Khamis, 21 Jun 2012

Dejavu di Kinabalu

saLam~

terkagum lak ngan cite dejavu di kinabalunih.
duk tengok tizz upload gambar kat instagram dengan #dijavudikinabalu je ;o)
tapi tengok kat tonton je haha.

sumber : Forum CARI

Tajuk Drama: Déjà vu di Kinabalu
Siaran : Akasia TV3
Arahan : Erma Fatima & Fadzli Yahya (Pali)
Terbitan: Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd
Lakonan: Aqasha, Tiz Zaqyah, Aishah Ilias, Nazim Othman, Fadhilah Mansor, Dian P. Ramlee, Rahim Razali, Aida Rahim, Allana Amir, Khaty Azean dan Meor Ariff.
Tarikh Siaran : 18 Jun 2012 ( 7pm)

Sinopsis
Dejavu Di Kinabalu menceritakan mengenai kekasih Ammar(Aqasha), Innara (Aishah Ilias) yang meninggal dunia dan menderma jantungnya kepada Nadira(Tiz Zaqyah). Nadira yang juga pesakit jantung sangat bersyukur kerana dapat menjalani pemindahan jantung ketika nyawanya di hujung tanduk.

Bazli(Nazim Othman), kekasih Nadira sangat mencintainya dan menjaganya dengan baik sepanjang dia sakit. Nadira berasa amat terhutang budi pada Bazli. Nadira adalah pereka hiasan dalaman, begitu juga Ammar.

Takdir menemukan Ammar dengan Nadira secara tidak sengaja. Ammar mahupun Nadira tidak mengetahui bahawa jantung yang ada dalam diri Nadira adalah milik kekasih Ammar iaitu Innara.

Takdir jugalah yang menemukan mereka kembali apabila ditugaskan untuk menyiapkan projek yang diusahakan syarikat Bazli. Ammar terus jatuh cinta dengan Nadira dan dia berasakan Innara ada dalam diri Nadira.

Melihat Nadira seakan-akan melihat cinta hatinya yang sudah mati. Degup jantung Nadira pula semakin laju apabila terpandang Ammar. Mereka berdua saling tertarik dan cuba untuk menghindari perasaan itu.

Semakin lama Nadira cuba lari, semakin dekat Ammar dengannya. Nadira keliru antara perasaannya pada Ammar dan cinta Bazli yang sanggup berkorban apa saja untuknya. Apakah Nadira menerima cinta Ammar? Bagaimana pula dengan teman lelakinya, Bazli? 

Sumber : Forum CARI

1 ulasan:

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular