Ahad, 31 Julai 2011

ahlan wasahlan ya ramadhan

salam ramadhan buat semua muslim & muslimah
semoga ramadhan kali ini lebih beerti dari yang sebelumnya.

sempena ramadhan kali ini, saya memohon jutaan kemaafan pada semua seandainya ada terkasar bahasa tersalah laku. sesungguhnya yg salah itu dari diri ini yang lemah & hina..yang baik itu dari DIA yang maha berkuasa.



piEcE of mE~

hot item:Virgin Coconut Oil.VCO

saLam~

juz nak share hot item dari catalyst iaitu virgin coconut oil (VCO).
Virgin Coconut Oil - Softgel Capsules 60 Softgel Capsules / 500mg each
Product Classified As Food Under Food Act
Our Virgin Coconut Oil is in softgel capsule form for easy consuming and storage. Extracted through biotechnology's bacteria fermentation process, yielding up to 60% extraordinarily pure lauric acid .The increased content of lauric acid strengthens the body immune system.


"Never before in the history of man is it so important to emphasize the value of Lauric Oils. The medium chain fats in coconut oil are similar to fats in mother's milk and have similar nutriceutical effects."
Jon J. Kabara, PhD - Professor Emeritus, Michigan State University

Apa itu VCO?

VCO adalah salah satu produk terbaik keluaran Catalyst berasaskan minyak kelapa dara. Kelebihan VCO ini ialah ia menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan terutamanya untuk kulit. Ianya dapat mengurangkan masalah jerawat, kulit kering, tona kulit tak sekata, strechmark bagi wanita hamil dan banyak lagi.

kebaikan VCO bagi mereka yang mengalami masalah...
~jerawat & kulit berminyak
~keletihan
~kencing manis
~kulit
~selera makan yang tinggi

dan banyak lagi.
juz ask for more ;o)
pm me @ fatrina7@yahoo.com

waLk of life~kesan yang memang sy rasakan ;o)

Jumaat, 29 Julai 2011

Isnin, 25 Julai 2011

Aafiya najya salwanaku

saLam~

Sedih tgk fya. Lesu je. Senyum pun xnk. Dukung pun xbape nak. Haihh. 2 hari lepas minum susu muntah. Bape kali dh p jumpa dr nazim. Dr nazim pesan soh bagi sikit2. So far dh xmuntah. Semalam dr kul 3 sampai subuh pon fya xtdo. Duk merengek n nanges je. Sapu ubat bagi susu tukar diaper pon xjalan. Last2 tgu subuh bagi fya kat bik ani. Kul 430 bik ani dtg tanya nape tp malas nk kaco dia nk buat keje len.

Kalo bterusan muntah n poopoo, fya kena warded. Uwaaaa. Mama xsanggup. Mama lagi rela xtdo malam dukung fya tdokan fya. Mama xnk susahkan org len kalo mama x p keje. Malas nk dgr omelan2 sekeliling. Aafiya najya salwana kena kuat tau. Sekuat n sesehat nama syg.




rindu senyuman ini


- Posted using BlogPress from my iPhone -

Aafiya najya salwanaku

saLam~

Sedih tgk fya. Lesu je. Senyum pun xnk. Dukung pun xbape nak. Haihh. 2 hari lepas minum susu muntah. Bape kali dh p jumpa dr nazim. Dr nazim pesan soh bagi sikit2. So far dh xmuntah. Semalam dr kul 3 sampai subuh pon fya xtdo. Duk merengek n nanges je. Sapu ubat bagi susu tukar diaper pon xjalan. Last2 tgu subuh bagi fya kat bik ani. Kul 430 bik ani dtg tanya nape tp malas nk kaco dia nk buat keje len.

Kalo bterusan muntah n poopoo, fya kena warded. Uwaaaa. Mama xsanggup. Mama lagi rela xtdo malam dukung fya tdokan fya. Mama xnk susahkan org len kalo mama x p keje. Malas nk dgr omelan2 sekeliling. Aafiya najya salwana kena kuat tau. Sekuat n sesehat nama syg.




rindu senyuman ini


- Posted using BlogPress from my iPhone -

Ahad, 24 Julai 2011

fatinarinabdullah.com

saLam~

heee sy dh tukar dr fatinarinabdullah.blogspot.com kpd fatinarinabdullah.com. nama tetap maintain. dh tuan punyer nama tu kan.. mst le bawak nama tu ke mana2. hehe. dulu pernah buat 1 domain fatrinajmee.com tp xtau cane tsalah lak. haha. sampai sudah xleh pakai.

piEcE of mE~

kerajinan mengerjakan kertas

saLam~

4 hari lepas (kot) kak mimi mintak buatkan kad birthday tuk adik dia. aku pon buat la kan. 2 hari gak la nk siap. haha. mula2 buat kad. esoknya gulung2 kertas. buat tyme msia vs chelsea. hehe.
 happy birthday!

pastu semalam kerajinan sesaje try buat thank you card lak. gulung2 sket je. xde idea nk gulung ape *baca:malas* haha.
thank you!

waLk of life~ ada sesape nk tempah ke? hehe


piEcE of mE~

Khamis, 21 Julai 2011

pedoman: tentang bunga di syurga 3

...sambungan

Tentang Si Bunga Syurga 3

by Siti Norbaya Mohd Din on Tuesday, 19 July 2011 at 04:57

July 12,

Subuh itu sama saja seperti subuh2 yang lainnya .. suasana hening dan damai .. yang tidak sama cuma hatiku… aku merenung anak2 yang sedang lena tidur .. meraup tiap inci wajah mereka .. mengucup mereka … “ tinggal ya anak2 , Ibu perlu pergi berjuang untuk Adik, kalau tak panjang nyawa Ibu, Ibu doakan yg muluk2 utk kalian .. Ibu halalkan segala susu yang Ibu berikan .. semoga kalian jadi anak yang soleh dan solehah” ..

Aku renung K yang sedang tidur .. wajahnya kusut .. aku tahu semalaman dia tidak tidur .. aku kira dia baru saja melelapkan mata.. aku kejutkan dia .. “ dah pagi, masa utk pergi hospital” .. wajahnya berat memandangku.. aku mengalihkan muka .. tak sanggup bertentang mata..

Pagi itu sama saja seperti pagi-pagi yang lainnya . semua manusia sibuk dengan urusan masing2… mak dan ayah memandang curiga .. Hati seorang Ibu, pasti dia merasakan ada benda yang tidak kena dengan tingkah lakuku .. Aku cuba berlagak biasa .. cuba menyembunyikan kesedihanku ..
Aku katakan pada mak, ayah .. aku perlu masuk wad hari ini. Mungkin aku akan bersalin.
Mak terperanjat .. “ kan belum cukup bulan ?” mak bersuara ..
Aku diam .. tak tahu nak menjawab apa .. perlukah aku terangkan sekarang..?
“Abih, baju anak dah beli ?” soal mak ..
Aku terus mengalih muka .. menahan airmataku dari jatuh…
Ya Allah, kalau mak tahu keadaan sebenarnya …
Aku salam mak dan ayah memohon ampun dan maaf .. aku pinta supaya dihalalkan segala makan minum … mak dan ayah menangis ..aku pun tak dapat lagi menahan airmata ..
Pagi itu sungguh sedih .. anak2 yang tidak mengerti apa apa itu pun memeluk ku erat ..

Sepanjang perjalanan kami cuma banyak berdiam .. walaupun kami cuba memula bicara, tapi bicara itu akan cepat mati ..
Sampai di hospital aku terus dimasukkan ke wad bersalin. Doktor kata dia akan induce aku tapi tak akan pecahkan air ketuban dulu, drip pun tak masuk. Dia nak pintu rahim terbuka sendiri. Sekali lagi dia menerangkan pada aku tentang keadaan anak .. dan procedur2 yang akan dilakukan. Aku cuma mengangguk lemah … menandatangai borang persetujuan itu.
Masa yang dilalui terasa sekejap panjang dan pendek .. panjang kerana sudah terasa kesakitan .. pendek kerana tidak mahu menghadapi kesudahan yang menyakitkan ..
Doktor memberikan aku suntikan tahan sakit supaya aku boleh tidur .. dalam lena tidak lena itu aku merasakan contraction semakin dekat jarak waktunya … aku menangis .. dan menangis lagi malam itu… aku berdoa..

Biarlah segalanya terjadi sesuai kehendakMu

Kupasrahkan semuanya padamu Ya Rabbi

Kerana aku percaya semuanya yang terjadi atas kehendakMu

dan kehendakMulah yang terbaik krn Kau tau segalanya

Percaya kalau Kau yang paling menyayangiku

Dan hanya Kau yang tak pernah meninggalkan aku

Ya Rahman dan takdirMulah yang terbaik buatku

Walau kali ini takdirku datang bersama airmata

dan mungkin buatku bertanya

Mengapa duka ini terasa sungguh pedih dan kekal adanya

kutahu hanya Kau yang tahu jawabnya

keletihan , aku tertidur jua .. lebih kurang pukul 4 pagi aku terjaga .. jururawat datang memeriksa , katanya dah terbukak 4cm dan turun tanda .. Pagi itu doktor datang memeriksa .. katanya kali ini dia akan masukkan drip supaya cepat sikit pintu rahim membuka .. aku iyakan saja .. dalam pada tu aku pesan pada K, kalau dia nak balik tgk anak2 dulu, baliklah .. selalunya berjam2 juga masa nya utk bersalin .. dia pun pergi meninggalkan aku .. aku cuba lapangkan hati .. cuba untuk bertenang … aku minta sekali lagi disuntik ubat tahan sakit supaya aku akan tertidur … sebenarnya .. aku tidak sanggup lagi berjaga dan memikirkan segala kemungkinan .. aku serahkan saja segalanya pada Ya Rahman .. Ya Allah , tiada daya upaya tanpa Mu Ya Allah .. dan aku berserah..

Kakak2 menelefonku bertanya khabar .. selebihnya aku hanya bungkam dan diam .. menutup mataku .. cuba utk lari dari kenyataan ini .. kemudian hatiku berkata2.. bukankah keputusan ini yg telah ku fikirkan terbaik utk ‘Eshal’ ? tiba2 aku teringat nama itu.. entah kenapa sejak mengandung aku berkenan sangat dengan nama itu .. rupa-rupanya … Tuhan , benar2 dia ingin menjadi bunga di syurgaMu … aku menahan airmata lagi ..

‘Eshal’ … aku mengusap perut ku .. cuba utk tersenyum dalam tangis ..

‘Eshal’ , sedap nama anak Ibu .. sejuk hati menyebutnya .. maafkan Ibu nak, sesungguhnya Ibu teramat sayangkan Eshal .. sesungguhnya didalam hati ini berharap agar dapat memeliharamu didunia ini … tapi andai ini bahagian utk Ibu dan Baba.. Ibu cuma mintak satu jek pada ‘Eshal’ …

“ Boleh tak Eshal nangis kuat2 utk Ibu ?” … aku mengusap2 perutku.. dia membalas dengan tendangan comelnya … hatiku teruntun pilu ..

“ Berilah Ibu dan Babah sedikit masa bersama Eshal ya ?”



Kemudian aku berdoa ..

Ya Rahman, aku redha dengan ujian Mu ini. Berilah aku kekuatan menerima segalanya ini Ya Rahman … andai ini sudah tersurat buat kami .. Kau permudahkanlah perjalanan anakku ini menuju syurgaMu yang indah itu.. permudahkan lah Ya Allah Ya Rahman .. tiada daya upaya tanpaMu ya Allah …

Kesakitan itu semakin mengigit .. masanya sudah semakin hampir … Tuhan, aku sedang cuba utk tidak menangisi takdirku ini .. berilah aku kekuatan …

Kemudian , aku merasakan air ketubanku pecah .. segera aku sms K supaya datang ke hospital .. aku panggil nurse .. dan mereka memeriksa pintu rahim sudah terbuka 5cm ..

Dia pun bergegas berlari keluar mendapatkan doktor ..

Tiba2 aku merasa seperti hendak meneran .. bukan baru bukak 5cm ke .. soalku dalam hati … kesakitan itu datang .. aku sudah tidak dapat menahan lagi. Aku panggil nurse sekali lagi ..

“Allah dah bukak 9cm , panggil doktor cepat”

Aku berdoa .. Ya Rahman, jika ini takdirku, Kau permudahkan lah .. permudahkanlah .. permudahkanlah .. aku redha melepaskan anak ini jika itu yg terbaik Ya Allahhhh…..
Sakitnyaaa… hanya Allah yang tahu.
Nurse memberikan aku corong oksigen supaya aku dapat bertahan ..
Aku sedut oksigen itu sambil cuba mengatur nafas .. aku pejam kan mata .. bertawakkal pada Allah …

Allahhhhhhh…. Itu saja yang mampu aku sebut. Aku tidak ingat apa apa … aku seperti sedang bermimpi .. segalanya terasa samar2.. suara2 nurse yang cemas … terlalu jauh kurasakan ..

Alllahhhhhh… aku menyebut lagi nama keramat itu .. tanpa kusedari apa yang berlaku..
Dan kemudian aku mendengar bayi menangis ..
Dah selamat puan, aku membuka mata … tidak percaya .. begitu mudah dan pantas masa berlalu ..

Tangisan itu sungguh merdu … berulang2 dan sungguh merdu..

“Menangislah anakku … dengarkan suara mu pada Ibu… lagi dan lagi.. Jangan berhenti.” dan airmataku mengalir .. tak sanggup rasanya memikirkan kesudahan.

“Nah puan, anak puan …”

Aku memerhati Eshal yang sedang menangis sekuat hatinya ..

Aku memerhati kakinya yang menendang2 keudara .. dan tangannya yg mengapai2..

Aku mengusap wajahnya … memegang tubuhnya .. mengusap dan mengusap ..

Subhanallah .. dia menangis utkku Ya Allah.. alangkah indahnya ..

Kemudian dia dibawa pergi .. hatiku … sudah remuk ..

K menerjah masuk ke bilik .. aku pandang dia ..

“Pergilah tgk anak” .. dia terkejut dan bergegas pergi..

Airmataku sudah tak tertahankan.. Aku berdoa .. Eshal akan menunggu Babahnya .. Ya Allah pertemukanlah dua beranak itu … jangan ambil dia dulu Ya Allah ..

Waktu terasa perlahan .. segalanya rasa tidak berganjak lagi… aku sudah tidak perduli lagi pada alam sekelilingku. Nurse dan doktor yang sedang merawatiku… tidak lagi ku hiraukan .. diingatanku hanya Eshal … bagaimana dia ?

K datang padaku dengan linangan airmata …

Aku minta dia mendekat .. dan cuba menjadi kuat utknya .. Aku cuba untuk tersenyum dan menyakinkan aku ada disini utknya . Aku usap wajah yang penuh airmata itu … Aku yakinkan…

“inilah pilihan kita .. apa yg kita buat ini adalah pilihan yang terbaik utk dia. Kita dah berjanji utk ‘redha’ kan? Kita berjanji akan permudahkan ‘perjalanan’ dia?” ..

“Dia genggam jari saya tadi, lepas tu tiba2 nafasnya jadi laju … saya dah qamatkan dia ..” dalan esak tangis dia cuba memberitahuku ..

Ya Allah aku bersyukur kau pertemukan dia dengan Babahnya …

Tapi Bie, dia dah semakin lemah …

Aku mengangguk .. “Pergilah temani dia .. pergilah …” .. hanya itu yang mampu aku katakan.

K pun pergi meninggalkan aku sendirian didalam bilik … Aku pejamkan mata berharap semua ini hanya mimpi … aku berharap aku akan segera bangun …

Tidak lama selepas itu K dtg lagi dengan juraian airmata …

Tuhan, aku sudah tahu maknanya …

Innalillahiwainnailaihirojiun… puteriku telah pergi menemui PenciptaNya…

“Tadi dia mcm berat juga nak pergi, saya bisik kat dia .. Adik, Ibu babah semua sayang Adik sangat2.. kami redha .. pergilah nak.. pergilah . Lepas tu, genggaman tangan dia terlepas perlahan jek”, terang K dalam esak tangis yang memanjang..

Puteriku telah pergi … dan langit pun jatuh lalu menimpaku… Tuhan, aku sudah tidak mampu untuk menangis namun airmata ini tidak pernah mahu kering . Tuhan aku sudah mengatakan aku redha dengan ujianMu ini namun tetap juga diheret dengan kesedihan yang panjang …

Pengebumian Eshal berjalan dengan begitu pantas sekali.. begitu sekali dipermudahkan Allah … aku bersyukur … Eiliyah dan Faruq ku lihat walau dengan payah menerima keadaan ini dengan baik.. bertalu2 mereka mengucup adik mereka yang telah tiada.. kain batik yg kami buat utk membaluti tubuh arwah masih tidak dibasuh kerana kakak dan abangnya sibuk nak ‘mencium’ adik yang ‘wangi sangat2’ ..kata mereka ..

Mak dan Ayah menerima berita ini dengan pedih.. kata K ayah menangis dan mak termenung jauh …

Aku dan K, masih mencuba utk melalui semua ini dengan tabah. Terlalu sukar utk kami jelaskan kepada sesiapa yang bertanya .. Aku harap dengan ini akan terjawabla segala persoalan yg bermain difikiran . Maaf jika aku tidak menjawab panggilan2 dan pesanan2.. diketika itu dan kini.. aku masih lagi bergelut dengan diri .. walaupun aku selalu mencuba mengempang airmata ini tetap jua mau bah… lalu aku biarkan saja kesedihan ini… Aneh kadang2 memikirkan bagaimana kami melalui semua itu semasa pemergian Iman, dan kini Eshal … beratnya dada ini tidak bisa aku ungkapkan dengan kata2.. Aku harap tiada yang akan bertanya bagaimana, kenapa … aku harap semuanya sudah jelas.. semasa menulis ini , entah berapa kali aku terberhenti dan terasa sebak dan berat didalam dada..

Pun begitu, kami memandang pada dua anak comel yang tidak mengerti apa apa .. harus terus kuat meneruskan hidup ini selagi hayat dikandung badan ..

“Iman Khalisya Binti Abdul Khalim & Eshal Kamilah Binti Abdul Khalim ” ...

Tinggal dulu puteri2ku.. sejahtera didalam peliharaan Ar Rahman.. tempatmu adalah tempat yang terindah. Berbahagialah…

Disuatu masa .. di hari yang indah .. dengan keizinan Ya Rahman, kita akan dipertemukan … sehingga hari itu, Ibu dan Babah akan bersabar menyimpan kemas rindu dihati kami ini ..

tamat..
piEcE of mE~

pedoman: tentang bunga di syurga 2

...sambungan

Tentang Si Bunga Syurga 2

by Siti Norbaya Mohd Din on Tuesday, 19 July 2011 at 04:38
Hydrocephalus is a brain condition that gets its name from the Greek word for water (meaning "hydro") and head (meaning "cephalus"). It occurs when cerebral spinal fluid (CSF) — the clear, water-like fluid that surrounds and cushions the brain and spinal cord — is unable to drain from the brain. It then pools, causing a backup of fluid in the skull.
Sometimes referred to as "water on the brain," hydrocephalus can cause babies' and young children's heads to swell to accommodate the excess fluid. Older kids, whose skull bones have matured and fused together, experience painful headaches due to increased pressure in the head.
If left untreated, hydrocephalus can lead to brain damage, a loss in mental and physical abilities, and even death. With early diagnosis and timely treatment, however, most children recover successfully.

Semenjak menerima perkhabaran itu, segalanya sudah berubah .. tidak ..  cuma kami yang terasa segala nya berubah .. sunyi dan sepi .. walaupun kami cuba melalui hidup seperti ‘biasa’ ternyata lakonan itu seakan sia sia .. tiada bicara .. hanya mata yang berkata- kata . Tiap kali aku memandang K dan tiap kali dia memandangku.. hanya mata yang berbicara … mata yg redup.. sedih dan kosong .. cuba berkuat demi anak-anak yang lain .. namun mata tak akan bisa berbohong ..

Malam itu, kami duduk berdua setelah menidurkan anak2? Dengan linangan airmata membuat keputusan .. keputusan yang amat berat untuk digalas dibahu kami.. Biar betapa berat pun dan biar kita cuba lari kemana pun, kita tetap harus mendepaninya. Biarlah kita permudahkan ‘perjalanannya’ ini. Aku tak sanggup melihat dia terseksa … aku sudah menyaksikan pelbagai procedur yg menyakitkan ..

“ kalau otak tu normal cuma ada masalah lebihan air, kita boleh pasang shunt atau tiub untuk keluarkan cecair tu Puan, masalahnya, otaknya tidak berkembang langsung, tak jadi ..” , kata-kata doktor itu berputar diingatan ..

“Ngah, berilah masa utk Bie bersamanya ..”  K  hanya mengangguk lemah.
“Kalau boleh biarlah org tak tahu, Bie nak buat semua ni dengan penuh tenang, dengan penuh redha .. bila dah selesai semua nanti barulah kita bagitau ya” pintaku ..

Kemudian utk kesekian kalinya kami menangis lagi. Airmata sudah menjadi terlalu murah .. mudah saja ia tumpah tanpa dapat diempang …

Aku terangkan pada Eiliyah dan Faruq dalam ayat yg amat payah supaya mereka mengerti yang mereka tidak dapat ‘bermain’ dengan adik mereka. Aku tunjukkan gambar2 baby yg mengidap Hydrocephalus..mereka kecewa dan mula bertanya soalan .. aku mencuba sedaya upayaku membuat mereka faham.. penyudahnya aku katakan, kakak Iman perlukan kawan .. dan Adik akan kawankan kakak Iman sebab Eiliyah dah ada Faruq, jadik adik baby pegi temankan Kakak Iman pulak.. ntah mcmana mereka menerima pula alasanku itu.

Tiada siapa yg tahu termasuk kedua org tua kami. Yang tahu hanya kakakku yg kebetulan menelefon aku ketika aku sedang bersedih.. tiba2 saja segalanya terhambur .. aku minta supaya segalanya dirahsiakan .. aku tak mau mak ayah bersedih .. aku tak mahu mereka cemas dan terganggu kesihatan ..

Hari hari yang berlalu terasa sungguh asing.. dan kosong .. semakin dekat harinya semakin tidak ketentuan hati ini …

Ya Rahman .. berilah aku petunjuk … mungkinkah ada jalan yang lebih baik ?
bsambung...

piEcE of mE~

Rabu, 20 Julai 2011

pedoman: tentang bunga di syurga

saLam~

cite yg ingin sy share utk renungan bersama. cite yg sy baca dr fb kak mimi. kawan kak mimi. sy mohon dr kak mimi tuk share kat blog sy. sgt sedey & air mata wanita ku tumpah juga akhirnya. semoga dia dirahmati olehNYA dan terus diberi kekuatan utk meneruskan hidup. semoga kebahagiaan dunia & akhirat miliknya.

Tentang Si Bunga Syurga ...

by Siti Norbaya Mohd Din on Tuesday, 19 July 2011 at 01:47

July 7..

Tidak kutahu bagaimana untuk melalui hari ini mahupun  hari2 seterusnya . Selepas menerima khabar dari doktor kelmarin, aku sudah merasakan dunia ini sudah berhenti berputar . teramat berat untuk ku terima perkhabaran itu .. dalam percubaan menahan esak tangis dihadapan doktor itu , aku gagal juga ..

Kata doktor , kandunganku bermasalah . Air yg memenuhi ruang kepalanya telah bertambah dan menganggu pertumbuhan otak .. dalam erti kata lain .. otaknya tidak berkembang langsung , aku lebih banyak berdiam dan mendengar penjelasan doktor itu walaupun suaranya sudah mula tenggelam dan timbul dalam khayalanku ..

Tuhan , aku akan kehilangkankah ??? untuk sekali lagi ? selepas Iman ? tidakkk .. katakan ini tidak terjadi ..  doktor menyambung scannya dengan menunjukkan keadaan bayiku .. semuanya elok molek belaka , jantungnya, tulang belakangnya , kaki tangan ,  buah pinggang .. hanya … hanya otaknya saja yang tidak menjadi ..

What are my options doc? Dengan payah aku cuba menuturkan kata mengharap kalau bisa ada rawatan untuk puteri kecilku ..

Procedur tu tak ada dlm Malaysia , satu alat akan disuntik kedalam rahim terus ke otak bayi untuk mengeluarkan cecair itu. Procedur itu sangat rumit , walaupun cecair dapat dikeluarkan , kemungkinan bayi untuk sawan , cacat ,meninggal dunia.. adalah sangat besar ..

Aku beristighfar didalam hati .. mengharap segala yg diberitakan ini hanya mimpi.. aku cuba bangun tapi tidak .. aku tidak bermimpi ..

Redhakanlah .. kata doktor …

Redhakan ? aku menyoal diriku sendiri … seperti aku harus meredhakan Iman pergi  7 tahun lampau … ?

Airmata yg cuba kutahan mengalir juga …

Apa yg harus saya lakukan sekarang Doc?

Puan boleh tunggu saat sakit bersalin atau kita boleh percepatkan masanya . Lebih lama puan tunggu lebih banyak air akan masuk kedalam otak dan akan membuat kepala bayi menjadi lebih besar dr normal .. jika sudah terlalu besar , kita terpaksa masukkan tiup untuk keluarkan air itu supaya puan boleh bersalin . Puan balik dan bincang dengan suami elok2. Keadaannya sangat serius , kerana otaknya tidak berkembang , bayi akan hilang upaya utk melakukan apa pun . Kalau puan perlu masa , pulanglah dulu dan kita akan berjumpa lagi 2 minggu .

Aku diam dan bungkam . Aku tidak bergerak kerana mengharap ada lagi kata-kata yg bakal keluar dari mulut doktor itu .. Mungkin sebuah pengharapan yg aku biasa menyelamatkan bayi ini . Namun … tiada .. dia hanya merenungku sedih ..

Maafkan saya .. Kuatkan semangat Puan . Puan datang dengan siapa ?

Sorang , jawabku acuh tak acuh

Kalau perlu, tenangkan hati dulu sebelum pulang . Kemudian nanti Puan telefon saya untuk tindakan seterusnya .

Aku bangun perlahan .. masih lagi memandang doktor itu dan berharap dia akan menuturkan sesuatu. Namun dia hanya bungkam , cuba menghadiahkan aku sedikit senyum . Lemah longlai aku keluar dari bilik doktor itu .. pandanganku sudah kabur, aku mempercepatkan langkah cuba mencari ruang .. disuatu sudut yang aku yakin tiada mata mata yang memandang , aku menghamburkan segala esak tangis .. aku mengogoi sepuas hatiku .. aku sudah tidak malu lagi untuk meratap .. aku biarkan saja airmata ini mengalir dan terus mengalir … aku meraung dan terus meraung .. biarlah kalau pun orang menuduh aku gila .. aku redha …

Ya Tuhan , aku ingin melelapkan  mata ini dan berharap semua ini hanya mimpi buruk .. Tuhan aku ingin pengsan seketika supaya aku bangun , semuanya masih ditempatnya .. tidak berubah dan tidak akan berubah ..

Ya Tuhan , katakan padaku yang aku tidak perlu membuat pilihan ini sekali lagi …

S.E.P.I …. Hanya kesepian … biarpun kenderaan hiruk pikuk dibawah .. aku tetap merasa sepi … biarpun orang orang mundar mandir .. aku tetap sepi … keseorangan …

Aku bersandar dan cuba mengumpul kekuatan diri .. Aku perlu pulang dalam keadaan selamat demi putra puteriku yang menanti disekolah .. Aku tidak boleh hanyut .. anak-anak itu amanah… tapi sebelum aku pulang … aku mesti bertemu K .. aku meraup wajah, beristighfar sepanjang jalan menuju ke kereta .. aku berdoa .. supaya aku boleh memandu dan menuju destinasi dengan selamat .. Aku mesti dapatkan K ..

Sepanjang jalan airmata ini tak henti mengalir , sekejap sekejap pandangan menjadi kabur .. Ya Allah , apalah nasib puteriku yang seorang ini … bagaikan mengerti keresahan ibunya, dia menendang seaktif mungkin .. cuba mengapaiku dengan caranya ..mungkin dia cuba menenangkan aku ibunya .. mungkin dia cuba mengatakan agar aku bersabar dan tenang … mungkin  dia cuba mengatakan .. Ibu, saya masih  hidup didalam perut Ibu ini …

Hatiku berbolak balik .. keliru dengan perbuatan sendiri .. haruskah aku teruskan perjalanan ini ? atau aku pulang terus kerumah dan menanti K pulang saja … tapi hatiku sudah bagai empangan yg mahu pecah .. tidak boleh kutahan sebak dan sesak lagi .. aku harus luahkan segalanya .. Bagaimana kalau K tidak dapat menerima ? Bagaimana kalau apa apa terjadi dipertengahan jalan bila dia pulang nanti .. Pergi atau tidak ? Pergi atau tidak? ..

Antara sedar dan tidak , aku sudah berada didepan tempat kerja K, aku cuba menelefon namun tiada jawapan .. kucuba berkali2.. akhirnya aku berputus asa. Aku undurkan kereta dan menuju jalan pulang .. tidak rasional untuk menganggu waktu kerja K .. kemudian hatiku memberontak pula ..namun aku teruskan juga perjalanan ..

Tiba-tiba , telefonku berbunyi . Demi melihat K, aku batalkan saja niat untuk pulang. Aku katakan aku perlu berjumpa dengannya .. aku minta dia menunggu aku dibawah ..

Sewaktu aku tiba , kelibat K sudah kelihatan . Aku  menarik nafas berkali-kali .. cuba untuk ‘tenang’ dan menyatakan segala perkhabaran ini  supaya dia tidak terkejut ..

Ternyata, itu hanyalah percubaan yang sia sia. Demi melihat wajahnya , airmataku sudah mula mahu mengalir..

Dia memandangku  dengan penuh tanda tanya .. dia meminta aku keluar dari kereta. Aku mengeleng  lemah ..

“Masuklah “ ..pintaku ..

Dia menurut … diam .. merenungku seperti seorang pesalah menanti hukuman .

Aku pandang wajah itu ..

Cuba untuk berkata-kata …

Aaanak… aanak kita ….

Tidak dapat ku teruskan ayat itu .. aku menarik K dan memeluknya .. aku meratap sekuat hatiku .. aku mengogoi  bagai budak kecil .. aku mahu nyatakan perasaanku yang hancur .. namun semuanya tidak ternyatakan .. yang ada hanya esak tangisku yang panjang .. yang semakin timbul tenggelam dalam pelukannya ..

Dia mengusap wajahku .. meminta aku bertenang .. meminta aku menceritakan kenapa aku menjadi sebegini ..

Dalam kepayahan esak tangis yang  panjang .. aku cuba menjelaskan padanya setiap inci kata-kata doktor tadi , … namun aku lebih banyak meraung dari menerangkan .. setiap kata harus ku ulang ulang kerana tenggelam timbul dengan tangisku .. namun cukup untuk membuat K membungkam ..

Kemudian kami sama-sama terdiam .. dan menangis ..

“Katalah apa yang awak cakap ni semua tipu je Bie “ tiba- tiba K bersuara ..
Aku mengeleng lemah …

Astagafirullahalazim …. Ya Allah ….. Subhanallah …

K meraup wajahnya berkali-kali … aku menyambung lagi esak tangisku ..

Ya Allah , entah berapa kali aku menarik2 baju K menyembamkan wajahku kedadanya . Ntah berapa kali aku mengulang2 Ya Allah anakku … anakku … dalam esak tangis yang panjang .. sehingga aku menjadi terlalu letih dan tidak bermaya …

“Bie, kalau dah bahagian kita mcm ni, redhalah … “ 

Aku meraung lagi ..mengeleng2 kan kepalaku..

“Saya pasti, ada hikmah untuk semua ni. Sekurang-kurangnya Iman ada kawankan ? “ K berkata lagi dalam esak sendunya ..

Aku tahu dia seperti aku kehilangan semangat dan kata2.. aku tahu dia mencuba untuk menjadi kuat demiku.. aku tahu dia cuba melindung keresahannya supaya aku dapat bertenang .

Can you drive ? Kakak ngan adik nak balik sekolah dah ni ..

Aku mengangguk lemah .

“Kuatkan semangat .. ingat anak-anak… , bawak kereta elok2 ..nanti kita jumpa kat rumah ya ,  “ pujuknya  sambil mengusap2 wajah kusamku  yang berselirat dengan airmata ..

Aku berjaya juga sampai kerumah meski dengan wajah kusut masai . Anak-anak melasak seperti biasa tidak ku endahkan. Aku hanya memerhatikan gelagat mereka dari jauh. Bagaimana hendak ku jelaskan tentang adik mereka ? Bagaimana ingin ku nyatakan angan2 mereka untuk bermain dengan adik baby hanya akan tinggal angan2?

Aku masih ingat beberapa hari sebelum ini, Faruq ada menyatakan sesuatu padaku

Ibu, kakak Iman dah meninggal dunia kan? .. aku tersentak namun mengiyakan kata-katanya …

Kakak Iman meninggal sebab Allah lebih sayangkan dia kan Ibu ? .. sambung Faruq lagi ..

Serta merta aku memegang perutku .. dan beristighfar … Ya Allah jauhkanlah prasangka buruk ini … peliharalah anak dalam kandunganku ..

Ternyata hari ini …. Airmata ku tumpah lagi …

bsambung...

piEcE of mE~

wordless wednesday:YNWA

LiverpoolFC vs Malaysia xi
16 July 2011
credit to fah~


piEcE of mE~

Selasa, 19 Julai 2011

Result cutest baby in hat

saLam~

Owhh result contest:cutest baby in hat dah kuar.<--klik.

Tahniah kpd pemenang. Yg menang mmg otai contest :). Fya xdak rezeki hehe. Nnt kt cuba lagi ye fya. Haha mama dia yg excited!


- Posted using BlogPress from my iPhone -

Ahad, 17 Julai 2011

Hanya luahan hati kecil

saLam nisfu Syaaban~

Ingat nk review pasal friendly match harimau malaya vs liverpool tp wait seminit la.. Tgk byk sgt yg komen ntah pape.

Mmg xdinafikan stadium bukit jalil penuh ngan berbaju merah. Sy salah seorang yg berada kat sana langsung xnampak yg rakyat msia ni merendahkan pemain msia @ ke ape. Even pakai baju merah tp semua tetap sokong msia. Tetap bg semangat kat team msia. ni yg sy mmg respect. Org yg tgk dr luar mmg nampak malaysian sokong @ agung2kan org luar. Tp x sebenarnya. Yg pakai baju merah ni tetap sorak msia boleh. Tetap bg sokongan tyme team msia nk score n tetap bsorak bangga bile score. Tp yg pelik yg dtg pakai baju kuning duk kat blkg boleh lak duk maki2 ckp bukan2. Tu ke msian? Plz laa.

Semua tau kn bola ngan kaum laki ni xleh dpisahkan. N club luar mmg dorang tabik spring sbb dorang men mmg power. Yg ni mmg xleh dipisahkan. Dh bila club kesayangan dorang dtg mmg lagi suka la kan? Ada yg sanggup p stadium dorang tyme ada game dorang ape.. Tour asia ni bukan match apa pon padahal friendly match je pon. Aduiii letih bila tgk duk ckp mcm2. X pro langsung la beb..

Sama cam pompuan gak. Minat ngan fesyen ke hape. Boleh je nk ikut fesyen org luar kan? Gaya btudung ke hape. Pakai tudung cam paderi ke hape nape xde kecoh2? Nape xpakai je tudung bawal cam dulu2. Haaa benda sama kan? Agung2 benda luar.

Bagi sy yg xdelah baik sgt tp bila pk logik. Msg2 ada hak nk sokong sape nk suka sape nk benci sape nk tiru sape. Tp yg penting niat kt xberubah. Hanya Dia yg kt sujud.

Wallahualam.



- Posted using BlogPress from my iPhone -

Jumaat, 15 Julai 2011

YNWA:training session:tragedi lucusss

saLam~

ptg semalam sy amek halfday tu. sbb nk p tgk traing session liverpool. sampai kul 5. stadium sudah sesak. fuhh. tyme tu harimau malaya punyer turn duk training.

 harimau malaya
 tgh duk tunggu turn liverpool lak tetiba dgr org duk booo. makin lama main kuat. haha. rope2nye ada mamat ni tersesat dtg tgk the reds lak. siap pakai baju setan merah tu. abes la jawabnya. pakai msia punyer ok lagik. semua duk pakat boo soh tukar baju liverpool tp dia tetap xnk. siap cium2 baju tu. haha xmenahan!. sile tgk gambo di bawah. lucussss.
 family dia semua pakai liverpool
 tetap tanak bukak! haha
 bapak dia yg bukak baju!
 bukak baju!
 sanggup xpakai baju haha!
 bapak dia soh pakai baju liverpool. dia tanak :)
finally dia pakai baju harimau malay :p

*credit to ezi n fah yg amek gambo ni. ai amek kat fb ezi hehe.
.the reds.

piEcE of mE~

Rabu, 13 Julai 2011

wordlEss wEdnesday:bisik warna.whispers of colour

.bisik warna.whispers of colour.
by A.Samad Said

~kalo x silap dh pernah ada entry pasal buku ni tp xjumpa lak~




waLk of life~autopublished.


piEcE of mE~

Selasa, 12 Julai 2011

baiti jannati

saLam~

kalo company yg sy keje ni adalah kontraktor yg akan buat rumahku syurgaku n sy sebagai qs bagi pihak kontraktor n incik client (suamiku yg terchenta), so xpela kan buat estimate umah sdr tyme ofis kan? kirenya cam scope of work la gak? hehe. tp yang penting mst didahulukan..



waLk of lifE~autopublished.


piEcE of mE~

font

saLam~

semalam dpt bukak balik my si itam lappy setelah sekian lama tsadai. huhu. bila bukak blog aikkk pesal hudoh sgt font ni. kat ofis ok je. kat lappy incik somi ok je. owhhh rupe2nye kat ofis n lappy incik somi ai dh donlod font tu. font AddJazz. ai donlod je ekeke. patut le tgk tru ipung pon sama. haihh sape xde font tu nampok le kehuduhan blog ni akakka. nnt la godek2 lagi.

waLk of lifE~autopublished.


piEcE of mE~

Hat voting suda tamat~

saLam~

contest d cutest baby in hat dh abes masa tuk vote semalam. asalnya 13rd july tp tgk balik post mom bloggers sampai 11th july je. so sesapa yg dh LIKE pic fya tenkiu byk2. sape kena tag ke dpt msg ke sory banyak2. hehe. kt tunggu jela result nnt. ada rezeki ada la ;o)

waLk of lifE~ autopublished.
piEcE of mE~

Isnin, 11 Julai 2011

contest cutest baby of planet june 2011~cutest baby in hat

saLam~

seperti entry contest cutest baby of planet june 2011, so mama fya nk mintak kengkawan klik LIKE kat pic fya kat MBP fanpage @ terus p link ni fya. juz klik LIKE ye ;o). voting date from 3rd ~ 13th July 2011. so dis entry adlh sticky post from 3rd~13th july.

hopefully dis pic akan menang jugak hehe
.
.
.
v
tenkiu in advance semua. fya sayanggggg korang ;o)


piEcE of mE~

happy 7!

saLam~

semalam 10.7.11.
genap anak mama 7 bulan.
sudah 7 bulan sy jadik mama.
happy even benda yg sy nak sgt2 buat tuk anak tcinta xkesampaian.
mungkin ada hikmah dsebaliknya.
hanya DIA yang tahu.
semalam mama ngan gigih buat kad tuk fya.
tuk kenangan fya tsayang.
happy 7!


piEcE of mE~

Sabtu, 9 Julai 2011

our jersey!

saLam~

lambat sket nk apdet. hehe. semalam kami dh dpt jersey yg kami beli on9 tu. entry ini--> .the.reds. incik somi dh kat umah rupanya. siap tag gambo tu lagi. ekeke. lunch hour cepat2 balik umah n try baju. seb bekkk muat! akaka.so, layan gambo plizzz ;o)

 yg ada no tu incik somi punyer. penyebab no free postage n lambat sampai! hehe

kami bertiga punyer!

c fya yg semangat!

piEcE of mE~

Jumaat, 8 Julai 2011

.cinta.teragung.

saLam~

heee. cinta teragung. lagu yg terkesan kat hati ai skang. ngeh2. mulanya syok kat lagu hazama ni sbb lagu pokok. pastu terus melekat lagu cinta teragung lak. hee. 1st tyme tgk video clip lagu hazama cam x paham nape cam tu. duk dgr hari2 pon xpaham pon lirik tu. sampai la td on d way p keje dgr lagu ni. oooowh baru paham nape video clip dia gaya camtu. ekekeke. so layankan aje lagu cinta teragung ni ye ;o)

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu


Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu


Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku


Khamis, 7 Julai 2011

seven:7

saLam~

akhirnya siap gak 7 bookmarks ai nih haha. buat last wiken tp tgendala jap. so sambung sesubuh alam td. hee. tp xde tulis pape lagi. ingatk nk print pape @ cop je tp malas. bior le dia tanpa kata2 akaka.




7 of colourful bookmarks

piEcE of mE~

Rabu, 6 Julai 2011

Selasa, 5 Julai 2011

jp visa

saLam~

berehat sekojap! haha padahal dh lama berehat. pg td p imigresen setel JP Visa fya punyer bibik. dsebabkan dah lebih tempoh sebulan, maka kena denda la seratus hengget. so semua yg len dh setel. moral of d story jangan buat keje lambat2 @ tangguh2. akakak. baiklah.

piEcE of mE~

Ahad, 3 Julai 2011

.the.reds.

saLam~

hee. khamis lepas tgh duk bsenang lenang tgk tv incik somi panggil. tanya nak x jersey liverpool. ai xde la kipas susah mati bola nih tp org nk belanja ai on je. ngeh2. kami beli kat store.liverpoolfc. ada free postage. kami borong tuk kami 3 beranak. tp bila last nak bayar tgk ada charge kat postage. aikkk cakap free postage. rupe2nya sbb incik somi amek nama n no tu. so xdela free postage nye nyah oi.. harap2 sampai le sebelum 14julai ni. hehe. tp xsure le ai muat x size yg beli tu. yela skang kan dh jadik tong drum diesel site putrajaya akakka. so sesapa peminat kipas susah mati liverpool rerajin le singgah sana. kot2 ada yg tertarik terpikat kau mmg dabommmm. ngeh3. layan pic je dulu nnt dh dpt baru kami tanyang jersey tu lak. ekekke.

papa punyer
mama punyer
fya punyer





piEcE of mE~

Jumaat, 1 Julai 2011

kami

saLam~

haihh.
sepi lak blog ni.
byk mau dkongsi tapi bior jela kami lalui sendirian.
kadang2 diam itu lebih baik.
tp bila diam bukan bermakna lemah.
selagi ada kesabaran yang tinggi.
walaupun kadang terasa duri yang ditelan.
bila mulut banyak bcakap.
lain pulak dtafsirnya.

namun ku bersyukur kepadaNYA kerana dikurniakan 2 org yg sgt hebat bagiku.
syg kamu papa & fya!

piEcE of mE~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular