Rabu, 17 September 2008

fRom my FS's blog...

hye...ari ade yg cuti nuzul AlQuran kan...same la cam i ye...heheheh..abg n akak aku keje...wakakkkaaa...jap lagi nk g soping la...lalllalalalalalaa...tp sempat lagi aku godek2 blog ni ...smtara nk tgu zohor n tulang yg aku rebus atas dapur tu siap (rebus je...nt yg masak akak aku le..hahhahaa)bila baca previous post aku..warkah tuk hawa...aku teringat aku penah post kat fs aku dulu tp lain punyer version...so, aku nk post kat sini la plak...kiranya dh lama gak aku bjinak2 ngan blog ni...bermula ngan fs..tp kat fs tu kejap ada..kejap aku delete...pastu wat baru...hehehee..n last bila dh ada blog ni..aku delete kat fs tgl 1 post je...hehehee... byk sbnarnya cite yg best yg aku penah post kat fs aku tuh...nnt kalo rajin aku post sini plak...hehehhee..blog ni bnama whenever...wherever..whatever...@ 3W pn sempena nama blog aku yg kat fs...heheheee...kalo x silap aku create blog tu akhir taun lepas sbb....heheheheh..

ada 2 entry dr fs yg aku nk post kat sini...

March 25,2008

pesanan dari hawa untuk adam...

Adamku...

kau sebenarnya imam & aku makmum.aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua.jika kau benar maka benarlah aku.jika enkau lalai maka lalailah aku.wahai adam, kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.akalmu 9, nafsumu 1.akalku 1, nafsuku beribu.oleh itu, adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai & lupa, sering tergelincir ditolak nafsu & konco2nya.

Adamku...

aku suka kalau kau mengimami solat ku pada setiap waktu.akan ku aminkan doa mu agar kelak luas syurgaku.lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersamamu, agar nanti diberkati Ya Rabbi.kenalkanlah aku pada majlis2 agama.ajarilah aku Yassin dan memahami Alquran.kau ajaklah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam jumaat yang penuh barakah.khabarkan pada ku tentang fardu2 yang patut aku tahu.bimbinglah aku dengan amar ma'ruf dan nahi mungkar.

Adamku...

ajarilah aku agar menjadi isteri mu yang solehah.didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah.selimutkan aku dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Alllah.ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh pada mu setiap waktu.tolonglah aku adam agar aku tidak beku.bantulah aku agar otak ku tidak buntu.selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung.pimpinlah aku menuju Nur Al Jannah.tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah.bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah.moga aku menjadi secerdik Aishah Humairah Rasulullah, setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabiatul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, seiklas dan semurni hati Halimas Saadiah dan segagah dan seteguh Nailah al Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah.seindah hiasan adalh wanita solehah..moga aku hiasan terindah hidupmu...Adamku...

March 29,2008

bingkisan tulus dari adam untuk hawa... ;o)

istimewa untuk hawa ku....

Hawa ku...

meski aku Adam, gagah pada luaran, adakalanya aku juga tewas dalam godaan.walau aku pemimpin Khalifah bagimu, aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu.nafsu ku satu, akal ku sembilan, namun yang satu itu sering menjadikan aku di luar kawalan, kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawi, lemas dalam dunia sendiri.andai aku leka dan alpa, ingatkan aku untuk kembali kepada Nya kerana sesungguhnya dibalik seorang lelaki, berdiri seorang wanita.

Hawa ku...

walaupun aku durjana duniawi, aku juga impikan wanita solehah sebagai suri.justeru, ingatkan aku agar tingkatkan ibadah, kelak aku bisa menjadi suami soleh. ingatkan aku supaya mengalunkan Kalamullah, agar dapat aku memandu mu ke syurga al Jannah. sedarkan aku agar keredhaan ar Rahman, agar hidupku sentiasa aman. bangunkan aku bertahajjud bersama mu, agar kelak rahmat Nya tiada tandinagn untuk ku. aminkan doa bacaan ku, moga nanti luas syurga mu. taat dan patuhilah aku, kelak solehah jadi milikmu.

Hawa ku...

aku suka jika kau menutup aurat daripada pandangan buas durjana. aku suka jika kau tidak sesuka hati menabur cinta duniawi sebaliknya kau titipkankan buat zauj mu kelak. aku suka jika kau bidadari sentiasa mengejar kebahagian ukhrawi. aku suka kalau kau bersufat keibuan supaya kelak zuriat ku penuh kesantunan mu. aku lebih suka kata-kata mu berhemah kerana itu menunjukkan kau wanita berhemah. aku suka jika kau pandai berdikari, agar kelak kau mampu berdiri sendiri. lagi indah kalau kau berperibadi mulia kerana itu sebaik-baik hiasan dunia. aku suka kalau kau pandai menjaga maruah, agar harga dirimu tidak terlalu murah. lebih elok jika kau mampu berfalsafah kerana itu simbol mar'a fatonah. peliharalah agama seprti mana aurat mu terjaga rapi, siramlah hati dengan taqwa sebagai bekalan menghadap Yang Kuasa. hiasi peribadi dengan sifat mahmudah. agar kelak tidak dipandang lemah. meski kau dicipta daripada rusuk ku yang bengkok, namun ada ketika tangan yang disangka lembut mengayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah. oleh iti, ingatlah aku adam mu yang sering leka dan alpa. kelak hawa ku ini bakal menghuni al Firdausi.

i c u whEn i c u~

2 ulasan:

  1. bile bace....teringat pulak citer novel Ayat-ayat Cinta...hehe.

    boleyy aku copy post nie? nak email kat kengkawan ofis..plz..tq.
    (^v^)

    BalasPadam
  2. cimon~
    wah! ko maraton ea ari...bagi komen kat blog ni...nway thanx! copy je...yg penting xmerosakkan nama aku! lalallalala

    BalasPadam

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular