Khamis, 17 Mei 2012

Tips | Merencanakan Jenis Kelamin Anak

saLam~
cewah... tips merencanakan jenis anak gitu :)
ada tips ropenye ye..ekekeke
walaupun macam mana usaha yang kt try..ketentuan itu dariNYA jugak..
Maka DOA jangan dilupakan :)


sumber {Merencanakan Jenis Kelamin Anak}

KALENDAR KESUBURAN BULANAN
~Pengiraan dari DR Hamid Arshad

(Contoh: Sekiranya haid si isteri jatuh pada 1 haribulan )
Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 ( 10 hari )
Hari Subur ( Anak Lelaki ) : 11,12,13,14,15,16,17 ( 7 hari )
Hari Subur ( Anak Perempuan ) : 18,19,19,20,21,22,23 ( 7 hari )
Hari Tidak Subur : 24,25,26,27,28,29,30 ( 7 hari )

PENENTUAN KROMOSOM X & Y

Lelaki membawa kromosom X dan Y
Wanita membawa kromosom X sahaja
Benih Y yang dibawa oleh lelaki bergerak laju tetapi lebih mudah dan cepat mati manakala benih X lebih lama jangka hayatnya cuma pergerakannya lebih perlahan berbanding benih Y. Sperma (X) ini kalau dilihat dibawah mikroskop bentuknya agak lebih besar dari sperma (Y).
Jadi sekiranya benih yang bersenyawa daripada lelaki ialah Y dan wanita ialah X, maka anda bakal mengandung bayi lelaki Y + X = XY (bayi lelaki)
Jika benih yang bersenyawa daripada lelaki ialah X dan wanita X, maka anda bakal mengandung bayi perempuan.
X + X = XX (bayi perempuan)
~Namun ianya jugak adalah ketentuan dariNYA

PEMAKANAN


Jika mahukan bayi lelaki:

Dianjurkan kepada suami memakan makanan yang bersifat protein tinggi, seperti daging dan isteri dianjurkan makan yang bersifat netral atau tidak berasid seperti asam, sayuran dan sebagainya.
Jauhkan makanan yang berasid dalam jangkaan 2 bulan sebelum anda plan untuk mengandung. Contoh makanan berasid ni seperti mangga, nenas, minuman bergas.
Mencuci faraj dengan kaedah douching dengan cecair berkarbonat ( anda boleh tanya farmasi, ada jual )
Kenapa?: Kromosom Y yang di bawa oleh lelaki TAK TAHAN Asid!
Untuk dapatkan bayi lelaki, harus menangkan (kuatkan) kromosom Y.

Jika mahukan bayi perempuan:

Dianjurkan suami makan makanan yang banyak sayuran dan isteri makan daging yang dapat memberikan suasana berasid semulajadi pada vagina.
Anda tidak digalakkan makan makanan laut seperti udang, sotong dan sebagainya
Mencuci faraj dengan kaedah douching juga tetapi dengan cecair yang berasid seperti lactacyde
Untuk dapat bayi perempuan harus menangkan (kuatkan) kromosom X.

~Keberkesanan adalah 70-80%.. berusaha, tawakkal dan terus berdoa kepadaNYA


DOA


Doa anak lelaki @ perempuan {KLIK}


hehe rajin ai kopipes :)
semoga dipermudahkan segalanya amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular