Khamis, 21 Julai 2011

pedoman: tentang bunga di syurga 3

...sambungan

Tentang Si Bunga Syurga 3

by Siti Norbaya Mohd Din on Tuesday, 19 July 2011 at 04:57

July 12,

Subuh itu sama saja seperti subuh2 yang lainnya .. suasana hening dan damai .. yang tidak sama cuma hatiku… aku merenung anak2 yang sedang lena tidur .. meraup tiap inci wajah mereka .. mengucup mereka … “ tinggal ya anak2 , Ibu perlu pergi berjuang untuk Adik, kalau tak panjang nyawa Ibu, Ibu doakan yg muluk2 utk kalian .. Ibu halalkan segala susu yang Ibu berikan .. semoga kalian jadi anak yang soleh dan solehah” ..

Aku renung K yang sedang tidur .. wajahnya kusut .. aku tahu semalaman dia tidak tidur .. aku kira dia baru saja melelapkan mata.. aku kejutkan dia .. “ dah pagi, masa utk pergi hospital” .. wajahnya berat memandangku.. aku mengalihkan muka .. tak sanggup bertentang mata..

Pagi itu sama saja seperti pagi-pagi yang lainnya . semua manusia sibuk dengan urusan masing2… mak dan ayah memandang curiga .. Hati seorang Ibu, pasti dia merasakan ada benda yang tidak kena dengan tingkah lakuku .. Aku cuba berlagak biasa .. cuba menyembunyikan kesedihanku ..
Aku katakan pada mak, ayah .. aku perlu masuk wad hari ini. Mungkin aku akan bersalin.
Mak terperanjat .. “ kan belum cukup bulan ?” mak bersuara ..
Aku diam .. tak tahu nak menjawab apa .. perlukah aku terangkan sekarang..?
“Abih, baju anak dah beli ?” soal mak ..
Aku terus mengalih muka .. menahan airmataku dari jatuh…
Ya Allah, kalau mak tahu keadaan sebenarnya …
Aku salam mak dan ayah memohon ampun dan maaf .. aku pinta supaya dihalalkan segala makan minum … mak dan ayah menangis ..aku pun tak dapat lagi menahan airmata ..
Pagi itu sungguh sedih .. anak2 yang tidak mengerti apa apa itu pun memeluk ku erat ..

Sepanjang perjalanan kami cuma banyak berdiam .. walaupun kami cuba memula bicara, tapi bicara itu akan cepat mati ..
Sampai di hospital aku terus dimasukkan ke wad bersalin. Doktor kata dia akan induce aku tapi tak akan pecahkan air ketuban dulu, drip pun tak masuk. Dia nak pintu rahim terbuka sendiri. Sekali lagi dia menerangkan pada aku tentang keadaan anak .. dan procedur2 yang akan dilakukan. Aku cuma mengangguk lemah … menandatangai borang persetujuan itu.
Masa yang dilalui terasa sekejap panjang dan pendek .. panjang kerana sudah terasa kesakitan .. pendek kerana tidak mahu menghadapi kesudahan yang menyakitkan ..
Doktor memberikan aku suntikan tahan sakit supaya aku boleh tidur .. dalam lena tidak lena itu aku merasakan contraction semakin dekat jarak waktunya … aku menangis .. dan menangis lagi malam itu… aku berdoa..

Biarlah segalanya terjadi sesuai kehendakMu

Kupasrahkan semuanya padamu Ya Rabbi

Kerana aku percaya semuanya yang terjadi atas kehendakMu

dan kehendakMulah yang terbaik krn Kau tau segalanya

Percaya kalau Kau yang paling menyayangiku

Dan hanya Kau yang tak pernah meninggalkan aku

Ya Rahman dan takdirMulah yang terbaik buatku

Walau kali ini takdirku datang bersama airmata

dan mungkin buatku bertanya

Mengapa duka ini terasa sungguh pedih dan kekal adanya

kutahu hanya Kau yang tahu jawabnya

keletihan , aku tertidur jua .. lebih kurang pukul 4 pagi aku terjaga .. jururawat datang memeriksa , katanya dah terbukak 4cm dan turun tanda .. Pagi itu doktor datang memeriksa .. katanya kali ini dia akan masukkan drip supaya cepat sikit pintu rahim membuka .. aku iyakan saja .. dalam pada tu aku pesan pada K, kalau dia nak balik tgk anak2 dulu, baliklah .. selalunya berjam2 juga masa nya utk bersalin .. dia pun pergi meninggalkan aku .. aku cuba lapangkan hati .. cuba untuk bertenang … aku minta sekali lagi disuntik ubat tahan sakit supaya aku akan tertidur … sebenarnya .. aku tidak sanggup lagi berjaga dan memikirkan segala kemungkinan .. aku serahkan saja segalanya pada Ya Rahman .. Ya Allah , tiada daya upaya tanpa Mu Ya Allah .. dan aku berserah..

Kakak2 menelefonku bertanya khabar .. selebihnya aku hanya bungkam dan diam .. menutup mataku .. cuba utk lari dari kenyataan ini .. kemudian hatiku berkata2.. bukankah keputusan ini yg telah ku fikirkan terbaik utk ‘Eshal’ ? tiba2 aku teringat nama itu.. entah kenapa sejak mengandung aku berkenan sangat dengan nama itu .. rupa-rupanya … Tuhan , benar2 dia ingin menjadi bunga di syurgaMu … aku menahan airmata lagi ..

‘Eshal’ … aku mengusap perut ku .. cuba utk tersenyum dalam tangis ..

‘Eshal’ , sedap nama anak Ibu .. sejuk hati menyebutnya .. maafkan Ibu nak, sesungguhnya Ibu teramat sayangkan Eshal .. sesungguhnya didalam hati ini berharap agar dapat memeliharamu didunia ini … tapi andai ini bahagian utk Ibu dan Baba.. Ibu cuma mintak satu jek pada ‘Eshal’ …

“ Boleh tak Eshal nangis kuat2 utk Ibu ?” … aku mengusap2 perutku.. dia membalas dengan tendangan comelnya … hatiku teruntun pilu ..

“ Berilah Ibu dan Babah sedikit masa bersama Eshal ya ?”



Kemudian aku berdoa ..

Ya Rahman, aku redha dengan ujian Mu ini. Berilah aku kekuatan menerima segalanya ini Ya Rahman … andai ini sudah tersurat buat kami .. Kau permudahkanlah perjalanan anakku ini menuju syurgaMu yang indah itu.. permudahkan lah Ya Allah Ya Rahman .. tiada daya upaya tanpaMu ya Allah …

Kesakitan itu semakin mengigit .. masanya sudah semakin hampir … Tuhan, aku sedang cuba utk tidak menangisi takdirku ini .. berilah aku kekuatan …

Kemudian , aku merasakan air ketubanku pecah .. segera aku sms K supaya datang ke hospital .. aku panggil nurse .. dan mereka memeriksa pintu rahim sudah terbuka 5cm ..

Dia pun bergegas berlari keluar mendapatkan doktor ..

Tiba2 aku merasa seperti hendak meneran .. bukan baru bukak 5cm ke .. soalku dalam hati … kesakitan itu datang .. aku sudah tidak dapat menahan lagi. Aku panggil nurse sekali lagi ..

“Allah dah bukak 9cm , panggil doktor cepat”

Aku berdoa .. Ya Rahman, jika ini takdirku, Kau permudahkan lah .. permudahkanlah .. permudahkanlah .. aku redha melepaskan anak ini jika itu yg terbaik Ya Allahhhh…..
Sakitnyaaa… hanya Allah yang tahu.
Nurse memberikan aku corong oksigen supaya aku dapat bertahan ..
Aku sedut oksigen itu sambil cuba mengatur nafas .. aku pejam kan mata .. bertawakkal pada Allah …

Allahhhhhhh…. Itu saja yang mampu aku sebut. Aku tidak ingat apa apa … aku seperti sedang bermimpi .. segalanya terasa samar2.. suara2 nurse yang cemas … terlalu jauh kurasakan ..

Alllahhhhhh… aku menyebut lagi nama keramat itu .. tanpa kusedari apa yang berlaku..
Dan kemudian aku mendengar bayi menangis ..
Dah selamat puan, aku membuka mata … tidak percaya .. begitu mudah dan pantas masa berlalu ..

Tangisan itu sungguh merdu … berulang2 dan sungguh merdu..

“Menangislah anakku … dengarkan suara mu pada Ibu… lagi dan lagi.. Jangan berhenti.” dan airmataku mengalir .. tak sanggup rasanya memikirkan kesudahan.

“Nah puan, anak puan …”

Aku memerhati Eshal yang sedang menangis sekuat hatinya ..

Aku memerhati kakinya yang menendang2 keudara .. dan tangannya yg mengapai2..

Aku mengusap wajahnya … memegang tubuhnya .. mengusap dan mengusap ..

Subhanallah .. dia menangis utkku Ya Allah.. alangkah indahnya ..

Kemudian dia dibawa pergi .. hatiku … sudah remuk ..

K menerjah masuk ke bilik .. aku pandang dia ..

“Pergilah tgk anak” .. dia terkejut dan bergegas pergi..

Airmataku sudah tak tertahankan.. Aku berdoa .. Eshal akan menunggu Babahnya .. Ya Allah pertemukanlah dua beranak itu … jangan ambil dia dulu Ya Allah ..

Waktu terasa perlahan .. segalanya rasa tidak berganjak lagi… aku sudah tidak perduli lagi pada alam sekelilingku. Nurse dan doktor yang sedang merawatiku… tidak lagi ku hiraukan .. diingatanku hanya Eshal … bagaimana dia ?

K datang padaku dengan linangan airmata …

Aku minta dia mendekat .. dan cuba menjadi kuat utknya .. Aku cuba untuk tersenyum dan menyakinkan aku ada disini utknya . Aku usap wajah yang penuh airmata itu … Aku yakinkan…

“inilah pilihan kita .. apa yg kita buat ini adalah pilihan yang terbaik utk dia. Kita dah berjanji utk ‘redha’ kan? Kita berjanji akan permudahkan ‘perjalanan’ dia?” ..

“Dia genggam jari saya tadi, lepas tu tiba2 nafasnya jadi laju … saya dah qamatkan dia ..” dalan esak tangis dia cuba memberitahuku ..

Ya Allah aku bersyukur kau pertemukan dia dengan Babahnya …

Tapi Bie, dia dah semakin lemah …

Aku mengangguk .. “Pergilah temani dia .. pergilah …” .. hanya itu yang mampu aku katakan.

K pun pergi meninggalkan aku sendirian didalam bilik … Aku pejamkan mata berharap semua ini hanya mimpi … aku berharap aku akan segera bangun …

Tidak lama selepas itu K dtg lagi dengan juraian airmata …

Tuhan, aku sudah tahu maknanya …

Innalillahiwainnailaihirojiun… puteriku telah pergi menemui PenciptaNya…

“Tadi dia mcm berat juga nak pergi, saya bisik kat dia .. Adik, Ibu babah semua sayang Adik sangat2.. kami redha .. pergilah nak.. pergilah . Lepas tu, genggaman tangan dia terlepas perlahan jek”, terang K dalam esak tangis yang memanjang..

Puteriku telah pergi … dan langit pun jatuh lalu menimpaku… Tuhan, aku sudah tidak mampu untuk menangis namun airmata ini tidak pernah mahu kering . Tuhan aku sudah mengatakan aku redha dengan ujianMu ini namun tetap juga diheret dengan kesedihan yang panjang …

Pengebumian Eshal berjalan dengan begitu pantas sekali.. begitu sekali dipermudahkan Allah … aku bersyukur … Eiliyah dan Faruq ku lihat walau dengan payah menerima keadaan ini dengan baik.. bertalu2 mereka mengucup adik mereka yang telah tiada.. kain batik yg kami buat utk membaluti tubuh arwah masih tidak dibasuh kerana kakak dan abangnya sibuk nak ‘mencium’ adik yang ‘wangi sangat2’ ..kata mereka ..

Mak dan Ayah menerima berita ini dengan pedih.. kata K ayah menangis dan mak termenung jauh …

Aku dan K, masih mencuba utk melalui semua ini dengan tabah. Terlalu sukar utk kami jelaskan kepada sesiapa yang bertanya .. Aku harap dengan ini akan terjawabla segala persoalan yg bermain difikiran . Maaf jika aku tidak menjawab panggilan2 dan pesanan2.. diketika itu dan kini.. aku masih lagi bergelut dengan diri .. walaupun aku selalu mencuba mengempang airmata ini tetap jua mau bah… lalu aku biarkan saja kesedihan ini… Aneh kadang2 memikirkan bagaimana kami melalui semua itu semasa pemergian Iman, dan kini Eshal … beratnya dada ini tidak bisa aku ungkapkan dengan kata2.. Aku harap tiada yang akan bertanya bagaimana, kenapa … aku harap semuanya sudah jelas.. semasa menulis ini , entah berapa kali aku terberhenti dan terasa sebak dan berat didalam dada..

Pun begitu, kami memandang pada dua anak comel yang tidak mengerti apa apa .. harus terus kuat meneruskan hidup ini selagi hayat dikandung badan ..

“Iman Khalisya Binti Abdul Khalim & Eshal Kamilah Binti Abdul Khalim ” ...

Tinggal dulu puteri2ku.. sejahtera didalam peliharaan Ar Rahman.. tempatmu adalah tempat yang terindah. Berbahagialah…

Disuatu masa .. di hari yang indah .. dengan keizinan Ya Rahman, kita akan dipertemukan … sehingga hari itu, Ibu dan Babah akan bersabar menyimpan kemas rindu dihati kami ini ..

tamat..
piEcE of mE~

1 ulasan:

  1. hrmm...bc kat opis..sakit dan sesaknya dada menahan hiba..kalau kat umah dah tentu banjir mcm semalam...huhuhu...berbahagialah wahai bidadari-bidadari syurga yang terindah..

    BalasPadam

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular