Jumaat, 18 April 2008

cuma 10 hari bergelar suami.....????

huhu...bagai nk luruh jantung gua membaca artikel ni... sebenarnya aku baru je balik dari mengecilkan tubuh ku ni... aku ngan opismate baru aku pegi gym..wakakaaaa... idea aku la ni... da lama aku simpan hasrat ni tp xde masa le...bila aku ajak semua ckp...fatin nk kurus apa lagi...dh kecik molek... waa...terharu giler aku dgr...ade certain2 part yg aku nk bagi nampak antik..haha.. da balik aku singgah la petronas kat umah aku nk beli sumthing...tetiba mengidam nk minum susu...tp my peberet susu..dutch lady low fat..hehe...da kena boikot...so aku beli la susu lain..telan jele... bila nk byr mata aku terpandg plak kat tempat buku2..aku pun pegi la sbb mmg dah rutin aku tiap2 bulan mst ada beli buku...dara ke nur ke mingguan wanita ke..eh ke..apa2 yg best la...dolu2 tyme aku kat jBc aku mst menyemak kat book culture..hehe...tgk punyer tgk..mata aku bleh terpandang surat kobar harian metro...tajuk dia sama cam tajuk kat atas tuh...wah!!! terkesima aku kejap.. aku terus capai n pegi bayar...xsabar nk balik post citer ni kat blog aku...huhu.... xpenah aku beli surat khabar seumur idup aku..opppsss! silap ada skali masa part 3 @ 4...blajar eco kot... wajib bawak nst @ apa 1 lagi paper 2...lantak le... padahal biasa aku baca kat tenet je..hehe..excited punyer pasal...
haa...ni artikel 2 yg sape2 xnyempat2 nk baca....

KUALA LUMPUR: “Sembilan tahun kami berkasih, tapi saya hanya bergelar suami dalam tempoh 10 hari,” keluh pelakon dan penyanyi Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 28, atau lebih dikenali sebagai Beego.

Pelakon drama yang terkenal menerusi sitkom Puteri itu berkata demikian selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, menetapkan 30 Mei depan untuk sebutan semula kes Beego memfailkan permohonan nusyuz (ingkar) terhadap isterinya, Intan Shahira Mohd Shahru, 27, pada 22 Februari lalu.

Hakim Syarie Ahmad Irwan Ismail menetapkan tarikh berkenaan selepas Beego sebagai plaintif melalui peguam syarie Md Nor Md Din meminta defendan membuat pembelaan berhubung permohonan nusyuz itu.

Beego yang mula dikenali dalam industri seni menerusi kumpulan Phyne Ballerz terkenal menerusi lagu Bida, berkata permohonan itu dibuat berikutan lebih tiga bulan dia tidak bersama isterinya selepas pulang dari Singapura bagi penggambaran siri Puteri pada 22 Januari lalu.
“Saya sempat bersamanya (isteri) selama 10 hari selepas dinikahkan Imam Muhamad Muslihin Muhamad Yahya pada 29 Disember tahun lalu.

“Dalam tempoh 10 hari itulah saya menjadi suaminya dan tidak menduga kejadian itu berlaku dalam sekelip mata apabila dia tiada di rumah selepas saya pulang dari penggambaran itu,” katanya.

Ketika ditanya punca kejadian mengecewakannya itu, Beego mendakwa ia berkaitan beberapa cerita 'panas' dalam blog mendakwa dia berkahwin dengan Intan Shahira kerana hartanya.

“Saya menafikan cerita itu...dalam hubungan kami soal duit tidak pernah timbul dan biar kes itu diungkit dalam mahkamah nanti.

“Selain itu, saya menerima SMS daripada mentua supaya tidak memijak kaki di rumahnya,” katanya sambil mendakwa tiada pertelingkahan berlaku antara mereka.

Beego juga mendakwa tidak pernah memukul atau menjentik isterinya yang kini bertugas sebagai perunding di sebuah syarikat swasta.

Sementara itu, peguam syarie Marlina Sobri yang mewakili Intan Shahira, berkata pihaknya akan memohon penangguhan dan memfailkan pembelaan sebelum tarikh sebutan semula pada 30 Mei depan.

Beego dan Intan Shahira diijabkabulkan di kediaman pengantin perempuan di Bandar Baru Uda, Johor Bahru pada 29 Disember tahun lalu, diikuti majlis persandingan berkonsep adat Jawa di Dewan Banquet Kelab Golf Diraja Johor pada keesokannya.

Ia berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah dihadiri lebih 1,500 tetamu terdiri saudara-mara dan sahabat-handai.

Pada majlis akad nikah, Beego memberi wang hantaran RM20,000, sebentuk cincin emas putih bertatah berlian, gelang emas putih, senaskhah al-Quran dan mas kahwin RM80, manakala pihak perempuan membalas dengan sebentuk cincin titanium yang direka khas Tiffany.

Selain di kampung halaman pasangan itu, majlis persandingan diadakan di Hotel Palace of The Golden Horses dekat sini, pada 12 Januari lalu.

Mengimbas detik pertemuan pasangan sama cantik sama padan itu, mereka berkenalan ketika bermain boling bersama rakan di pusat beli-belah di sekitar Johor Bahru, sembilan tahun lalu, seterusnya membibitkan perasaan cinta.

Lebih menarik, tarikh persandingan pengantin lelaki dipilih khas bersempena ulang tahun kelahiran ke-26 pengantin perempuan, sebagai tanda kasih Beego kepada isterinya.


gambar cuma aku je bleh tgk..nk tgk...beli ar sdri ye..heheeee....

sedey kan...? bila aku baca citer ni teringat kat 'KGK' hehe... xpela...bior aku n sekutu aku je yg tau citer ni... besar kan hikmah sst kejadian 2... da kalo xde jodoh..lama mana hubungan 2...kuat mana bonding 2... suatu masa pisah gak kan... nauzubillah..mintak2 la jauh dr aku..cukup la skali tu aku merana..hehe... jgn la ngan lalim ku ni jadik lagi...

aku harap sgt2 'KGK' xjadik apa2...bior le dia bertemu jodoh ke akhir hayat diorg...amin... betul kan..smyang istikharah 2 penting sbenarnya... dulu masa nk dekat2 pose kot..x opismate aku dya namanya...ada bg 1 artikel yg suruh kita solat istikharah sblm berkawan ngan sesorg...so aku ty kalo dah TERkawan...cane?? dia gelak je... lepas peristiwa itam jadi kat aku... padahal xle itam pun..saje2 je wat sedih... meriah kan suasana ;o) aku suka wat solat 2...ngan pesanan dr kak nor...siap pinjam buku dr kaknor 2...bukan aku xreti tp lebih afdal kalo ikut ayat dia...hehe.. + xingat mana doa dia 2...hehe... 2 yg bila ada je mamat yg meluahkan isi hati..aku mintak dia solat istikharah...n aku pun wat skali la... tp jawapan 2 lambat @cepat je..tp Alhamdulillah hati aku still x terbuka utuk org 2... smpaila ketibaan yg berhormat ni.......hehe~ sape ea..lu pikiaq la sdr ;O)cam aku nk keje kat nam fatt gak..aku selalu wat solat ni...so ngan hati terbuka aku tinggal kan jBc..(+ merawat hati yg lara) hehe ;o)

bila sesuatu yg agak berat utk kita terima...mst baru kita beringat kan...?cam aku le...tyme happy xingat dunia..akhirat tetap ingat ea..hehe..bila dugaan aku terima aku mesti kuatkan hati n ckap kat diri aku yang Allah teramat syg kat aku...dia xnak aku lupa..leka...lalai..kat dunia ni...Alhamdulillah aku xpenah lupa wlaupn kdg2 aku terbabas gak..toink!! dunia skang pun da xlama kot...aku harap apa2 yg aku da TERbuat tanpa aku sedar @sedari aku still jadik hamba yg solehah...amin..

erm...ni la topik kita mlm ni..sbnarnya aku nk cite aku pegi gym td tp xpela...sok la aku cita..sok aku keje..waaaa!!! sok aku snap gamba skali ea..kalo korag xcaya..heheh...

letey daaa....nk tdow!!! bior le awal lagi...

i c u when i c u~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The bittersweet to remember..
Tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular