Jumaat, 5 Oktober 2012

{TESTIMONIAL} Pesakit SLE baik dengan VIVIX

saLam~

Hari ini ada  satu cerita yang ingin dikongsikan bersama.  Seorang pesakit yang mengidap SLE dengan izinNYA telah bertambah baik dengan penggunaan VIVIX Shaklee. Sebelum itu, kita fahami apa itu SLE?

Apa itu Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)?

LUPUS pada dasarnya adalah penyakit berkaitan kecelaruan sistem auto imun. Masalah auto imun adalah penyakit yang berlaku apabila tisu badan diserang sistem imun atau pertahanannya sendiri. Sistem imun adalah satu sistem yang kompleks dalam tubuh, direka khusus untuk menyerang ejen-ejen jangkitan seperti bakteria dan mikrob asing. Satu cara sistem imun menyerang jangkitan ialah dengan menghasilkan antibodi yang terikat dengan mikrob.

Mereka yang menghidap lupus menghasilkan antibodi yang tidak normal dalam darah yang tertarik untuk menyerang tisu dalam tubuh mereka sendiri berbanding ejen jangkitan asing. Oleh kerana antibodi dan sel yang mengiringi keradangan boleh menjejaskan tisu di mana saja dalam tubuh, lupus punya potensi untuk menjejaskan banyak bahagian tubuh. Masalah lupus menjejaskan sistem organ seperti kulit, sendi, dan organ dalaman.

Sebab yang tepat bagi menjelaskan mengapa masalah auto imun tidak normal boleh menyebabkan lupus masih tidak diketahui. Faktor seperti diwarisi secara genetik, virus, sinar ultra ungu dan ubatan tertentu adalah kebarangkalian yang ada memainkan peranan.

Perunding Perubatan dan Rheumatologi Hospital Columbia Asia Bukit Rimau, Dr Kuan Woon Pang, berkata faktor genetik meningkatkan kemungkinan akan terhasilnya penyakit auto imun dan penyakit auto imun seperti lupus, rheumatoid arthritis, dan gangguan auto imun thyroid adalah paling biasa dialami dikalangan mereka yang punya pertalian dengan pesakit lupus namun dalam kes tertentu ia tiada kena mengena dengan sejarah keluarga.

“Lupus boleh dihidapi lelaki dan wanita. Bagaimanapun 90 peratus penghidap lupus adalah wanita yang mana lazimnya dihidapi pesakit berusia antara 10 hingga 50 tahun terutama mereka yang berketurunan Afrika-Amerika dan juga Asia,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Gejala penyakit ini berbeza-beza dan meluas serta boleh menjejaskan beberapa bahagian tubuh. Pada otot skeletal ia menjejaskan sendi dan menyebabkan sakit sendi yang ringan hinggalah kepada serius. Lupus juga boleh menyebabkan athritis pada tangan. Kulit pula boleh terjejas oleh ruam, jangkitan kulit dan bintil lebam yang menyakitkan.

Buah pinggang menghasilkan deposit protin dan boleh menyebabkan kegagalan renal, dan pesakit memerlukan dialisis. Sistem saraf boleh menyebabkan disfungsi mental, sawan, psikosis dan sakit kepala yang teruk. Darah beku boleh terbentuk begitu juga pulmonari embolism. Jantung pula boleh menyebabkan sakit dada, endocraditis, dan myocarditis. Gejala pada jantung berkemungkinan ada kaitan dengan dengan kesan yang diberikan Lupus pada darah, akibat pembekuan yang boleh berlaku.

Sesak nafas begitu juga pleurisy boleh terjadi di dalam paru-paru akibat Lupus.

Ada dua jenis lupus - pertama dan yang paling lazim adalah Discoid Lupus erythematosus (DLE) yang hanya menjejaskan bahagian kulit yang terdedah manakala jenis yang lebih serius dipanggil Systemic Lupus Erythematosus (SLE) yang menjejaskan sistem tubuh termasuk kulit.

Bagi pesakit DLE, ruam bermula dengan beberapa tompok kemerahan, keras dan kasar dan meninggalkan parut. Tompok ini di muka, di belakang telinga dan di kulit kepala. SLE menyebabkan pelbagai gejala. Ruam merah yang bertompok serta berbentuk rama-rama muncul di pipi dan bawah hidung. Gejala lain termasuk sakit sendi, demam, hilang selera makan, loya, kelesuan, dan hilang berat badan.

Ada juga gejala seperti anaemia, masalah psikiatrik dan neurologi, kegagalan buah pinggang, pleurisy, arthritis dan pericarditis. Diagnosis dilakukan dengan ujian darah dan juga biopsi kulit.

Penghidap SLE yang ringan mampu menikmati tahap kesihatan yang hampir normal untuk jangka waktu yang panjang; dengan rawatan ubat corticosteroid dan immunosuppressant juga dapat memanjangkan jangka hayat. Walaupun terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk tahap Lupus Erythematosus yang tertentu, SLE adalah penyakit yang berpotensi untuk membawa maut.

“Bentuk rawatan Lupus perlu menumpu kepada kesan sampingannya. Tiada penawar untuk penyakit ini, jadi perkara yang mampu dilakukan pesakit adalah dengan mengurangkan gejalanya. Ubat anti keradangan diberikan untuk kesakitan arthritis begitu juga pleurisy. Ruam kulit boleh dibantu dengan corticosteroids, yang biasanya datang dalam bentuk krim atau losyen bukan saja untuk menghilangkan ruam tetapi juga untuk melegakannya. Gejala yang teruk perlu diperiksa oleh pakar menerusi pemantauan yang rapi terhadap jenis gejala selain pelbagai cubaan ujian dilakukan bagi mengesan jenis rawatan paling berkesan.

Bagi anda yang perlu hidup dengan lupus sepanjang hayat, beralih kepada amalan gaya hidup yang sihat seperti diet yang seimbang dan melakukan aktiviti senaman ringan secara terancang. Persekitaran yang bebas dari tekanan juga sangat membantu.

INFO


  • Ada dua jenis lupus iaitu Discoid Lupus erythematosus (DLE) dan Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
  • DLE hanya menjejaskan bahagian kulit yang terdedah manakala jenis yang lebih serius, SLE menjejaskan sistem tubuh termasuk kulit.
  • Bagi pesakit DLE, gejala termasuk ruam dengan beberapa tompok kemerahan, keras dan kasar dan meninggalkan parut. 
  • Bagi SLE, ia menyebabkan pelbagai gejala seperti ruam merah yang bertompok serta berbentuk rama-rama muncul di pipi dan bawah hidung. Gejala lain termasuk sakit sendi, demam, hilang selera makan, loya, kelesuan, dan hilang berat badan.
  • Ada juga gejala seperti anaemia, masalah psikiatrik dan neurologi, kegagalan buah pinggang, pleurisy, arthritis dan pericarditis. Diagnosis dilakukan dengan ujian darah dan juga biopsi kulit.


************************************
Dan ini ceritanya..


OK berbalik pada cerita kawan saya.. Nama samaran kawan saya adalah Peen. Katanya jangan masukkan nama nanti jadi femez pulak he he he.....

Peen adalah seorang wanita, umur : belum sampai 30 tahun.. Mempunyai 2 orang cahaya mata.
Pada tahun 2007, Peen telah didiagnos mempunyai penyakit SLE. Masa tu umur adalah 20an. Kata Peen semua simptom SLE telah dirasai olehnya.. Ini termasuknya Sakit2 badan, bengkak sendi, muka jadi merah, rambut gugur, ulser mulut, kadang-kadang tekanan darah pandai menjadi tinggi.... Semasa melahirkan anak pertama, Peen hampir kena sawan sehingga terpaksa dibedah. Baby Peen dilahirkan sebagai baby pramatang 7 bulan. Selepas dilahirkan Baby Peen mempunyai masalah dan berada dalam keadaan tidak selamat kerana terdapat jangkitan kuman..

Pregnancy kedua nampak ok, sebab dikatakan, SLE ni tidak aktif semasa pregnant. Tetapi lepas bersalin terus menjadi aktif semula. Sehingga didapati urin Peen terlalu banyak protin. Ini memyebabkan Peen menjalani biopsi untuk memeriksa kesihatan buah pinggangnya. Betapa sedihnya didapati buah pinggangnya semakin rosak.

Pada masa Peen ketemui saya di Facebook (terima kasih Tuhan dan kakak ipar Peen), keadaan Peen agak terkawal. Cuma kena makan banyak ubat termasuklah ubat yang mengandungi Steroid sebanyak 8 biji. Pemakanan Peen juga senantiasa perlu dijaga. Peen sebenarnya cari saya untuk masalah buah pinggangnya kerana beliau berpendapat tidak ada apa yang dapat membantu dalam masalah SLEnya...

Saya telah memberikan senarai panjang pada Peen berkenaan supplement yang sesuai untuk penyakit SLE ini. Tapi hanya satu yang dipilih, VIVIX.. sebab senang nak minum.. kalau pil, tak sanggup Peen nak telan sebab ubatnya sendiri pun banyak nak telan...

Peen mula minum vivix ni pada pertengahan bulan Jun 2012.. Selepas 3 minggu ini kata Peen....

Hi jg sis julie..so far skg sy rsa ok dr dulu.klu mcm sbl mkn viviks bila bgun pg2 skt ja kepala.tp skg x sdh.cm ringan n bebas ja badan sy.x skt2 sendi lg.

Maksudnya, sebelum makan vivix, bangun pagi mesti sakit kepala. Sekarang sudah tidak ada lagi. Terasa badan ringan dan bebas. Sakit-sakit sendi pun sudah tiada lagi...

Tersangat bersyukurlah saya bila membaca kata-kata Peen itu.. Bukan setakat kerana produk saya jual ni bagus tapi sebenarnya lebih kepada kesyukuran sakit Peen telah berkurang... Sebab saya tak sanggup nak bayangkan apa yang telah dilalui oleh Peen... Namun pada masa ini, ubat steroid 8 biji masih perlu dimakan. Kesian Peen kerana steroid, badan mula naik dan jadi gemuk. Kadan-kadang Peen terasa apabila orang bertanya kenapa di makin gemuk... Manalah orang tahu akan keperitan yang sedang dilalui oleh Peen.

Peen teruskan penggambilan vivix.. dan pada 25 September, ini yang Peen mesej kat saya...

Hy sis..sy ok jg..by th wy dktr ckp sy pya lupus mulai reda.yg bestny steroid tgl mkn 2biji ja skg.n skg masih treatmnt buah pinggang.mkn 1jnis ubt.so far prkmbangan yg baik la..hehe..

Maksud ni pula.... Doktor telah mengesahkan penyakit SLE Peen telah mula reda.. Yang besynya ubat steroid tu dah dikurangkan kepada 2 biji sehari sahaja... Sekarang masih lagi menjalani treatment untuk buah pinggang, dimana perlu makan 1 jenis ubat sahaja. Setakat ni perkembangan adalah baik....

Syukur Tuhan... Itulah testimoni Peen yang buat saya sendiri terharu.. Kita doakanlah agar kesihatan Peen terus bertambah baik ya....

Credit


Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  



Untuk keterangan lanjut boleh PM CipiCipiBlogshop/cipicipiblogshop@gmail.com
SMS/Whatsapp/Line : 0123956467
Shaklee ID : 889133

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular