10.11.12

saLam~

Wahh wahhh santek date rini kan? :)
Live from thistle hotel JB untuk Mega TT forte.
Teman papa je pon.
Naseb hotel depan dataran tempat TT tu. Leh la tengok dari bilik.
So kekdahnya xyah la p sana.
Malas nak kejor cipi sana sini haha.
Kejor lam bilik pon dah setengah nafas :p
Mega TT forte nak kumpul 600 forte/ forte coupe untuk masuk Malaysia book of record kalo tak silap.
Ingatkan nak stay sampai isnin @ selasa sebab isnin n selasa ofis ada family day kat sungkai.
Kami xjoin sebab last minute incik somi ada meeting. Cesss.
So esok da balikkk uwaaa.
Nak p legoland esok kalo jadik la sebab kalo kami p pon just jalan2 jela kan?
Nak main pon cipi kecik lagi.
Xpon kita p JPO sekali lagi.
Tadi dah cuci mata so esok kita cuci sampau bersih haha.
Insyaallah.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, 8 November 2012

check up 16W


saLam~
Semalam check up kat azzahrah.
Dah 16weeks 5days.
1st tyme wooo p check up sorang2 sebab incik somi meeting kat BB.
Pepagi dah kuar.
Maka menapak ke saya sesorang ekeke.
So far semua ok.
Result darah yang amek last week semua ok.
Alhamdulillah.
Berat lak sama je ngan last month.
Agak pelik sebab melantak je setiap masa. Haha.
Nasi xpenah tinggal la. Ehh ada la sehari 2 kot xmakan nasi malam. Tapi makan la benda lain.
Kita tengok next month lak. :D
Baby pon duk terlangkup so xnampak le boy ke girl.
Hoho.
K tu jelah update hehe.
Dari bersawang kan? :p

{INFO} Vitamin Semulajadi vs Vitamin Sintetik

saLam~

Dah tau cara nak mengenali Vitamin anda? {Kenali Vitamin Anda}.
Sekarang kita dalami lagi Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik dari beberapa faktor seperti di bawah:.

Penghasilan

Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

Keserasian dengan badan

Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.
Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

Harga

Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

Kesan kepada tubuh badan

Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ‘solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

Kesan jangka panjang

Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Analoginya seperti di bawah
Vitamin Sintetik seperti Buah plastik

Vitamin Organik seperti Jus di dalam pek/kotak

Vitamin Semulajadi seperti Buah sebenar

Nampak kan bezanya? Vitamin sintetik umpama buah plastik, sama rupanya macam buah sebenar dan namanya pun ikut buah sebenar tu. Kalau rupa macam epal, kita akan panggil epal bukan limau.

Vitamin organik pula sama macam jus komersial, dibuat dari buah sebenar, tapi menjalani pelbagai proses dan akhirnya banyak nilai buah sebenar yang telah hilang. Pernah tak terfikir yang jus buah yang berlainan jenama punyai rasa berbeza juga? Anda yakin ke itu memang 100% jus asli? Tak lain tak bukan cuma penipuan label je.

Jadi, pilihlah vitamin anda dengan bijak!

{INFO} Kenali Vitamin Anda

saLam~

Ramai yang mengamalkan mengambil vitamin tapi tidak mengetahui sama ada ianya semulajadi @ sintetik @ organik.
Mari kita kenali vitamin - vitamin tersebut terlebih dahulu.


Vitamin Semulajadi

~ Dihasilkan dgn pemprosesan yg seminoma mungkin dan kepekatan nutrient adalah dlm keseimbangan yg ~ menghampiri kpd keadaan ia ditemui dlm alam semulajadi.
~ Kos menghasilkannya lebih tinggi dari sintetik
~ Perlukan pelaburan yg tinggi dlm sumber semulajadi yg berkualiti
~ Kebanyakkan syarikat tidak menjual vitamin atau mineral semulajadi.
~ Shaklee satu-satunya yg berbuat demikian. (Ruj: A Consumer Report by Editors of  Research Institute Health Care For Preventive    
Vitamin Sintetik


~ Nutrien yg dihasilkan dlm persekitaran makmal.
~ Bersumberkan tar arang batu.
~ Paling murah. Komponennya bahan kimia.
~ Kebanyakkan makanan tambahan adalah dlm jenis ini.
~ Syarikat yg mementingkan keuntungan yg byk menggunakan cari ini.
~ Biasanya dijual di farmasi.
~ Walaupun secara kimianya ia semulajadi tetapi dari segi strukturnyaia jauh berbeza.
~ Dari label – dilabelkan dgn huruf ‘I’ berbanding huruf ‘d’ bagi semulajadi. (Ruj: How to understand food supplement labels by Dr Bruce Miller)



Vitamin Organik
~ Nutrien yg khusus dipencilkan dari satu sumber semulajadi      biasanya dgn menggunakan  haba, tekanan tinggi atau pelarut kimia yg kuat.
~ Ia tidak sama dgn nutrien semulajadi disebabkan proses yg dilaluinya.
~ Semasa pemprosesan, ia melibatkan:
           * Haba yg berlebihan
           * Produk petroleum biasanya digunakan, menyebabkan kehilangan nutrient.
~ Ko-faktor yg ada pada nutrien lesap atau rosak tanpa diganti.


Dengan itu, anda boleh semak sendiri vitamin itu semulajadi atau tidak dengan cara berikut;
  • Melalui pembacaan label – huruf ‘I’ bagi tiruan dan ‘d’ bagi semulajadi.
  • Melalui perkataan ‘ko-faktor’ seperti “bioflavonoids” atau “biodegradable”
  • Melalui kehadiran pad 'GEL SILICA' dalam bekas.



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Catatan Popular