Ahad, 30 September 2012

Kenapa perlunya tambahan vitamin dalam kehidupan seharian?



{Credit}

Ramai orang percaya bahawa memakan makanan yang seimbang dapat memberi semua vitamin dan mineral yang diperluakan untuk kesihatan yang baik. Seharusnya demikian. Tetapi secara realiti, terdapat banyak sebab mengapa tambahan vitamin diperlukan dalam kehidupan di abad ke- 21 ini. Memakan vitamin merupakan satu cara yang selamat untuk mengoptimakan nutrien dari pemakanan kita, tetapi harus mematuhi arahan yang terdapat di label produk tersebut. Di sini terdapat beberapa sebab mengapa anda harus mengambil tambahan vitamin.....                                                         

KEGILAAN BERDIET   
Mereka yang gemar berdiet dan meninggalkan beberapa kumpulan makanan boleh menghadapi kekurangan vitamin yang serius. Walaupun diet rendah lemak popular tetapi jika keterlaluan akan menyebabkan kekurangan vitamin A,D dan E. diet sayur-sayuran juga harus dirancang dengan berhati-hati supaya tidak terdapat kekurangan Vitamin B12 yang mana boleh mengakibatkan kekurangan darah.

KURANG DAYA PENGHADAMAN    
Walaupun pemakanan anda baik, kurang daya penghadaman boleh menghadkan pengambilan vitamin oleh tubuh. Penyebab utama penghadaman tidak berkesan adalah kurang menguyah makanan dan makan terlalu laju. Ini mengakibatkan saiz partikel makanan yang terlalu besar yang tidak membolehkan penghadaman enzim sepenuhnya. Pemakaian gigi palsu lebih terdedah kepada keadaan ini kerana mereka tidak dapat mengunyah dengan berkesan seperti mereka yang mempunyai gigi yang lengkap.

MASAK TERLALU LAMA  
Memasak dengan lama atau memanaskan daging, merebus sayuran boleh mengoksidakan dan memusnahkan vitamin tidak tahan haba seperti kumpulan B, C dan E. Sesetengah Vitamin B6 boleh musnah melalui iridiasi daripada gelombang mikro.

KOPI PANAS, TEH DAN REMPAH   
Tabiat meminum air yang terlalu panas atau memakan terlalu banyak bahan-bahan perengsa seperti kopi, teh atau jeruk dan rempah boleh mengakibatkan keradangan kepada lapik penghadaman. Ini menyebabkan penurunan dalam rembesan  cecair hadaman dan pengestrakan vitamin dan mineral daripada bahan makanan menjadi lemah.

ALKOHOL   
Terlalu banyak minum alkohol boleh merosakkan hati dan pankreas yang amat penting di dalam penghadaman dan metabolisme. Ia juga boleh merosakkan lapik saluran usus dan mejejaskan dengan teruk penyerapan nutrien. Keadaan ini boleh menyebabkan kekurangan zat makanan. Kerap meminum alkohol meningkatkan keperluan tubuh untuk vitamin kumpulan B terutamanya Tiamin, Niasin, Piridoksin, Asid Folik dan Vitamin B12, A dan C serta mineral seperti Zink, Magnesium dan Kalsium. Alkohol menjejaskan ketersediaan, penyerapan dan metabolisme nutrien.

MEROKOK   
Tembakau adalah perengsa kepada saluran usus dan meningkatkan metabolisme tubuh untuk keperluan Vitamin C, sebanyak lebih kurang 30mg untuk setiap sebatang rokok berbanding dengan keperluan mereka yang tidak merokok. Vitamin C yang terdapat di dalam makanan seperti betik, limau dan kapsikum akan teroksida dengan pantas sebaik sahaja ianya dipotong, dibuat jus, dimasak atau disimpan di bawah panas matahari atau hampir dengan haba. Seperti yang kita sedia maklum, Vitamin C penting untuk fungsi imun.

MAKANAN MUDAH  
Diet yang mengandungi karbohidrat bertapis seperti gula, tepung putih dan beras putih akan memerlukan sumber tambahan Vitamin kumpulan B untuk memproses karbohidrat ini. Diet yang tidak seimbang akan menyumbangkan kepada keadann seperti kerengsaan, keletihan dan gangguan tidur.

ANTIBIOTIK   
Sesetengah antibiotik walaupun penting untuk melawan jangkitan, juga membunuh bakteria dalam usus yang selalunya menghasilkan Vitamin kumpulan B untuk diserap melalui dinding usus. Kekurangan tersebut boleh menyebabkan berbagai jenis masalah saraf. Oleh itu disyorkan untuk mengambil tambahan Vitamin kumpulan B apabila terdapat penggunaan spektrum antibiotik yang berpanjangan.

KEMALANGAN DAN PENYAKIT  
Melecur boleh mengakibatkan kehilangan protein dan nutrien yang diperlukan seperti vitamin dan mineral. Pembedahan meningkatkan keperlaun Zink, Vitamin E dan lain-lain nutrien yang diperlukan untuk pembinaan se baru. Pembaikan tulang yang patah memerlukan bekalan Kalsium dan Vitamin C di samping bekalan diet lain yang lengkap sepenuhnya. Untuk mengelakkan jangkitan, perlu ada sumber pemakanan yang banyak daripada Zink, Magnesium, Vitamin B5 dan B6.

ALAHAN MAKANAN   
Mengetepikan kumpulan makanan yang lengkap daripada diet seperti kes dimana seseorang itu alah kepada glukosa atau laktosa, akan menyebabkan kehilangan nutrien yang penting seperti tiamina, riboflavin atau kalsium.

KEKURANGAN PENGAMBILAN MAKANAN   
Sesetengah orang makan sedikit walaupun tidak mempunyai matlamat untuk mengurangkan berat badan. Kajian di A.S. menunjukkan bahawa purata wanita mengekalkan berat badan mereka pada 7560 kilojoules sehari, dimana dietnya kemungkinan rendah di dalam tiamina, kalsium dan ferum.

TIDAK MENDAPAT CAHAYA MATAHARI YANG CUKUP   
Pesakit, pekerja yang mengikut syif dan sesiapa sahaja yang kurang terdedah kepada cahaya matahri boleh mengalami kekurangan Vitamin D, yang mana diperlukan untuk metabolisme kalsium. Kekurangan ini boleh menyebabkan penyakit riket dan osteoporosis  (tulang menjadi nipis).

ORANG YANG BERUMUR   
Golongan berumur didapati mengambil vitamin dan mineral yang rendah terutama ferum, kalsium dan zink. Kekuranagn asid folik dan Vitamin C selalunya ketara dan juga pengambilan serat yang rendah. Kekurangan Riboflavin (B12) dan Piridoksin (B6) juga berlaku.

REMAJA   
Perkembangan pantas di alam remaja terutama untuk gadis meningkatkan permintaan ke atas sumber nutrien untuk menampung perkembangan fizikal, biokimia dan emosi yang cepat di dalam kumpulan umur ini.

WANITA HAMIL   
Kehamilan mewujudkan permintaan yang tinggi untuk nutrien dalam memastikan perkembangan bayai yang sihat dan untuk memastikan keadaan selesa untuk ibu. Nutrien biasa yang perlu ditambah semasa kehamilan adalah kumpulan B terutama B1, B2, B3, B6, asid folik dan fosforus. Harus diambil perhatian bahawa dalah mustahak untuk mendapatkan penilaian pakar untuk mementukan keperluan nutrien semasa kehamilan.

AHLI SUKAN   
Ahli sukan banyak memerlukan makanan dan mengalami tekanan. Faktor ini mempengaruhi keperluan mereka untuk Vitamin kumpulan B, Vitamin C dan ferum. Ujian  yang dilakukan ke atas ahli sukan telah menunjukkan kekurangan dalam pelbagai jenis vitamin.

TEKANAN   
Tekanan fizikal, emosi dan kimia meningkatkan keperluan untuk Vitamin B2, B5, B6 dan C. Pencemaran udara meningkatkan keperluan untuk vitamin E.

~~~~~~~~

Vitamin For Our Daily Life

Vitamin A occurs in two form- performed Vitamin As known as retional and pro vitamin A, also known as beta carotene. Vitamin A  is also known as “the vision vitamin” for its role in aiding eyesight. Because it is fat soluable and stored in the liver, it need not be replenished everyday. Vitamin A helps maintain healthy skin, teeth and bones as well as mucous membranes such as those in the nose, throat and lungs, it is necessary in the formation of eye pigment involved in night vision and is therefore essential for vision in dim light. Vitamin A is needed for proper development of the fetus in the womb; The vitamin B complex consists of eight water soluble vitamins. 

The B vitamins work together to boost metabolism, enhance the immune system and nervous system, keep the skin and muscles healthy, encourage cell growth and division, and other benefits to your body. Brewer’s yeast is one of the best sources of the B vitamins.B1, known as thiamine, serves as a catalyst in carbohydrate metabolism and helps synthesize nerve-regulating substances. Deficiency can cause heart swelling, leg cramps, and muscular weakness. Rich food sources high in thiamine include liver, heart, and kidney meats, eggs, leafy green vegetables, nuts, legumes, berries, wheat germs, and enriched cereals. The Recommended Dietary Allowance (RDA) is 1.5 mg. Some believe thiamine helps protect against alcoholism and that it is good for depression, stress, and anxiety. It is also said to improve mental ability and to help indigestion.B2, or riboflavin, helps metabolize fats, carbohydrates, and respiratory proteins. A deficiency can result in skin lesions and light sensitivity. Riboflavin’s are abundant in mushrooms, milk, meat, liver, dark green vegetables, and enriched cereals, pasta, and bread. The RDA is 1.3 mg for adults. The vitamin is good for the skin, nails, eyes, mouths, lips, and tongue, and it is believed to help protect against cancer.B3—also known as niacin, vitamin P, or vitamin PP—helps release energy from nutrients. It can reduce cholesterol and prevent and treat arteriosclerosis, among other benefits. Too little B3 can result in pellagra, a disease with symptoms that include sunburn, diarrhea, irritability, swollen tongue, and mental confusion. Too much B3 can result in liver damage. Food sources rich in niacin are chicken, salmon, tuna, liver, nuts, dried peas, enriched cereals, and dried beans. The RDA is 14-18 mg per day for adults. 

Vitamin C is a water-soluble vitamin, meaning that your body doesn’t store it. We have to get what we need from food, including citrus fruits, broccoli, and tomatoes. You need vitamin C for the growth and repair of tissues in all parts of your body. It helps the body make collagen, an important protein used to make skin, cartilage, tendons, ligaments, and blood vessels. Vitamin C is needed for healing wounds, and for repairing and maintaining bones and teeth. Vitamin C is an antioxidant, along with vitamin E, beta-carotene, and many other plant-based nutrients. Antioxidants block some of the damage caused by free radicals, substances that damage DNA. The build-up of free radicals over time may contribute to the aging process and the development of health conditions such as cancer, heart disease, and arthritis. It’ s rare to be seriously deficient in vitamin C, although evidence suggests that many people may have low levels of vitamin C. Smoking cigarettes lowers the amount of vitamin C in the body, so smokers are at a higher risk of deficiency.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular