Rabu, 20 Julai 2011

pedoman: tentang bunga di syurga

saLam~

cite yg ingin sy share utk renungan bersama. cite yg sy baca dr fb kak mimi. kawan kak mimi. sy mohon dr kak mimi tuk share kat blog sy. sgt sedey & air mata wanita ku tumpah juga akhirnya. semoga dia dirahmati olehNYA dan terus diberi kekuatan utk meneruskan hidup. semoga kebahagiaan dunia & akhirat miliknya.

Tentang Si Bunga Syurga ...

by Siti Norbaya Mohd Din on Tuesday, 19 July 2011 at 01:47

July 7..

Tidak kutahu bagaimana untuk melalui hari ini mahupun  hari2 seterusnya . Selepas menerima khabar dari doktor kelmarin, aku sudah merasakan dunia ini sudah berhenti berputar . teramat berat untuk ku terima perkhabaran itu .. dalam percubaan menahan esak tangis dihadapan doktor itu , aku gagal juga ..

Kata doktor , kandunganku bermasalah . Air yg memenuhi ruang kepalanya telah bertambah dan menganggu pertumbuhan otak .. dalam erti kata lain .. otaknya tidak berkembang langsung , aku lebih banyak berdiam dan mendengar penjelasan doktor itu walaupun suaranya sudah mula tenggelam dan timbul dalam khayalanku ..

Tuhan , aku akan kehilangkankah ??? untuk sekali lagi ? selepas Iman ? tidakkk .. katakan ini tidak terjadi ..  doktor menyambung scannya dengan menunjukkan keadaan bayiku .. semuanya elok molek belaka , jantungnya, tulang belakangnya , kaki tangan ,  buah pinggang .. hanya … hanya otaknya saja yang tidak menjadi ..

What are my options doc? Dengan payah aku cuba menuturkan kata mengharap kalau bisa ada rawatan untuk puteri kecilku ..

Procedur tu tak ada dlm Malaysia , satu alat akan disuntik kedalam rahim terus ke otak bayi untuk mengeluarkan cecair itu. Procedur itu sangat rumit , walaupun cecair dapat dikeluarkan , kemungkinan bayi untuk sawan , cacat ,meninggal dunia.. adalah sangat besar ..

Aku beristighfar didalam hati .. mengharap segala yg diberitakan ini hanya mimpi.. aku cuba bangun tapi tidak .. aku tidak bermimpi ..

Redhakanlah .. kata doktor …

Redhakan ? aku menyoal diriku sendiri … seperti aku harus meredhakan Iman pergi  7 tahun lampau … ?

Airmata yg cuba kutahan mengalir juga …

Apa yg harus saya lakukan sekarang Doc?

Puan boleh tunggu saat sakit bersalin atau kita boleh percepatkan masanya . Lebih lama puan tunggu lebih banyak air akan masuk kedalam otak dan akan membuat kepala bayi menjadi lebih besar dr normal .. jika sudah terlalu besar , kita terpaksa masukkan tiup untuk keluarkan air itu supaya puan boleh bersalin . Puan balik dan bincang dengan suami elok2. Keadaannya sangat serius , kerana otaknya tidak berkembang , bayi akan hilang upaya utk melakukan apa pun . Kalau puan perlu masa , pulanglah dulu dan kita akan berjumpa lagi 2 minggu .

Aku diam dan bungkam . Aku tidak bergerak kerana mengharap ada lagi kata-kata yg bakal keluar dari mulut doktor itu .. Mungkin sebuah pengharapan yg aku biasa menyelamatkan bayi ini . Namun … tiada .. dia hanya merenungku sedih ..

Maafkan saya .. Kuatkan semangat Puan . Puan datang dengan siapa ?

Sorang , jawabku acuh tak acuh

Kalau perlu, tenangkan hati dulu sebelum pulang . Kemudian nanti Puan telefon saya untuk tindakan seterusnya .

Aku bangun perlahan .. masih lagi memandang doktor itu dan berharap dia akan menuturkan sesuatu. Namun dia hanya bungkam , cuba menghadiahkan aku sedikit senyum . Lemah longlai aku keluar dari bilik doktor itu .. pandanganku sudah kabur, aku mempercepatkan langkah cuba mencari ruang .. disuatu sudut yang aku yakin tiada mata mata yang memandang , aku menghamburkan segala esak tangis .. aku mengogoi sepuas hatiku .. aku sudah tidak malu lagi untuk meratap .. aku biarkan saja airmata ini mengalir dan terus mengalir … aku meraung dan terus meraung .. biarlah kalau pun orang menuduh aku gila .. aku redha …

Ya Tuhan , aku ingin melelapkan  mata ini dan berharap semua ini hanya mimpi buruk .. Tuhan aku ingin pengsan seketika supaya aku bangun , semuanya masih ditempatnya .. tidak berubah dan tidak akan berubah ..

Ya Tuhan , katakan padaku yang aku tidak perlu membuat pilihan ini sekali lagi …

S.E.P.I …. Hanya kesepian … biarpun kenderaan hiruk pikuk dibawah .. aku tetap merasa sepi … biarpun orang orang mundar mandir .. aku tetap sepi … keseorangan …

Aku bersandar dan cuba mengumpul kekuatan diri .. Aku perlu pulang dalam keadaan selamat demi putra puteriku yang menanti disekolah .. Aku tidak boleh hanyut .. anak-anak itu amanah… tapi sebelum aku pulang … aku mesti bertemu K .. aku meraup wajah, beristighfar sepanjang jalan menuju ke kereta .. aku berdoa .. supaya aku boleh memandu dan menuju destinasi dengan selamat .. Aku mesti dapatkan K ..

Sepanjang jalan airmata ini tak henti mengalir , sekejap sekejap pandangan menjadi kabur .. Ya Allah , apalah nasib puteriku yang seorang ini … bagaikan mengerti keresahan ibunya, dia menendang seaktif mungkin .. cuba mengapaiku dengan caranya ..mungkin dia cuba menenangkan aku ibunya .. mungkin dia cuba mengatakan agar aku bersabar dan tenang … mungkin  dia cuba mengatakan .. Ibu, saya masih  hidup didalam perut Ibu ini …

Hatiku berbolak balik .. keliru dengan perbuatan sendiri .. haruskah aku teruskan perjalanan ini ? atau aku pulang terus kerumah dan menanti K pulang saja … tapi hatiku sudah bagai empangan yg mahu pecah .. tidak boleh kutahan sebak dan sesak lagi .. aku harus luahkan segalanya .. Bagaimana kalau K tidak dapat menerima ? Bagaimana kalau apa apa terjadi dipertengahan jalan bila dia pulang nanti .. Pergi atau tidak ? Pergi atau tidak? ..

Antara sedar dan tidak , aku sudah berada didepan tempat kerja K, aku cuba menelefon namun tiada jawapan .. kucuba berkali2.. akhirnya aku berputus asa. Aku undurkan kereta dan menuju jalan pulang .. tidak rasional untuk menganggu waktu kerja K .. kemudian hatiku memberontak pula ..namun aku teruskan juga perjalanan ..

Tiba-tiba , telefonku berbunyi . Demi melihat K, aku batalkan saja niat untuk pulang. Aku katakan aku perlu berjumpa dengannya .. aku minta dia menunggu aku dibawah ..

Sewaktu aku tiba , kelibat K sudah kelihatan . Aku  menarik nafas berkali-kali .. cuba untuk ‘tenang’ dan menyatakan segala perkhabaran ini  supaya dia tidak terkejut ..

Ternyata, itu hanyalah percubaan yang sia sia. Demi melihat wajahnya , airmataku sudah mula mahu mengalir..

Dia memandangku  dengan penuh tanda tanya .. dia meminta aku keluar dari kereta. Aku mengeleng  lemah ..

“Masuklah “ ..pintaku ..

Dia menurut … diam .. merenungku seperti seorang pesalah menanti hukuman .

Aku pandang wajah itu ..

Cuba untuk berkata-kata …

Aaanak… aanak kita ….

Tidak dapat ku teruskan ayat itu .. aku menarik K dan memeluknya .. aku meratap sekuat hatiku .. aku mengogoi  bagai budak kecil .. aku mahu nyatakan perasaanku yang hancur .. namun semuanya tidak ternyatakan .. yang ada hanya esak tangisku yang panjang .. yang semakin timbul tenggelam dalam pelukannya ..

Dia mengusap wajahku .. meminta aku bertenang .. meminta aku menceritakan kenapa aku menjadi sebegini ..

Dalam kepayahan esak tangis yang  panjang .. aku cuba menjelaskan padanya setiap inci kata-kata doktor tadi , … namun aku lebih banyak meraung dari menerangkan .. setiap kata harus ku ulang ulang kerana tenggelam timbul dengan tangisku .. namun cukup untuk membuat K membungkam ..

Kemudian kami sama-sama terdiam .. dan menangis ..

“Katalah apa yang awak cakap ni semua tipu je Bie “ tiba- tiba K bersuara ..
Aku mengeleng lemah …

Astagafirullahalazim …. Ya Allah ….. Subhanallah …

K meraup wajahnya berkali-kali … aku menyambung lagi esak tangisku ..

Ya Allah , entah berapa kali aku menarik2 baju K menyembamkan wajahku kedadanya . Ntah berapa kali aku mengulang2 Ya Allah anakku … anakku … dalam esak tangis yang panjang .. sehingga aku menjadi terlalu letih dan tidak bermaya …

“Bie, kalau dah bahagian kita mcm ni, redhalah … “ 

Aku meraung lagi ..mengeleng2 kan kepalaku..

“Saya pasti, ada hikmah untuk semua ni. Sekurang-kurangnya Iman ada kawankan ? “ K berkata lagi dalam esak sendunya ..

Aku tahu dia seperti aku kehilangan semangat dan kata2.. aku tahu dia mencuba untuk menjadi kuat demiku.. aku tahu dia cuba melindung keresahannya supaya aku dapat bertenang .

Can you drive ? Kakak ngan adik nak balik sekolah dah ni ..

Aku mengangguk lemah .

“Kuatkan semangat .. ingat anak-anak… , bawak kereta elok2 ..nanti kita jumpa kat rumah ya ,  “ pujuknya  sambil mengusap2 wajah kusamku  yang berselirat dengan airmata ..

Aku berjaya juga sampai kerumah meski dengan wajah kusut masai . Anak-anak melasak seperti biasa tidak ku endahkan. Aku hanya memerhatikan gelagat mereka dari jauh. Bagaimana hendak ku jelaskan tentang adik mereka ? Bagaimana ingin ku nyatakan angan2 mereka untuk bermain dengan adik baby hanya akan tinggal angan2?

Aku masih ingat beberapa hari sebelum ini, Faruq ada menyatakan sesuatu padaku

Ibu, kakak Iman dah meninggal dunia kan? .. aku tersentak namun mengiyakan kata-katanya …

Kakak Iman meninggal sebab Allah lebih sayangkan dia kan Ibu ? .. sambung Faruq lagi ..

Serta merta aku memegang perutku .. dan beristighfar … Ya Allah jauhkanlah prasangka buruk ini … peliharalah anak dalam kandunganku ..

Ternyata hari ini …. Airmata ku tumpah lagi …

bsambung...

piEcE of mE~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular