Sabtu, 19 April 2008

wanita & kupu-kupu~

wanita n kupu2...cite yg aku dpat lam DARA.COM...hehheeee... yela kan aku berangan nk jadi red butterfly...beautiful wif freedom! ni cite nye ea.... layaaannnnnn~

Kasihan kupu-kupu, badannya cantik & mempersona tetapi kalau ditambah dgn kekuatan malam, ia bermaksud lain. hakikatnya kupu-kupu bukan semuanya keluar malam. seblangan sahaja yg gemar 'berpeleseran' pada waktu hitam pekat, itupun kerana terpedaya oleh lampu d pinggiran jalan.

kupu2 tetap indah, cantik & menawan. sebilangan besar kupu2 terbang paad waktu siang, hinggap pada bunga-bungaan, menghirup manisan yang tersembunyi d tgh2 kelopak bunga. kemudian kupu2 terbang lagi & hinggap di dedaun segar. sesiapapun pasti melirik apabila terperasankan kelibat kupu2 melintasi, hati sesiapapun ingin memiliki keindahan, kecantikan dan keunikannya d hujung jari. tetapi sayap kupu2 mudah berderai, apabila sudah berderai, tiada siapa yang menginginkan, kupu2 pun terbiar....

wahai wanita & kupu2, anda ada persamaan...
wahai wanita & kupu2, anda tamsilan kepada keindahan...
wahai wanita & kupu2, anda juga tamsilan kepada kerosakan & kemusnahan.

demikian wanita d jadikan Tuhan untuk menghiasi bumi ini sebagaimana kupu2 d jadikan Tuhan untuk menghiasi bunga2an. tanpa wanita, dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk d diami. Kaum lelaki berasa rimas sebagaimana Nabi Adam a.s pernah dlanda gelisah meskipun hidup dpenuhi kenikmatan d syurga. lalu baginda memohon kepasa Tuhan agar djadikan seroang teman. agar boleh dia berbicara, bergurau senda dan membina sahsiahnya. terciptalah Siti Hawa daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s barulah terisi jiwa Nabi Adam a.s dan segala kenikmatan syurga dsekililingnya terasa wujud.

ternyata wanita cukup perlu dalam kehidupan lelaki sebagaimana bunga amat perlukan kepada suntingan kupu2 untuk merialisasikan proses pendebungaan. tanpa permaisuri, siapalah lelaki yang bergelar suami itu, tanpa wanita siapalah pria yang mahu dgelar pemimpin itu dan tanpa perempuan siapalah maskulin yang konon mahu dgelar ayah itu?

tanpa Siti Khadijah barangkali Rasulullah s.a.w tidak mendapat 'dorongan' yg amat dperlukan untuk terus bangun, berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan islam sebagaimana semestinya. tanpa Aishah, barangkali banyak hadis Rasulullah s.a.w tidak sampi kepada umat Islam seluruhnya. tanpa Fatimah az-zahra, barangkali Saidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulullah s.a.w yang amat dsayangi. tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa a.s tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suami yang amat kufur & mengaku tuhan itu. tanpa mashitah, barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut ddepan matanya. dan tanpa wanita, siapalah lelaki kerana setiap lelaki lahir dari perut wanita.

namun, seorang wanita yg menjadi isteri kepada Nabi Nuh a.s telah bertukar menjadi penentang kepada kebenaran. seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Saidina Hamzah & mengunyah hatinya. seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah s.a.w dan dalam sejarah manusia sejagat ramai wanita menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran & kemusnahan lelaki.

alangkah besar & pentingnya peranan wanita dalam kehidupan lelaki, sebagaimana besar pentingnya peranan kupu2 dalam menambah keceriaan bumi ini. tetapi alangkah besar & hebatnya peranan wanita dalam merosakkan kehidupan lelaki, sebagaimana besar & hebatnya peranan kupu2 merosakkan diri sendiri dgn menerjah api.

~tamat~


erm...banyak dugaan menjadi wanita @ kupu2...xde apa yg mudah..xde apa yg mustahil.. apa yg pasti setiap kelakuan baik @pun buruk...pasti ada balasannya... biar pun berat mana tanggapan tentang wanita n kupu...aku arap aku akan jadi kupu2 yg menceriakan c pemerhati...menjadi wanita yang penuh restu oleh suami...amin~

i c u when i c u~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular