Jumaat, 31 Disember 2010

owh my luvly 2010

saLam~

2010 bakal melabuhkan tirai beberapa jam je lagik. jom fya kita p tgk lampu lip lap kat bandar. haha tetibe! 2010 taun yg paling best lam idup aku selama aku hidup. taun2 lepas pon best tp taun ni mmg extravaganza la.

dari segi life mmg aku bsyukur sangat2 sbb taun 2010 aku telah menamatkan zaman bujang ngan insan yg sgt2 istimewa. ~our wEdding~ dialah my other half. incik somi ku xlen xbukan. dialah tulang belakang aku setelah dia mengambil alih menjaga aku dari kedua ibu bapa aku. seorang lelaki yg amat aku sayangi, hormati & sanjungi. bukan terlalu memuji & melupakan kedua ibubapa aku. jasa ibubapa aku mmg xleh dlupakan sampai bila2. tapi skang aku bcerita tentang kehidupan baru aku bsama ngan incik somi. so jgn ada yg bfikiran cetek yg aku umpama kacang lupakan kulit plak ye :o) sesapa yg pernah mengenali somi ku pasti merasakan yg sama. dia terlalu baik. mungkin kekadang ada tsilap kata tsalah laku tapi hanya sedikit terjadinya. boleh dkira dgn jemari berapa kerap. itulah org yg kusanjungi. sentiasa mahu aku happy. syukur pada Mu Ya Allah mgurniakan dia buatku. itulah hikmah dsebalik kejadian aku fikir.

nikah

resepsi


kehidupan kami yg bahagia bertambah bahagia bila kami mendapat berita gembira. orang ke 3 bakal muncul lam hidup kami! inilah rezeki kahwin kan. alhamdulillah! kami mhitung hari menunggu zuriat kami lahir. tsangat2 happy. walaupun lam masa 1st trimester aku tsangat2 sensitif & byk perkara yg tjadik, incik somi tetap sabar melayan kerenah aku. kdg2 bila pk2 balik hal bodoh pon leh tsentap haha! kesian incik somi. melepasi 1st trimester amat melegakan. kami msg2 give & take. xde lagi sentap2 haha. yg paling penting incik somi terus menerus mjaga hati aku. apa yg aku sebut mst dpt. hehe. thanx syg! kiranya xde la apa yg aku ngidam xtercapai. lagipon apa yg diidamkan xde la nk benda2 yg mgarut n susah nk dpt pon. kalo x sure anak aku skang meleleh je air liur kan? ekeke. lam masa aku mengandung incik somi mmg sentiasa di sisi. xpernah berenggang melainkan p keje. p check up pon aku xpernah p sorang2. pasti incik somi ada di sisi. syukur sgt2 saat2 aku memerlukan dia ada di sisi. syukran Ya Allah! sampailah masa 3mgu sblum due date, tyme doc detect baby xmbesar ikut mgu n aku cuti awal dr due date, incik somi sentiasa ada ngan aku. sampai keje pon kejap2 je dia p. kadang2 langsung x p pon :D kalo keje ngan org sure dh kena terminate haha. 10.12.10 cahaya mata aku telah lahir ke dunia ini. ~ouR L.O.V.E~. betapa happy kami dapat baby girl :o). terasa lengkap hidup ini. syukran Ya Allah! semoga kehidupan kami selepas ini bertambah baik seterusnya. moga kami dberi kebahagian sehingga ke akhir hayat kami.. dmurahkan rezeki.. kehidupan yg baik. insyaallah aminn. 
my lil aafiya najya salwana


selamat tinggal 2010 yang penuh dengan warna2 ceria.. selamat datang 2011. semoga kehidupan yg lebih sempurna & sentiasa dlimpahi rahmat olehNYA. amin. i love u mohd najmee & aafiya najya salwana. Terima kasih Ya Allah!

piEcE of mE~

Khamis, 30 Disember 2010

kisah BM vs FM

saLam~

hari ni dah 21 hari. tinggal lagi 23 hari tuk dlalui haha. penat jugak bpantang nih! bab makan aku xkisah sgt sbb apa yg aku makan start hari pertama lagi best jugak la ekeke. walaupon xde ayam yg mmg peberet aku tu kan. tp semalam ada sup ayam kampung! hehe. kalo tyme duk umah sana makanan yg dsediakan nasi putih + sup sawi & lobak putih + ikan haruan. mmg best gak sbenarnya. tyme kat umah ni pon still sama nasi putih + sup sayur (sawi+lobak putih+brokkoli+saderi) + ikan haruan.

skang perot asyik lapar haha! biskut ngan milo & susu adalah wajib ada. kdg2 tgh malam sambil tunggu baby bangun aku akan makan jugak. yela kena la mkan & minum byk bagi susu pon byk. susu aku alhamdulillah ada tp nk kata melimpah ruah xdela. yg jadik masalahnya baby fya xnk direct minum susu badan. nk jugakkkk botol. so aku kena pam baru bagi dia minum. penat jugak cara ni sbb kena pam.. pastu kalo susu dh masuk peti ais kena panaskan plak. kalo baby fya xnyempat2 nk susu jawabnya merah la muka dia menangis. nk x nk aku sumbat jugak breast aku kat dia. tp cam biasa la dia wat muka cam geli sgt nk hisap haha!

jeles tol la mommy2 len dpt direct bf kat baby masing2. kdg2 tensen tyme duk pam smpai kurang hasilnya. masa minggu pertama kat umah sana, adik ipar aku, wawa ajak kawan dia dtg umah tuk tolong aku pasal bf ni. akak tu nama haslina kalo xsilap..lupa plak. dia adalah lactation counselor. byk input yg aku dpt tp baby fya still sama gak. tyme tu breast dh mbengkak cam nk pecah je rasa. baby fya xnk minum n aku lak xpam sgt. sampaikan akak tu urut n kuarkan susu guna tangan. boleh la jugak 3/4 botol medela tuh. yg lucunya tyme tu aku rasa cam lembu pon ada sbb akak tu ngan wawa btungkus lumus urut n kuarkan susu. dah jadik tontonan umum lak bila kak intan, jiha & yan pon join skali tgk. abes ternoda i :D pastu aku pon btungkus lumus pam takut baby xcukup susu. sampaikan xde sempat dh nk wat stok.

tp skang baby fya dh minum susu mama n susu formula ye. sedih! ni sume start bila kami bawak baby fya jmp pakar n tyme tu dia nanges nk susu tp susu xcukup. sampaikan nurse tu bg air kosong kat anak aku! geram betol. dh le doc tu kemain lembab buat keje. tyme tula baru nk betol2 kan wayar la itula inila. baby fya dh meraung2 tyme tu. rasa je nk soh benti jela check baby fya! tyme tgh tgu nk bayar lak baby fya muntah atas mama wan. lagik sedih bila papa fya xbawak baju @ kain pon. adeii.. aku lak boleh xcheck dulu apa yg papa fya taruk lam beg tu. ingatkan semua ok la kan. buat malu kat mama je. sampaikan mama ckp len kali bawak sepersalinan n susu cukup. hoho.

bila ada next check up ngan dr nazim, tyme tu mmg complete la aku bawak. haha. xkasi dh incik somi yg masukkan brg2 lam beg tuh. takut pisang bbuah dua kali ekeke. n tyme tula kami decide nk bwak susu formula. takut xcukup. kebetulan ada 1 kotak susu s26 yg hospital bagi tyme kuar ritu. susu tula jadik mangsa bila aku xsempat nk pam. susu jadik xcukup sbb baby fya asyik muntah pas minum.

skang aku duk baca bape kali ntah buku pnyusuan yg wawa bg n baca forum susu ibu. dh abes cara nk soh baby fya isap gak tp hampeh je. baby fya lebih prefer botol sbb awal2 hospital dh bagi dia minum guna botol. tyme tu baby fya xnk minum susu n kena masuk air. aku harap bila baby fya dh besar sikit dia nk la menetek jugak. aku ada try bg guna shrink tp bila dia sedar dia xberapa reti nk telan lak. tp bila dia tdo ok je cuma risau gak dia tsedak ke ape kan. tp sekurang2nya baby fya bertambah berat la jugak. tyme jmp dr nazim berat dh 2.9kg. tyme tu mmg minum susu aku je. alhamdulillah. skang mayb dh btambah lagi kan sbb dh campur susu kan? huhu.

Day 20 : mesyiaaa boleh! ekeke ni gambar smlam tyme mesia menang :)
piEcE of mE~

Selasa, 28 Disember 2010

25 ~ 27 Disember 2010

saLam~

kini mama aafiya bsiaran dari bumi ganu ye. kami pulang 25.12 lepas ngan flight. wahh kecik2 dh merasa nek flight. haha. risau gak sbnrnya kot2 ada effect kat telinga baby aafiya. tp dr nazim & dr faz pon ckp ok je so tawakkal jela kan. plan nk nek kete tp dh aku xleh duk lama2 n perot pon xok lagi so tukar la ke plan B. 

baby aafiya tdo je :) nk landing baru bangun minum susu

26.12 lak kepala baby aafiya kena butakss. sayang woooo rambut dia yg hitam tp kami decide nk cukur bila tgk rambut baby aafiya cam semakin jarang lak. hehe. so daddy pon panggil ayah teh yg mmg tukang gunting datang umah tuk cukur rambut baby aafiya. ikut plan asal baba nk wat akikah n cukur jambul seminggu pas bsalin iaitu pada 19.12 n 20.12 tu kami balik ganu. tp dsebabkan keadaan baby aafiya n mamanya skali yg masih xsehat so sumenya ditunda. majlis tu mayb wat pas abes pantang kot. dan skang baby aafiya sudah butakkkk haha. papa aafiya panggil castelo. xmenahan tol. 26.12 jugak adalah birthday daddy. so adik n esoh belikan kek. even aku xdapt nk makan ponn. bulan 12 mmg meriah sbb ada 3 org yg sambut birthday n next year btambah sorang la iaitu baby aafiya :)

baby aafiya dibutakkan :)

semalam papa aafiya dh pulang ke sg merab. papa xduk lama sini sbb papa dh lama giler x masuk ofis. sejak aku cuti seminggu awal lagik dia p ofis kejap2 je. bila ty nape xp keje.. jawabnya "sbb nak jaga syg" huh yela tuh. ekeke. bila dh bsalin lak mmg patut la kan dpt cuti seminggu tp kan aku duk sana 2 mggu. so dia tambah lagi cuti 1mgu. haha. tp papa aafiya lambat lagi nk dtg sbb weekend ni mayb ada meeting n next 2 weeks baru dpt dtg n 10.1 baby aafiya kena p checkup n kena cucuk kalo xsilap. uwaaaaaa lamanya leh jmp papa aafiya. semalam tetiba air mata keluar xagak2 bila papa aafiya dh p epot. adeiii ni 1st tyme aku bpisah lama ngan incik somi lam masa yg lama. hoho.


piEcE of mE~

Ahad, 19 Disember 2010

our L.O.V.E~

saLam~

hari ni hari ke 10 our L.O.V.E lahir ke bumi Allah ini. alhamdulillah semua selamat.

nama: Aafiya Najya Salwana bt Mohd Najmee
tarikh lahir: 10.12.10
waktu: 4.24 am
berat: 2.66kg
tempat lahir: Pusat Rawatan Islam Azzahrah, Bangi
.
.
.
v
day 1~baby aafiya ngan baba wan lepas lahir


day 9: tali pusat baby aafiya baru tcabut daa :)

luv u my lil' precious aafiya. n jugak papa aafiya.. mmmuaahhh.
selamat berpantang!
;o)

piEcE of mE~

Jumaat, 10 Disember 2010

10.12.10

saLam~

Alhamdulillah. 10.12.10 impian menjadi nyata

piEcE of mE~

Selasa, 7 Disember 2010

1 muharam 1432H ~ 07 dis 2010

1 muharam 1432H ~ 07 dis 2010
.
saLam tahun baru
.
selamat hari lahir buatku ;o)
.
~from gugel~


piEcE of mE~

Ahad, 5 Disember 2010

Praeklampsia : Tekanan Darah Tinggi

saLam~

semalam ada gugel pasal high blood pressure tyme pregnant ni tp juz search tru henpon so xpuas hati sgt baca. so sambung baca kat laptop. aku singgah kat blog Dr hamid arshat, pakar sakit puan. baca2 ada gak yg menggerunkan. hoho. harap2 xde pape yg buruk tjadik :(

so, aku juz copy n paste article tu hehe.

PENYAKIT DARAH TINGGI

Sungguhpun kebanyakan wanita hamil hanya mengalami masalah yang ringan dan dianggap biasa sahaja, sebilangan kecil yang kurang bernasib baik mengalami masalah serius yang boleh mengancam nyawa ibu dan anak yang dikandungnya.

Masalah yang meragut banyak nyawa ibu ialah kencing manis, darah tinggi dan kurang darah. Saya ingin membincangkan ketiga-tiga masalah ini secara khusus supaya pembaca sekalian dapat memahaminya dengan lebih mendalam dan dengan ini jagaan serta rawatan rapi dapat diberikan.
  
Ibu yang hamil memang kerap mengalami masalah penyakit darah tinggi. Penyakit ini mempunyai bahaya tersendiri iaitu jika tidak terkawal boleh mengakibatkan maut kepada ibu hamil, apabila ibu diserang sawan beranak (eclamptic fit). Mengikut kajian pada tahun 1984, penyakit sawan beranak adalah punca kedua terbesar kematian ibu. Punca utama kematian ialah tumpah darah ketika bersalin.

Kenapa Penyakit Darah Tinggi Berlaku

Ramai wanita tidak menyangka mereka boleh menghidap penyakit darah tinggi ketika hamil. Ini kerana mereka berkeadaan sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit sebelum hamil. Tekanan darah tinggi adalah salah satu tanda penyakit yang digelar praeklampsia. Penyakit ini kerap dialami oleh wanita hamil dan sehingga kini doktor masih belum dapat mencari punca penyakit ini walaupun banyak kajian dan penyelidikan dilakukan.
  
Walaupun demikian doktor mengetahui yang penyakit ini lebih kerap dialami oleh ibu hamil sulung daripada ibu yang pernah hamil sebelumnya. Wanita hamil yang meningkat umurnya melebihi 35 tahun juga kerap mengalaminya. Begitu juga dengan wanita kembar atau sedang menghidap penyakit lain semasa hamil seperti penyakit buah pinggang atau kencing manis.

Tanda Lain Praeklampsia

Selain daripada tekanan darah tinggi tanda lain praeklampsia ialah bengkak kaki sama ada kedua-dua belah atau sebelah sahaja dan kencing kotor iaitu air kencing mengandungi albumin. Penyakit ini biasanya timbul di peringkat akhir kehamilan iaitu apabila kehamilan masuk ke peringkat lapan bulan. Adalah dipercayai wanita yang menghidap penyakit ini mengeluarkan sejenis ‘racun’ daripada kandungannya. Tidak dapat dipastikan sama ada ‘racun’ ini dikeluarkan oleh uri atau bayi, tetapi ‘ racun’ ini memberi kesan kepada saluran darah ibu.

Ia menyebabkan sedikit kerosakan dengan menimbulkan beberapa kesan seperti timbunan fibrin pada saluran darah di seluruh badan. Saluran darah ibu kemudian menjadi kuncup dan mudah ditembusi cecair darah. Kerosakan ini berlaku di semua organ yang penting seperti buah pinggang, hati dan otak. Ekoran dari kerosakan ini tekanan darah meningkat. Albumin dari darah akan keluar melalui saluran perkencingan kerana berlakunya kebocoran pada saluran darah dalam buah pinggang.

Jika keadaan ini berlarutan dan tidak dikawal, kerosakan pada saluran darah di seluruh tubuh boleh menjadi sangat teruk menyebabkan buah pinggang terus rosak dan tidak boleh menjalankan tugas langsung. Ini akhirnya akan menyebabkan apa yang digelar acute renal shut down. Kerosakan pada otak juga boleh berlaku menyebabkan saluran darah ke otak pecah dan darah tumpah ke dalam tisu otak. Keadaan inilah ynag menyebabkan ibu itu mendapat sawan beranak. Pada peringkat ini, ibu berkenaan dalam keadaan sangat berbahaya dan sebahagtian besar daripada mereka akan menemui maut akibat kerosakan otak dan buah pinggang.

Bukan sahaja tekanan darah tinggi boleh mengakibatkan sawan beranak, penyakit buah pinggang yang berlarutan sebelum wanita itu hamil juga boleh  menyebabkan tekanan darah meningkat tinggi. Ada segolongan wanita lain mengalami penyakit darah tinggi sebelum hamil. Wanita seperti ini termasuk dalam golongan penghidap apa yang digelar essential hypertension. Golongan ini biasanya telah menghidap masalah darah tinggi sebelum mereka hamil. Tekanan darah tinggi ini akan berterusan sehingga dia melahirkan anak. Biasanya penyakit darah tinggi jenis yang disebut tadi tidak begitu berbahaya seperti penyakit darah tinggi yang dialami oleh sebab praeklampsia.

Mengesan Darah Tinggi

Penting bagi setiap wanita yang ingin hamil mendapatkan pemeriksaan badan bagi menentukan mereka sihat. Antara pemeriksaan yang saya maksudkan ialah pemeriksaan tekanan darah, ujian darah untuk mengukur paras hemoglobin, ujian air kencing untuk mengesan penyakit buah pinggang dan kencing manis serta penyakit lain seperti penyakit jantung. Saya anggap pemeriksaan dan ujian sebelum seseorang wanita itu hamil adalah penting untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan ibu dan bayi yang akan dilahirkan.

Begitu juga apabila wanita itu mengetahui dia hamil, patutlah mendapatkan pemeriksaan di klinik ibu mengandung dengan secepat mungkin untuk tujuan yang sama. Jika terdapat sesuatu penyakit, bolehlah diberi rawatan dan jagaan yang sewajarnya sejak dari peringkat awal lagi. Pemeriksaan setiap bulan khususnya di peringkat akhir kehamilan sangat penting untuk mengesan penyakit darah tinggi.

Mengatasi Masalah Darah Tinggi

Jika seseorang wanita didapati menghidap penyakit darah tinggi, perkara pertama yang dilakukan oleh doktor dan kakitangan perubatan ialah menentukan punca penyakit ini.
   
Beberapa ujian dan penyiastan perlu dilakukan untuk mengetahui punca tekanan darah tinggi. Sebahagian besar daripada kes ini adalah disebabkan praeklampsia yang tidak diketahui puncanya.

Wanita yang menghidap penyakit darah tinggi ketika hamil munkin perlu dimasukkan ke hospital untuk mengawasi penyakitnya. Seperti yang saya katakan tadi, jika keadaan ini tidak terkawal ia boleh mengancam nyawa ibu dan bayi. Kemungkinan bayi akan mati dalam kandungan. Bayi ini  juga biasanya lahir dengan timbang berat yang ringan dan kadangkala lahir sebelum cukup bulan. Kedua-dua masalah ini boleh mengancam nyawa dan kesejahteraan bayi di masa hadapan.

Sebenarnya tidak ada ubat yang khusus bagi penyakit praeklampsia melainkan dengan memberi rehat yang cukup. Doktor selalunya mencadangkan ibu berehat di hospital kerana dia mungkin diganggu oleh ahli keluarganya jika berehat di rumah. Ini mungkin menyebabkan fikirannya tidak tenteram dan tidak boleh memulihkan keadaannya. Semasa di hospital pengawasan boleh dilakukan pada ibu dan bayi untuk menentukan keadaannya tidak berbahaya.
   
Kadangkala para doktor  perlu memberi ubat untuk menenangkan fikiran dan memudahkan dia tidur kerana kedua-duanya sangat penting dalam memulihkan penyakit tersebut. Jika tekanan darah tingginya melambung naik dan tidak dapat dikawal dengan cara rehat atau cara lain, para doktor akan memberi ubat khusus untuk menurunkan tekanan darah.
   
Perlu ditegaskan ubat untuk merawat penyakit praeklampsia tidak boleh memulihkan atau merawat penyakit praeklampsia kerana seperti yang saya nyatakan kita belum mengetahui punca sebenarya. Rawatan dengan ubat hanyalah untuk mengurangkan tanda-tanda seperti tekanan darah tetapi tidak memberi kesan rawatan yang mutlak terhadap penyakit tersebut.

Cara Kelahiran Bayi

Ibu-ibu yang mengalami masalah darah tinggi kadangkala perlu melahirkan kandungan lebih awal daripada biasa. Seringkali kelahiran perlu dipaksakan secara induction of labour lebih awal iaitu satu atau dua minggu sebelum tarik kelahiran sebenar. Dalam keadaan cemas apabila penyakit ini menjadi sangat teruk seperti yang ditunjukkan oleh tekanan darah tinggi ataupun kencing manis yang mengandungi terlalu banyak albumin, atau ada tanda-tanda hendak timbul sawan, maka kelahiran dengan serta merta perlu dilakukan. Kadangkala dalam keadaan begini, doktor perlu melakukan kelahiran secara pembedahan sesarean untuk menyelamatkan bayi dan ibu kerana dikhuatiri sawan beranak mungkin berlaku.
  
 Malangnya, doktor seringkali hanya boleh menyelamatkan nyawa ibu tetapi tidak begitu bernasib baik dalam usaha menyelamatkan nyawa bayi. Dalam keadaan yang cemas biasanya bayi itu terlalu kecil dan tidak cukup bulan dan dengan itu peluangnya untuk hidup adalah tipis.

Pencegahan

Penting bagi ibu yang mengandung sulung atau mereka yang melebihi umur 35 tahun ketika hamil atau mengalami kerumitan ketika hamil, mendapatkan pemeriksaan di peringkat awal kehamilan. Wanita juga patut mengawal tubuh badan mereka. Jangan biarkan badan terlalu gemuk kerana ini juga satu faktor yang boleh mencetuskan masalah darah tinggi ketika hamil. Ketika hamil penting baginya mengawal makanan yang mengandungi banyak kanji dan gula.
     
Mengikut pengalaman saya, ramai wanita mengandung makan berlebihan kerana selera mereka meningkat ketika hamil. Ini menyebabkan mereka mengalami masalah darah tinggi. Penyakit jangkitan kuman di saluran perkencingan juga perlu mendapat perhatian di peringkat awal kerana jika tidak dikawal ia boleh merosakkan buah pinggang dan seterusnya menyebabkan penyakit darah tinggi. Ada kepercayaan jika pengambilan garam dalam makanan dapat dikurangkan, ia boleh menjauhkan penyakit darah tinggi. Sebenarnya tidak ada bukti khusus dan mutlak bagi kepercayaan tersebut. Saya tidak menghadkan pengambilan garam kepada penghidap darah tinggi ketika mereka hamil.


piEcE of mE~

Sabtu, 4 Disember 2010

checkup @39weeks

saLam~

ye semalam cam biasa next checkup kat azzaharah. dh berapa hari pujuk baby soh engage. xpon engage la bila dh masa nk bsalin. heee. hari agak takut sbnrnya sbb nk tau baby dh engage belom..kena selok dek dokter..n yg penting tekanan darah sbb aku check sdr kat umah sure normal je.

dr faz ckp tekanan darah ni asyik border line je nih. huhu. mula2 dr faz seluk dulu nk tgk ada bukaan x. tibe2 dr faz ckap "masyaallah baby xengage lagi..kepala agak tinggi" hoho tp bukaan dh ada lam 1.5cm - 2cm. pastu scan. berat baby dh 3kg even pembesaran badan x seimbang. so dr faz ckp bila dh xseimbang biasanya berat akan kurang lam +- 300g. so mayb baby baru berat 2.7kg. since baby ada perkembangan dr faz x risau sgt. air ketuban still ok n cukup. cuma yg drisaukan tekanan darah aku tu. takut effect baby. takut uri xsehat. cam tula kot dr faz ckp. so dr faz soh masuk wad n induced. uwaaa. baru je pagi b4 p klinik duk sembang2 pagi sambil breakfast ngan sume. dorang ckp kalo boleh xyah induced. mama ckp biasrla sakit sdr. wawa plak ckp kalo dia pregnant anak ke2 sure xnk induced sbb sakit tu pelik n sakit yg dkumpul2. haa camtu la kot maksudnya. 

dr faz tanya bila nk dtg? tp lam mgu depan. incik somi ckp 6hb la leh bsalin 7hb. sama tarikh ngan aku. hoho aku xnak. bahaya sama tarikh! incik somi bitau masuk 9hb la leh bsalin 10hb. dan2 tu dia bitau dr faz yg aku nk tarikh tu 10.12.10. hehe. so decide la 9hb masuk n induced insyaallah 10hb beranak. dr faz ckp biasa induced tu lam 24 jam baru bsalin. hoho. agak lama tuh. dr faz bitau lagik biasanya pas ni akan ada contraction n mayb air ketuban akan keluar dulu. so nk x nk kalo sume jadik b4 masuk wad aku kena serah diri la jugak. aku ty dr faz kalo induced ni beranak cane? normal ke ke kuar ikut tingkap? dr faz ckp 50-50. sbb ada stgh tu yg mmg awalnya boleh bsalin norma tp sebaliknya n yg mmg xleh bsalin normal tp last2 sbaliknya. so tgk keadaan nnt. hoho. ermmm.. xkisah la bsalin cane.. harap2 aku n baby selamat. aminnn.

balik umah kak bilah ada..dia ty cane.. so aku bitau la baby xengage lagik. dia ckap "ala xpe biasa la 1st baby biasa lambat kuar" tp bila aku jwb kena masuk wad sbb high blood pressure tu, dia ckp try p urut balik. sbb dulu tyme yg aku urut tu ana tukang urut tu ckp baby aku duk bawah n dia dh naikkan. kot2 baby xtau nk turun. haha ni andaian aku je. ekeke. sejak duk umah ni ada la masa sket eksesais kaki ni. start last week lagik aku duk ajak incik somi p jenjalan. p jenjalan shopping mall kunun2 jenjalan tp sampai je sure incik somi terkam nk tgk wayang dulu. kesudahannya tgk cite ngangkung kat d mines n 3D narnia kat OU. tp aku paksa gak jalan2 kat OU. tp baby still sama :(  tp xpela baby xnk turun lagik pon. harap2 baby sehat la ye.

piEcE of mE~

Rabu, 1 Disember 2010

01.12.10 ~ 39 weeks

saLam~

Hari ni dh start cuti. Walaupun awalnya cam nk bperang ngam bos ekeke. Sepatutnya dpt mc tp mc dh abes so sama la jugak cuti=potong gaji. Huhu. Skang sakit kpala smakin mjadik2. Smalam masuk lambat sbb duk skit perot memulas2 n skt kepala. Pastu tghari dh balik xtahan skit kpala lagi. Harap2 xde la effect pape kat baby. Lusa baru p check lagi. Harap2 jugak baby nampak jalan tuk dia kuar bila smpai masa nnt.

Ermm byk nk bcerita tp xbest laptop tadak. Nk pinjam incik somi punyer xdpt lak huhu. Aku punyer bg kat esoh guna nk wat thesia sbb dia punyer dh kena curik huhu nasebbbb.

piEcE of mE~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular